Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, October 25, 2012

Tips Elak Penjenayah Yang Menyamar Sebagai Penghantar Bungkusan

1:10 AM Posted by Lobam No comments


Tips elak tipu helah penjenayah yang menyamar sebagai penghantar bungkusan.

Jika ketika anda berada di rumah, dan didatangi oleh seorang individu yang mendakwa beliau dari syarikat perkhidmatan pos/ kurier dan turut mend
akwa mempunyai bungkusan yang dialamatkan ke rumah anda, ikuti beberapa tips ini sebelum menerimanya:

1. JANGAN JADIKAN TABIAT untuk segera membuka pintu atau pagar rumah jika menerima kunjungan daripada orang yang tidak dikenali.

2. Pastikan beliau berpakaian KEMEJA RASMI syarikat. Satu kelebihan kepada anda jika mengingati warna atau rekaan pada kemeja rasmi yang digunakan oleh syarikat-syarikat perkhidmatan pos/kurier di negara ini.

3. TANYAKAN BEBERAPA SOALAN mengenai bungkusan yang dihantar. Misalnya nama, alamat serta nombor telefon pengirim serta penerima yang tertulis pada bungkusan tersebut. Jika beliau memberi pelbagai alasan untuk tidak menjawab soalan anda, JANGAN TERIMA BUNGKUSAN TERSEBUT.

4. Pada masa yang sama, HAFAL BENTUK FIZIKAL individu berkenaan. Maklumat sedemikian amat penting kepada pihak polis jika individu berkenaan bukanlah penghantar bungkusan yang sebenarnya. Tips tambahan: Ambil gambar individu tersebut secara bersembunyi menggunakan telefon berkamera misalnya.

5. Jika bungkusan tersebut dinyatakan atas nama ahli keluarga yang lain, AMBIL MASA SEBENTAR UNTUK HUBUNGI mereka dan dapatkan kepastian sama ada mereka ada membuat pembelian atas talian atau memenangi sebarang peraduan.

Dan akhir sekali,

6. Anda perlu PEKA KEPADA MASA/WAKTU bungkusan tersebut dihantar. Periksa waktu operasi syarikat tersebut yang sebenarnya. Jika ia dihantar agak lewat petang/malam, mohon ia dihantar keesokan harinya, kecuali anda telah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak mereka waktu penghantaran ke rumah anda.





Sumber Laman FB PDRM

Saturday, October 20, 2012

Jom Langgan Newsletter Pusat Pungutan Zakat

11:26 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Lama saya ambil masa untuk menyiapkan entri ini. Walaupun entrinya ringkas tetapi bila diri diserang penyakit M, susahlah juga dibuatnya. Lagipun tiada vaksin mampu mengubati penyakit MALAS ini.

Entri ini khusus buat mereka yang belum 'LIKE' FB Pusat Pungutan Zakat.

Dewasa ini ibadah zakat sering diabaikan. Jika ditanya jenis zakat yang ada, pasti Zakat Fitrah menjadi jawapan pilihan. Sedangkan terdapat banyak lagi jenis zakat yang tidak kurang kita ambil peduli.

Zaman Milenium ini, maklumat hanya di hujung jari. Apa yang ingin  dicari segalanya bermula hanya dengan satu sentuhan. Tiada alasan untuk kita tidak mengambil tahu tentang isu-isu penting terutamanya perihal ibadah zakat.

Sebulan yang lalu saya ada menulis tentang Aplikasi iZakat, salah satu aplikasi yang wajib ada dalam setiap telefon pintar. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi cara untuk terus berhubung dengan PPZ.

Selain menggemari Laman FB PPZ, pengguna juga boleh melanggan Newsletter di Laman Rasmi PPZ.


Kemudian masukkan nama dan email di ruangan sebelah kanan. Sekarang, 

JIKA KITA TIADA MASA UNTUK DATANG KE PPZ, BIAR PPZ YANG DATANG KEPADA KITA.

Apa lagi. Jom Berzakat. 

Ini adalah antara contoh Newsletter yang akan kita terima. PPZ terbaik.


Assalamualaikum,
Semoga kita dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Seperti yang telah dijanjikan, minggu ini saya akan menerangkan bagaimana kita hendak pastikan sama ada kita layak atau tidak membayar zakat pendapatan. Mari kta sama-sama buat pengiraaan sebagai contoh:
Pengiraan Zakat Pendapatan
Cara 1 (Contoh)
Jumlah pendapatan kasar setahun (kerana lebih nisab) x 2.5%
Contoh : RM 48,000 x 2.5% = RM 1,200

RM1,200
Cara 2 (Contoh)
A. PENDAPATAN dari semua sumber seperti elaun, bonus dan dividen yang diterima (setahun)
RM 48,000
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
Diri
RM9,000
Isteri
RM3,000
Anak (Contoh : 3 orang x RM1,000)
RM3,000
Pemberian kepada ibubapa(Contoh : RM200 x 12 bulan)
RM2,400
KWSP (11%)
RM5,280
Caruman ke organisasi yang membayar zakat bagi pihak pencarum / pendeposit (Contoh : Tabung Haji RM110 x 12 bulan)
RM1,320
Jumlah Tolakan Perbelanjaan  (RM24,000)
C. PENDAPATAN YANG LAYAT DI ZAKAT (A-B)
RM24,000
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM24,000 x 2.5%
RM600
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM600 / 12 bulan)
RM50
Abdul juga boleh membuat pengiraan Zakat Pendapatan secara online di sini.

Selepas ini saya akan terangkan mengenai Zakat Simpanan pula. Berjumpa lagi dalam edisi akan datang.
Wassalam.

Tuan Hj Mohd Rais Hj AliasKetua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
’Berzakat Menyucikan Harta dan Jiwa’

www.zakat.com.my 

myzakat 




iZakat :
App Store &Google Play
Hubungi 
Talian Zakat
Fax

Email
Portal
: 1300 88 5757
: 03-9289 5758

: info@zakat.com.my
: www.zakat.com.my


Sunday, October 7, 2012

5 Permainan Android Penghilang Bosan

5:38 PM Posted by Lobam 2 comments
+ Assalamualaikum.

+ Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah. Setiap denyutan nadi dan nafas yang dihela diberi percuma tanpa diminta bayaran.

+ Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 5 permainan ( Games ) Android yang ringan, santai dan sesuai untuk menghilangkan bosan..

+ Permainan tidak memerlukan daya fikir yang tinggi atau tumpuan yang teliti.

1. Paper Toss


Permainan ini hanya memerlukan pemain memasukkan gumpalan kertas ke dalam tong sampah. Sebagai cabaran, angin daripada kipas yang dipasang menjadi halangan. Pemain perlu tahu jarak dan arah yang sesuai untuk memastikan gumpalan kertas itu masuk ke dalam tong sampah.

2. Can Knockdown


Pernahkah anda bermain baling tin di fun fair? Jika dapat menghabiskan balingan tin, anda akan dihadiahkan setin air bikarbonat. Jika jawapan anda ya, permainan ini sangat sesuai untuk anda. Cara bermainnya tetap sama. Pemain dikehendaki membaling bola ke arah tin dan memastikan kesemua tin jatuh ke bawah.

3. Mobile Andrio
Saya yakin pembaca yang lahir sekitar 80 an dan awal 90 an pasti mengenali Mario Bersaudara. Permainan Mario Bros menjadi kegilaan pada waktu itu. Zaman itu tiada ipad, laptop, tablet dan sebagainya. Yang ada hanyalah Game TV yang menggunakan tape sebagai CD. Permainan Mario Bros mencetuskan fenomena sehingga permainan tersebut telah dijelmakan dalam dunia realiti melalui penghasilan filem Super Mario Bros

Bagi mengembalikan kenangan anda, permainan seakan-akan Mario Bros boleh dimuat turun di Google Play. Permainan tersebut dinamakan Mobile Andrio. Walau bagaimanapun, kehebatan Mario Bersaudara tidak mampu dikalahkan oleh permainan ini.



Bagi pengguna telefon bimbit sekitar tahun 1997, pastinya telefon pertama yang dimiliki pada waktu itu ialah Nokia. Sejak itu bermulalah evolusi perkembangan telefon bimbit. Pada waktu itu permainan yang menjadi kegilaan pengguna telefon Nokia ialah permainan SNAKE. Mana taknya, ada satu game je pon dalam telefon tu. Malah boleh juga dimain secara pair melalui infrared. Maklumlah pada waktu itu teknologi Bluetooth masih belum berkembang.

Kini pengguna Android boleh mengembalikan memori bermain permainan Snake. Kawalannya masih juga sama. Jadi apa tunggu lagi. Muat turun sekarang.



Sebuah lagi permainan yang mudah dan kurang stress iaitu DrainworksLite. Apa yang diperlukan ialah, pemain dikehendaki memasukkan air yang keluar dari paip merah masuk ke paip hijau. Halangan-halangan kecil menjadi cabaran kepada pemain, Jadi apa tunggu lagi.

+ Inilah antara permainan  yang sering saya main. Sebenarnya seperti yang saya maklumkan dahulu, saya kurang gemar bermain game. Apa yang ada di dalam telefon semuanya dimuat turun oleh anak saya yang berusia 4 tahun. Alang-alang sudah ada, apa salahnya saya cuba sekali sekala ^_^

+ Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Insya-Allah sekiranya panjang umur berjumpa lagi di entri seterusnya.


Saturday, October 6, 2012

Khazanah Bumi Anbia' Bahagian 2

10:25 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Selepas beberapa hari tidak mengemaskini blog, hari ini saya kembali semula. Seminggu ini saya mengharungi hari yang penuh getir. Semoga saya dan isteri tabah menempuhi ujian yang melanda.

+ Seminggu yang lalu saya telah menulis kisah mengenai Khazanah Bumi Anbia' Bahagian 1. Memandangkan entri tersebut mendapat hit yang tinggi, besarlah harapan saya untuk menyambung semula entri ini dan mengeluarkan semula gambar-gambar yang ada dalam simpanan saya khas untuk tatapan pembaca semua.

1. Makam Huzaifah al-Yamani


Huzaifah al-Yamani adalah merupakan seorang sahabat Rasulullah. Beliau juga digelar sebagai Penyimpan Rahsia Nabi. Ketika Perang Khandaq Nabi mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam.  Namun beliau mengambil tindakan dengan menyamar sebagai salahs eorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah.

Huzaifah al-Yamani telah diberi Rasulullah satu ilmu khusus tentang mengenali orang-orang munafik serta sifat-sifatnya yang tersembunyi. Beliaulah yang pertama skeali memperkenalkan Ilmu Tasauf  dan membuka jalan serta teori-teori ilmu tersebut.

Sumber Wikipedia Huzaifah dan Al Mudznib.

2. Makam Ibnu Hajar al-Asqalani


Ibnu Hajar al-Asqalani (ابن حجر العسقلانى) (Mesir, 773H/1372 - 852H/1449 adalah seorang Ahli Hadis. Salah satu karya beliau yang terkenal ialah kitab Fathul Bari yang merupakan syarah kitab Sahih Imam Bukhari dan disepakati sebagai kitan penjelasan paling detail yang pernah ditulis.

Sumber Wikipedia Ibnu Hajar

3.  Makam Imam Nawawi


Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hassan bin Hussain An-Nawawi Ad-Dimasyqi. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah jampung di daerah Dimayq yang sekarang merupakan ibu kota Syria.

Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Antaranya
Arba’in, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.



4. Jabal Musa ( Jabal Thur Sina )


Jabal Musa ialah sebuah kawasan pergunungan yang terletak di Lembah St. Catherine, Sinai. Kawasan ini terletak pada ketinggian 2285 meter aras laut. Udaranya yang dingin dan nyaman terserlah apabila puncaknya seringkali diliputi salji pada musim sejuk.

Kawasan ini dirakam kisahnya di dalam A-Quran apabila Nabi Musa pernah berbicara dengan Allah di sini.
Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu sesungguhnya kamu berada di lembah suci Thuwa
Malah Jabal ini juga telah disebut beberapa kali lagi di dalam Al-Quran. Di Jabal ini juga Allah menganugerahkan kitab Taurat sebagai panduan Kaum Bani Israel.

Sumber Sejarah Mesir

5. Makam Kepala Syuhada' Karbala.


+  Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya. Insya-Allah sekiranya diberi kesempatan tenaga dan masa, pasti ada sambungannya. Semoga entri ini akan memberi manfaat kepada semua.

Tuesday, October 2, 2012

Fenomena Halo - Pelangi Mengelilingi Matahari

2:21 PM Posted by Lobam No comments



Assalamualaikum.
Tengah hari ini facebook dibanjiri dengan gambar matahari. Ramai rakan Facebook saya mengemaskini status mereka dengan gambar yang sama. Lebih menakjubkan ada lingkaran pelangi mengelilingi Sumber Utama Cahaya tersebut.  Pasti ada yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi.

Setelah dicari melalui enjin pencarian Google, inilah jawapan dari persoalan yang melingkari fikiran. Fenomena tersebut dinamakan sebagai HALO.

Petikan dibawah bersumberkan Wikipedia.

Fenomena halo (bahasa Greekἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Fenomena ini sering berlaku di bahagian Eropah dan sebahagian daripada Amerika Syarikat  dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah dahulu negeri di utara Semenanjung Malaysia gempar  apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.



Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Halo di Padang, Indonesia pada 2 Oktober 2009.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.






Mentarang Lazat Sekinchan

12:28 AM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum buat semua rakan.

+ Mudah-mudahan hari Selasa ini memberi kebahagiaan buat diri kita.

+ Seminggu yang lalu, saya ada bercerita tentang Majlis Penyampaian Hadiah Food Blogging Selangorlicious 2012. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua artikel yang melayakkan saya membawa pulang RM1000. tunai.




Jika anda melalui jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam pasti anda akan menemui pondok-pondok yang didirikan di sepanjang jalan dengan papan tanda MENTARANG. Bagi yang pertama kali mendengar perkataan itu pasti tertanya-tanya apakah itu Mentarang. Bagi penduduk sekitar, mentarang adalah merupakan sumber rezeki mereka.



Mentarang merupakan sejenis hidupan air yang boleh dimakan. Ada yang meletakkan mentarang dalam kategori siput. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Mentarang hidup di kawasan air masin yang berlumpur. Memandangkan kawasan Sabak Bernam merupakan kawasan pantai berlumpur maka mentarang mudah didapati. 


Walau bagaimanapun, pencari mentarang terpaksa meredah lumpur ketika air surut yang kadangkala boleh mencecah separas pinggang. Mereka menggunakan tong plastik untuk dijadikan pelampung dan meredah lumpur untuk mengutip mentarang yang hidup di dalamnya. Mentarang yang dikutip akan dijual kepada peniaga.



Bentuk Mentarang yang bercengkerang seakan-akan Lala tetapi ia lebih bujur dan panjang. Cengkerangnya sedikit nipis dan rapuh sehingga boleh dipecahkan dengan hanya menekannya. Mentarang biasanya dibakar dan dimakan dengan cicahan sos. Ada yang menikmati kelazatan mentarang dengan cara merebus. Lebih unik lagi, mentarang juga boleh dijadikan rendang. Rasanya yang kenyal dan lazat membuatkan mentarang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna jalan raya Kuala Selangor – Sabak Bernam. 





Penggemar mentarang boleh membeli sama ada mentarang hidup ataupun yang sudah dimasak. Mentarang yang dijual dengan harga RM6.00 sepinggan lebih enak dimakan jika dibakar. Manakala mentarang hidup pula dijual sekitar RM10.00 bagi satu kilogram.



Antara gerai mentarang yang popular ialah Faridah Mentarang Bakar yang terletak di Sungai Leman, Sekinchan. Gerai yang terletak ditepi jalan hanya kurang lima minit daripada Pekan Sekinchan. Bagi penggemar mentarang, usah risau kerana gerai Faridah Mentarang Bakar menyediakan kawasan parkir yang luas dan kemudahan tandas. Pelanggan juga boleh memilih sama ada untuk menikmati mentarang secara duduk bersila atau duduk di atas kerusi.




Rata-rata pelanggan yang ditemui menyatakan mentarang sangat enak dan lazat. Ada yang pertama kali mencuba terus jatuh cinta. Mula dengan mentarang bakar terus menambah tempahan untuk merasa mentarang rebus pula. Malah ada yang menjadi pelanggan tetap gerai Faridah Mentarang Bakar sejak beberapa tahun. Ada juga yang menjadikan gerai ini sebagai destinasi wajib singgah jika melalui jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam.




Kesimpulannya, bagi mereka yang tidak pernah mencuba mentarang, jangan lepaskan peluang jika anda melalui jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam. Selamat datang ke daerah Sabak Bernam dan selamat menikmati mentarang bakar yang lazat.



Faridah Menatarang Bakar mendapat liputan daripada Harian Metro

+ Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi.

+ Entri asal di Selangorlicious

Monday, October 1, 2012

Khazanah Bumi Anbia' Bahagian 1

10:05 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Menciptakan sekalian makhluk dengan kekuasaan-Nya.

+ Entri kali ini agak berbeza dengan entri yang pernah saya tulis sebelum ini. Kenangan zaman remaja seringkali mengetuk fikiran agar kembali mengenangkan zaman silam. Biarpun sudah enam tahun berlalu, kenangan mengusik jiwa itu sentiasa bergentayangan di kelopak mata.

+ Kali ini saya mahu membawa pembaca blog picisan ini untuk mengembara ke era zaman para Rasul serta zaman para Sahabat yang gemilang.

+ Gambar ini adalah merupakan koleksi peribadi saya yang diambil sendiri ataupun dikongsi oleh rakan. Mudah-mudahan sedikit gambar yang dipapar serta cerita yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua.

1. Mata Air 12


A060  
 Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
+ Batu ini terletak disebuah kawasan bernama Wadi Muqaddas Semenanjung Sinai, Mesir. Sewaktu kaum Bani Israel memohon air daripada Nabi Musa maka turunlah ayat ini. Ini adalah merupakan salah satu mukjizat yang telah Allah kurniakan kepada Nabi Musa.

2. Gereja Buhaira



 + Gereja ini terletak di Busra ( Kota di Negeri Huran , ibu kota Arab Utara di bawah taklukan kerajaan Rom Utara / Kerajaan Byzentain )

+ Gereja ini dijaga oleh seorang Rahib Nasrani yang bernama Buhaira. Buhaira sangat arif dalam kitab Injil dan Taurat.

+ Gereja ini pernah menerima kehadiran rombongan Abi Talib yang pada ketika itu membawa bersama Nabi Muhammad dalam rombongan perniagaan ke Negeri Syam.


  • Semasa rombongan itu jauh dan bergerak ke arah gerejanya ,Pendita itu terlihat awan nipis sentiasa bergerak dan menaungi rombongan tersebut ,menurut imunya yg luas itu ,hanya nabi akhir zaman yg akan diutuskan sahaja yg mempunyai kelebihan itu .dia tidak tahu siapakah bakal nabi dikalangan rombongan Abi Talib itu

  • Semasa rombongan itu berehat dia terlihat seorang remaja duduk di bawah pokok dan tiba-tiba ranting-ranting pokok itu bergerak lembut dan menutupi nabi drp terkena cahaya matahari .Pokok itu di tanam oleh Nabi Ibrahim , dan pada zaman Nabi Musa , Nabi Musa pernah duduk di bawah pokok tersebut , menurut ilmu drp kitab Injil dan Taurat ,hanya para nabi sahaja yg berjaya melihat /menemui pokok tersebut ,manusia biasa tidak akan menemuinya .
 + Setelah bersoal jawab dengan Nabi Muhammad, lantas Buhaira berkata kepada Abi Talib "Wahai Abi Talib bawalah anak ini pulang ke Mekkah segera ,aku khuatir sekiranya orang Yahudi menemuinya nascaya mereka akan membunuhnya"

+ Untuk memgetahui kisah lanjut , boleh klik di sini.

3. Makam Muawiyah bin Abi Sufyan



+ Makam ini terletak di Syria.

+ Kisah Muawiyah ini boleh diikuti secara rinkas di Wikipedia Bahasa Melayu

4. Makam Abu Hurairah



+ Makam Abu Hurairah ini terletak di Damsyiq Syria.

+ Abu Hurairah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 57 atau 58 Hijrah dalam usia 78 tahun di Madinah. Beliau telah meninggalkan 5374 potong hadis untuk diwarisi oleh umat terkemudian.

+ Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

5. Makam Nabi Saleh



+ Makam ini terletak di Semenanjung Sinai Mesir. Nabi Sleh diutuskan oleh Allah kepada kaum Tsamud.

+ Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh klik di sini.

+ Saya kira setakat ini sahaja dahulu. Jika ada kelapangan dan masa, insya-Allah saya akan terbitkan entri sambungannya pula.

+ Salam Hari Isnin. Jangan monyok-monyok ya ^_^