Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, January 30, 2010

Selamat Berhari Minggu

9:49 AM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Apa khabar semua. Saya sentiasa mengharapkan agar anda semua berada dalam keadaan sehat sejahtera.

+ Hari ni cuti umum. Cuti sempena Thaipusam. Apa perancangan anda semua? Walau apa pon yang anda lakukan saya sentiasa doakan agar anda akan mendapat yang terbaik.

+ Beberapa hari ini, banyak perkara yang baik telah berlaku. Alhamdulillah. Tapi kita kene sedar, Allah bukan sahaja memberi ujian berbentuk kesusahan tetapi ujian juga datang dalam bentuk kesenangan. Kesenangan itu juga merupakan satu ujian. Sama ada kita pandai bersyukur atau kita akan terus kufur. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud

" Jika engkau bersyukur pasti AKU akan menambahkan rezeki engkau, Tetapi jika engkau kufur sesungguhnya azab-Ku tersangatlah dahsyat"

+ Kegembiraan pertama ialah, saya telah mendapat tawaran temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk pengesahan jawatan. Temuduga akan berlangsung pada 9 Februari 2010 di Putrajaya. Sangat-sangat teruja. Ya Allah permudahkanlah perjalanan hambamu ini.


+ Kegembiraan kedua pula ialah, saya telah menerima markah yang tinggi dalam penilaian prestasi untuk temuduga. Terima kasih Ketua Jabatan saya Tuan Haji Saibudin bin Haji Ahmad. Alhamdulillah.


+ Kegembiraan ketiga, saya telah menerima panggilan daripada pihak MAS Saya Nak Cuti. Alhamdulillah. Saya telah ditemuduga. Pada mulanya saya sangka dia bergurau tapi kedengaran suaranya sangat serius, maka saya juga serius menjawab segala soalan yang dilontarkan. Mudah-mudahan saya akan tergolong dalam kelompok 20 terbaik.

+ Hari ini? Sudah tentu hari ini juga saya sangat gembira. Kerana apa? Kerana hingga kini saya masih hidup di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah.

+Nak balik kampng di Perak. Jumpalagi.

+ Layan.

Monday, January 25, 2010

Makan Besar Punya.

10:56 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Hari ni sangat letih. Mood pon xberapa nak ok. Balik rumah isteri pon baru sampai. Sampai rumah saya terus tertidur atas sofa ( dalam keadaan duduk ) Letih sangatlah tu.

+ Lepastu terasa macam nak makan. Isteri kata hari ni macam nak makan kat luar ( mentang-mentang gaji dah masuk )Saya pon ok kan aje.

+ Niatnya nak makan seafood. Pergilah kedai seafood yang pertama, Nasa Tom Yam. Tutuplah pulak. Xpa, pergi pula kedai seafood yang kedua ( sebenarnya Sungai Besar adalah kawasan nelayan, jadi kedai seafood sangatlah meriah di sini ) Pon tutup juga. Macam dah tawar hati nak makan seafood. tetiba datang satu idea. Restoran Nelayan di Simpang Empat Hutan Melintang Bagan Datoh. Lebih kurang 20 minit pejalanan dari Sungai Besar. Kami ajak sekali kakak ipar bersama suami dan anaknya ( Sebenarnya Restoran ini terletak di hadapan rumah mereka )

+ Kami terus ke restoran. Tempah siakap (1kg) 3 rasa, ikan pari bakar, kailan ikan masin, telur dardar dan lima pinggan nasi ( sebenarnya kami hanya berempat ).

+ Jumlah harga makanan kami hanya RM 47.00 sahaja. Rasa macam murah sangat. Biasanya kami makan berdua sahaja sudah mencecah RM35.00 dan ke atas. Kali ini berempat. Makan besar kami malam ni.

+ Gambar lupa nak ambik.Hehe.

+ Layan.

Wise Shake A Chips Contest

12:13 AM Posted by Lobam No comments


+ Assalamualaikum.

+ Berakhirnya detik 11.59 malam 24 Januari 2010, satu contest yang terhebat telah melabuhkan tirainya untuk minggu yang pertama. Contest tersebut diberi nama Wise Shake A Chips. Penyertaannya terbuka untuk penggemar Wise Shake A Chips di Facebook. Caranya sangat mudah. Korang hanya perlu ambik gambar paling gempak dengan menggoncang kerepek Wise dengan cara tersendiri.

+ Hadiahnya memang mantap. Untuk minggu pertama hadiah tempat pertama ialah iPhone 3G 16GB. Perghh!! Gile ar. Teruja betul aku. Dengan galakan hadiah yang begitu hebat maka aku telah menghantar lebih daripada 10 penyertaan. Gile ah ding dong. Tipulah kalau xberharap untuk menang. Walaubagaimanapun aku tetap redha kalau kalah. Aku dah cuba yang terbaik. Kita tunggu keputusannya ye.

+ Layan

Sunday, January 24, 2010

"MOBS & Kedai Gambar Kami : Cutest Baby with Blanket Contest"

11:28 PM Posted by Lobam No comments


Assalamualaikum.

+ Contest lagi. Seronok rupanya berblogging ni. Jom kita join contest. Kali ni anjuran MOBS dan Kedai Gambar Kami. Tema kali ini baby with blankets. Hentam je. Nama pon suka-suka.

+ Nama anak saya ialah Muhammad Iezat Wajdi bin Abdul Muiez. Dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Jamaah Sabak Bernam pada 2 April 2008. Gambar ini diambil pada 27 September 2009 yang lalu. Ketika gambar ini diambil umurnya kira-kira setahun lima bulan.

+ Layan

Menu Of The Day

12:20 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Lama dah rasanya x menikmati makan tengah hari yang penuh selera. Bukanlah nak kata sebelum-sebelum ni tak selera makan. Cuma biasanya hari-hari minggu, kami sarapan dengan makan makanan berat. Contohnya nasi lemak ayam, mee goreng dll. Jadi bila sampai tengah hari perut masih kenyang. Makan tengah hari terus digabung dengan makan malam. Jadi ala kadar ajelah.

+ Hari ni kami sarapan makan kuih aje. Jadi bila tengah hari kami bergotong royong ( gotong royong ke ) memasak. Walaupun menunya agak simple tapi seleranya macam makan Prosperity Burger Mc Donalds.

+ Menu hari ni ialah, ikan bawal goreng bawang, daging salai, kuah asam dan sayur pucuk paku. Alhamdulillah, berselera betul.

+ Apapon selamat berhujung minggu.

+ Layan.




Spread The Love Contest

1:32 AM Posted by Lobam 2 comments

Assalamualaikum...

+ Malam ni aku xboleh nak tido. Jadi aku pon jalankan aktiviti yang baru sahaja aku ceburi iaitu blogwalking. Tengah seronok berjalan-jalan, terjumpa pulak blog spreaddlove. Alang-alang mata tak boleh lelap, apa lagi jom kita join.

+ Layan.

Saturday, January 23, 2010

Contest Saat Manis Si Manja

11:57 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum...

+ Satu lagi contest yang aku jumpa. Wah satu malam terus join 2 contest ni. Xpa, bak kata orang memeriahkan suasana.

+ Contest ni diberi nama Contest Saat Manis Si Manja. Senang je nak join. Jomlah sama-sama kita memeriahkan contest ni.

+ Layan.



















+ Nama anak saya ialah Muhammad Iezat Wajdi bin Abdul Muiez.
+ Berumur 1 tahun 10 bulan ( 2 April 2008 )
+ Jantinya ialah lelaki.
+ Tajuk foto ialah 'Kasih Dan Sayang Kucurahkan Hanya Untukmu'

"Me - Mykid Look-Alike Contest"

11:27 PM Posted by Lobam 2 comments
+ Satu tabiat yang tak dapat aku nak buang ialah menyertai contest. Suka sangat masuk contest. Menang atau kalah lain cerita. Yang penting kita join.

+ Sambil jlan makan angin aku terjumpa satu contest. Contest ni dinamakan sebagai "Me Mykid Look-Alike Contest". Contest ni dianjurkan oleh Mama Iris. Memandangkan anak aku lebih mirip kepada isteri aku, jadi aku rasa aku hantar gambar anak dan isteri aku ajelah. Harap-harap dapat diterima.

+ Layan.

Bicara Pertama

10:04 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum...

+ Dah lama rasanya tak berblog. Lebih 4 tahun rasanya. Lepas habis belajar dulu, terus tinggal dunia blog ni. Kini aku kembali memeriahkan dunia blogger. Sampai bila boleh bertahan, sama-sama kita nantikan.

+ Bila jalan-jalan ambil angin kat alam maya ni, aku tergerak untuk berblog semula. Mudah-mudahan akan kekal lama.

+ Blog kali ni aku x tetapkan temanya seperti sebelum-sebelum ni. Kali ni aku nak buat tema bebas. Cerita peribadi, hiburan, politik, sastera dan apa-apa sahaja akan aku sajikan buat tatapan anda semua.

+ InsyaAllah semoga kita dapat berjumpa lagi. Choww...