Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Wednesday, April 25, 2012

Tarikh-Tarikh Penting Bagi Pemohon UPU Lepasan SPM & Setaraf

8:44 PM Posted by Lobam No comments
Tarikh Penting Bagi Pemohon UPU Lepasan SPM & Setaraf.
Assalamualaikum.

+ Alhamdulillah, 5 hari lagi kita akan memasuki bulan Mei. Diam tak diam kita sudah menghampiri pertengahan tahun 2012. Terasa bagai semalam kita bersama menyambut kehadiran tahun baru. Pantas sungguh masa berlalu.

+ Apa yang ada pada bulan Mei? Sebenarnya bulan Mei sangat berkait rapat dengan lepasan SPM. Kerana pada bulan inilah terlerainya segala harapan dan impian selepas bertarung dengan peperiksaan yang memeritkan.


1.
LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat mulai 07 Mei 2012 jam 12 tengahari.]
2.
LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]
3.
LEPASAN SPM/SETARAF (KES RAYUAN) SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]
4.
LEPASAN STPM/SETARAF (KES RAYUAN) SESI AKADEMIK 2012/2013 [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]


+ Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Kepada yang belum sampai rezeki, masih banyak peluang pembelajaran di luar sana. Tidak melangkah ke universiti bukanlah bermaksud masa depan anda musnah buat selamanya. Ramai tokoh yang berjaya lahir dari kegagalan dalam pembelajaran. Asalkan ada usaha untuk berjaya, belajar di mana pun pasti akan membuahkan kejayaan.

+ Kepada yang berjaya, fikirkan tentang jurusan yang ditawarkan. Berbincanglah dengan keluarga, lakukanlah solat istikharah agar pilihan kita selari dengan ketentuan Allah.

+ Semoga berjumpa lagi .


Semakan Tawaran Tingkatan Enam 2012

11:19 AM Posted by Lobam No comments
Sila Klik Gambar Untuk Ke Halaman Semakan Tawaran.
Atau Klik Sini


Assalamualaikum

+ Alhamdulillah saya selamat kembali ke Sungai Besar selepas menghadiri Hari Terbuka Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka semalam.

+ Entri kali ini ditujukan khusus untuk pelajar lepasan SPM 2011 yang telah memohon kemasukan ke Tingkatan Enam 2012.

+ Jadi kepada yang sudah memohon, apa lagi jom semak.

+ Semoga berjaya.

Tuesday, April 24, 2012

mostSMS.COM

8:00 AM Posted by Lobam No comments



Assalamualaikum.

+ Semalam saya menerima satu pesanan ringkas daripada Penolong PPD Sabak Bernam. Sekali imbas, mungkin tiada apa yang menarik pada pesanan itu. Sekadar peringatan untuk semua Guru Bimbingan & Kaunseling Sabak Bernam yang akan berangkat ke Melaka pada hari ini.

+ Tapi bagi saya ada satu perkara yang menarik perhatian. Cuba lihat dibawah mesej itu ada pernyataan
[Ad] Wow! Send free sms @ mostsms.com
+ Setiba di rumah, langsung saya membuka web mostSMS.COM untuk mengetahui maklumat lanjut.
+ Rupanya sebuah laman web yang menyediakan khidmat pesanan ringkas secara percuma.

+ Ini maklumat yang saya dapat dari Facebook MostSMS.com

MALAYSIA'S LARGEST FREE SMS provider! 100% guaranteed FREE SMS to any mobile even MNP mobile in Malaysia. No hidden charges.Save on your monthly bill. Feature: Schedule SMS for ocassion & Fun templates.www.mostsms.com questions@mostsms.com
+ Apa lagi. Jom cuba.

Monday, April 23, 2012

Saya Kembali

9:26 PM Posted by Lobam 1 comment

Assalamualaikum.

+ Sudah lama blog ini tidak berpenghuni. Saya kira pasti banyak sawang yang bergantungan di setiap sudut. Habuk-habuk turut bertebaran di saat saya membuka pintu. Oh, sudah lebih setahun saya meninggalkan dunia penulisan blog.

+ Sebenarnya saya mula mengenali blog sejak tahun 2004. Ketika itu saya masih lagi menuntut di luar negara. Tuan guru saya pada waktu itu ialah Gild. Tetapi saya jenis yang cepat bosan. Akhirnya saya tinggalkan dunia blog ini buat sementara.


+ Tiba-tiba semangat untuk menulis kembali semula hari ini. Mungkin terkesan dengan post seorang sahabat di Facebook.

Manusia akan mati pada bila-bila masa. Tetapi tulisan akan kekal selama-lamanya. Maka, tulislah perkataan yang akan menyebabkan kita gembira di akhirat kelak. ~Habib Umar bin Hafiz.

+ Status beliau memercikkan api kesungguhan sehingga menyalakan semula puing-puing yang hampir menjadi abu. Terima kasih Ustazah Siti Khadijah.

+ Hari ini saya kembali. Entah sehingga bila.