Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, February 11, 2010

Salam Semua

3:24 PM Posted by Lobam 1 comment
+ Assalamualaikum...

+ Apa khabar kepada pembaca-pembaca semua(ada ke orang baca?)Aku sentiasa mendoakan korang semua sentiasa sihat.

+ Hari Selasa yang lalu aku telah menghadiri temuduga sah jawatan untuk DG41 di Putrajaya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



+ Pagi-pagi sebelum tiba pintu gate Jabatan Perdana Menteri dibuka aku pon mendengar Hot Fm untuk menenangkan rasa gemuruh ni. Waktu tu Fara Fauzana suruh call untuk Fakta atau Auta. Jadi dengan sekali dail aku dah dapat tembusi talian. Suraya yang angkat call. Lepastu pass kepada Fafau dan FBI. Alhamdulillah pagi tu rezeki milik aku. Menang barangan terbaru daripada Hot Fm.

+ Lebih kurang 7.30 pintu gate pon dibuka. Kira secara kongklusinya alhamdulillah temuduga aku kali ni sangat berpuas hati. Hanya doa dan tawakal je agar aku dapat DG41.

+ Balik tu aku ingat nak ke Seri Pentas Bandar Utama nak ambik hadiah Universal Soldier yang aku menang daripada Chopp. Last-last aku tukar arah. Masuk Puchong dan terus ke Bandar Sunway. Punyalah susah cari bangunannya. Last-last sesat sampai ke KL. Kemudian terus aku balik.On the way nak balik aku dapat sms dari John yang menguruskan contest ni. Boleh naik komuter dan turun stesen Setia Jaya. Aku berenti ke di komuter Rawang kemudian terus ke sana untuk ambik hadiah.

+ Ni hadiahnya. Patutlah beria sangat.



+ Terima kasih semua.

+ Layan.

Friday, February 5, 2010

Why I like it longer

7:18 PM Posted by Lobam No comments


Assalamualaikum...

+ Pernah atau tidak anda mendengar perkataan panjang? Mesti ada antara anda yang tidak suka dengan perkataan tersebut. Benci, bosan dan geram itulah perkataan yang selalu dikaitkan dengan PANJANG. Bosan beratur panjang di mesin ATM, benci kesesakan lalu lintas yang berPANJANGan dan geram menunggu giliran yang begitu panjang untuk masuk ke tandas awam di saat-saat terdesak.

+ Tapi bagi aku panjang itu mengasyikkan. Masakan tidak. Kerana perkataan panjang hidupku bertambah ceria. Panjang itu juga menerangkan tentang diri aku. Nama aku Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee. Aku rasa nama itu sudah cukup panjang jika mahu dibangdingkan dengan Abu, Ali, Omar, Ahmad dan lain-lain. Aku bersyukur. Tapi kadangkala aku berasa sangat malas untuk mengisi borang. Mereka menyediakan rungan yang kecil untuk mengisi nama. Ini satu diskriminasi kepada aku yang bernama panjang. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Kita lupakan seketika pada kisah nama. Seperti yang diceritakan sebelum ini, panjang sangat-sangat berkait rapat dengan diri aku. Aku berbadan gempal. Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan badan yang tinggi atau lebih dikenali dengan panjang. Bayangkan jika aku berbadan gempal tetapi ‘ketot’ sudah pasti Akira Torayama akan mengambil berlakon sebagai watak Doraemon. Yang lebih penting aku lebih panjang daripada isteriku. ‘Sori sayang’. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Aku merupakan seorang guru. Guru yang kacak lagi macho. Aku bertugas sebagai guru kaunseling. Aku memerlukan masa yang panjang untuk berhadapan dengan klien aku. Banyak perkara yang perlu aku tahu bagi menyelesaikan masalah pelajar. Masalah yang aku hadapi ialah, mereka tidak dibenarkan keluar kelas terlalu lama. Ini menyukarkan tugas aku. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Aku juga memerlukan masa yang panjang untuk mengadakan program kecemerlangan untuk pelajar. Biasanya pihak kementerian tidak membenarkan program diadakan pada waktu pagi. Jadi masa yang sesuai ialah pada waktu petang. Hanya 2 jam diperuntukkan untuk program kecemerlangan akademik pelajar. Mana cukup. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Satu lagi perkara yang aku cukup suka bila menjadi warga pendidik ialah, cuti yang panjang. Bulan Mac cuti penggal pertama, bulan Jun cuti pertengahan tahun, bulan Ogos cuti penggal kedua, bulan November cuti akhir tahun. Banyaknya cuti panjang. Berbeza dengan pekerjaan yang lain. Seronoknya. Bila cuti panjang, kami sekeluarga boleh pergi melancong dan melakukan perkara yang berfaedah bersama-sama. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Sewaktu aku melancong ke Ho Chi Minh City di Vietnam, perjalanan hanya mengambil masa kurang 2 jam. Rasa sangat tidak selesa. Belum sempat aku melelapkan mata, aku sudah tiba di sana. Alangkah indah jika perjalanannya sedikit panjang. Bolehlah aku tidur lama sedikit di dalam kapal terbang. Bukan selalu dapat tidur di dalam kapal terbang kan. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Aku pernah bercuti bersama anak dan isteri ke Pulau Pangkor. Tetapi tidak mengambil masa yang lama di sana. Semuanya kerana kekurangan peruntukan. Alangkah bahagianya jika jumlah kosong dalam baki akaun aku pada ketika itu panjang daripada biasa. Pasti akan ku kelilingi dunia dalam masa 60 hari. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Aku berasal dari Negeri Adat Perpatih-Negeri Sembilan. Sekarang aku menetap dan bertugas di Sungai Besar, Selangor. Dengan memandu kereta, aku memerlukan sekurang-kurang 3 jam untuk sampai ke kampung. Satu waktu yang panjang. Banyak tempat yang menarik aku tempuhi sepanjang permusafiran aku dari Selangor ke Negeri Sembilan. Orang kata, jauh perjalanan banyak pengalaman. Bila perjalanan yang memakan masa yang panjang, banyak pengalaman akan kita tempuhi contohnya kemalangan jalan raya, orang kene saman dan lain-lain. Dengan melihat perkara-perkara yang berikut kita akan lebih berhati-hati. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Selain itu, di Sekinchan ada satu tempat bernama Pasir Panjang. Tahu tak kenapa aku suka Pasir Panjang? Di Pasir Panjang ada satu kedai perabot bundle. Walaupun bundle tapi keadaannya masih baik. Di situlah tempat aku membeli barangan terpakai. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Aku sangat suka pulang ke kampung. Tambahan bila musim buah-buahan. Di rumah keluargaku ada buah rambutan, dokong, durian, manggis, duku dan banyak lagi. Tapi sayangnya, pada pokok-pokok tersebut banyak kerengga. Jadi untuk tidak digigit kerengga aku memerlukan galah yang panjang. Jadi aku terselamat dari digigit kerengga. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Teringat pula aku pada waktu kecil. Zaman itu mana ada PS3 dan PSP. Waktu itu banyak permainan yang menarik. Contohnya tengteng, guli, lastik dan lain-lain. Permainan yang paling aku seronok main ialah galah panjang. Seronok sangat. Masa itulah kita nak tunjuk kehebatan berlari dan mengawal musuh kita. Alangkah indah jika dapat kembali ke zaman dahulu. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Pernah atau tidak anda semua menaiki komuter? Pengalaman mengerikan aku menaiki komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur. Komuter penuh, orang berasak-asak menyebabkan keadaan sempit dan tidak selesa. Aku terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Pada waktu itu aku benci naik komuter. Terdetik di hati alangkah indah jika komuter ini panjang. Mesti perjalanan itu menjadi kenangan sepanjang hayat. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Pasti ada antara anda tidak selesa jika beratur panjang ketika mengambil wang di mesin ATM kan? Bagi aku tidak. Aku sangat suka jika beratur panjang. Aku jenis lelaki yang peramah. Bila beratur panjang aku boleh berbual-bual dengan orang di hadapan dan belakang. Banyak isu yang boleh diceritakan. Kadang-kadang beratur panjang terasa sekejap sahaja. Jadi kami akan sambung berborak di restoran yang berdekatan. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Semasa belajar dahulu, aku selalu dihimpun dengan kerja kursus yang banyak. Semuanya mahu cepat. Alangkah indah jika aku mempunyai masa yang panjang untuk lakukan semua itu. Pasti akan buat yang terbaik jika mempunyai masa yang panjang. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Masalah disiplin yang selalu melanda pelajar ialah rambut panjang. Sewaktu aku di universiti, aku juga berambut panjang melepasi tengkuk. Orang selalu mengatakan orang berambut panjang seperti orang tidak berduit, kutu rayau dan selekeh. Sebenarnya orang yang berambut panjanglah yang banyak duit. Mana nak beli shampoo, conditioner, gel perapi rambut, tonik rambut dan lain-lain. Semuanya memerlukan wang. Sebab itu jangan adili orang berambut panjang sebagai kutu rayau. Orang berambut panjang adalah orang yang berwang. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Aku suka makan. Sangat-sangat suka. Kerana minat aku yang terlalu cenderung kepada makanan, jika terdengar ada restoran yang menyajikan hidangan yang enak aku sanggup meredah perjalanan yang panjangnya berpuluh-puluh kilometer kerananya. Aku juga suka makan hot dog. Setakat ini aku masih belum bertemu dengan hot dog yang panjang. Jika ada hot dog yang panjang aku akan nikmati rasanya sepuas-puasnya. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Pasti antara kita mempunyai hobi. Hobi yang paling saya tidak sukaialah memancing. Tetapi ramai antara rakan aku yang minat memancing. Tempat yang paling seronok untuk memancing ialah di Tasik Kenyir. Kata mereka ikan di Tasik Kenyir hebat-hebat belaka. Jika menggunakan tali yang tidak kukuh, pasti ikan akan terlepas begitu sahaja. Jadi mereka kata mereka perlukan tali yang kukuh dan panjang. Kini aku sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti tersebut. Memang benar. Untuk memastikan ikan di dalam genggaman pastikan tali yang digunakan benar-benar kukuh dan panjang. Baru ikan boleh mariiii. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Rancangan kegemaran aku ialah Akademi Fantasia. Masalahnya kenapa Akademi Fantasia hanya sampai minggu kesepuluh. Kenapa tidak panjangkkan sehingga minggu ke seratus. Pasti hebat bukan? Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Pasti anda semua pernah menerima voucher percutian dan macam-macam lagikan. Masalahnya temphnya sangat singkat. 3 bulan dan 6 bulan. Rasa seperti tiada masa untuk semua itu walaupun guru mempunyai cuti yang banyak. Yang menjadi masalahnya ialah ongkosnya. Alangkah indah jika masa nya dipanjangkan. Mesti seronokkan. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Aku beruntung kerana belajar di Negara yang mempunyai empat musim. Musim yang paling seronok ialah musim sejuk. Siangnya terlalu pendek dan malamnya sangat panjang. Seronoknya dapat melelapkan mata dengan dilingkari selimut yang cukup tebal. Sangat selesa. Jika boleh aku mahukan malam terus berpanjangan agar lelapku semakin lena. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Aku tidak mengambil masa yang lama ketika di luar negara. Selepas berjaya dalam peperiksaan, lantas aku terus bergegas pulang. Bila sudah bearada di Malaysia, barulah aku menyesal kerana tidak mengambil masa yang lebih panjang untuk berada di sana. Suasana langsung tidak sama. Aku rindukan zaman belajar dahulu. Alangkah indah jika aku mampu untuk mengambil masa yang lebih panjang menikmati kehidupan di sana. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Dahulu aku pernah menuntut di salah sebuah kolej di Terengganu. Banyak makanan kegemaran aku antaranya nasi dagang, nasi kerabu dan keropok lekor. Dahulu keropok lekor yang berharga lima puluh sen sangat panjang. Tapi kini sudahlah pendek kurus pula tu. Rasa macam tak puas je makan macam tu. Alangkah indah jika keropok lekor panjangnya 1 kilometer. Hahaha. Sebab itu aku suka PANJANG.

+ Sekarang aku menetap di rumah teres dua tingkat. Menjadi masalah bagi aku jika ingin manyapu sawang. Bumbumnya sangat tinggi. Tapi jika aku mempunya penyapu sawang yang panjang pasti ia tidak menjadi masalah kan? Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Bila cerita pasal gajet pasti korang semua mempunyai gajet idaman kan? Sama seperti aku. Gajet yang sangat aku idamkan ialah telefon bimbit LG Chocolate BL40. Perlukah aku ceritakan keistimewaannya? Semua tahunkan. Telefon bimbit LG Chocolate BL40 sangat gagah dan panjang. Yang paling seronok ialah nipis dan skrinnya yang panjang. Ish, tak perlua rasanya berceloteh panjang. Semua sudah tahu kehebatan LG. jadi korang pikirlah sendiri. Sebab itu aku suka PANJANG.



+ Aku rasa setakat ni sahaja. Dah panjang rasanya. Anda jangan pelik ya aku tulis panjang-panjang. Sebab aku memang suka panjang. Lagi seronok jika membaca Nuffnang. Aku nak LG Chocolate BL40 yang panjang sebab aku suka PANJANG.



+ Terima Kasih Nuffnang.

+ Review LG Chocolate BL40 - Crave Live on CNET UK



+ Layan.

Thursday, February 4, 2010

Alhamdulillah...

9:57 PM Posted by Lobam No comments


Assalamualaikum...

+ Apa khabar semua? Harap korang semua sihat.

+ Maghrib tadi aku dapat satu keputusan yang sangat menggembirakan. Alhamdulillah aku menang tempat kedua dalam contest Wise Shake A Chips. Hadiahnya ialah Voucher Pakaian Sukan bernilai RM 600.00. Syukur sangat-sangat.

+ Tahniah juga buat pemenang yang lain. Korang memang superb.

+ Sebelum tu, hari ahad yang lalu aku dapat email daripada Malaysia Today yang menyatakan aku menang Spy Next Door Contest. Syukur lagi.




+ Ni video aku yang dapat nombor 2 tu.



+ Yang ni video juara. Memang mantap tow...Tahniah Abudi.



+ Layan..

Wednesday, February 3, 2010

flymas.mobi, as easy as siram pokok bunga

10:16 PM Posted by Lobam 3 comments


Assalamualaikum...

+ Akhirnya siap juga video ni. Video yang sempoi untuk contest Nuffnang.

+ Contest ni senang je. Kita kene buat video untuk menunjukkan bahawa senangnya menempah tiket MAS melalui Telefon Bimbit.

+ Nilah hasilnya.


+ Hadiahnya sangat menarik iaitu

Grand Prize: 2X return tickets to Istanbul
1st runner up: 2X return tickets to Tokyo/Seoul
2nd runner up: 2X return tickets to any ASEAN destination

+ Siapa tak terliur tengok hadiah tu. Apa salahnya kita cubakan. Bukan kene bayar pon. Ada rezeki adalah.

+ Maklumat lanjut korang bleh klik kat sini.

+ Layan.