Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, March 15, 2013

5 Food Blogger Pilihan Saya

9:28 AM Posted by Lobam 1 comment
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat rasul Junjungan tercinta serta para sahabat dan pengikut baginda.
Bertemu kita dalam entri kali ini. Entri pertama sebagai pembuka acara. Salam perkenalan buat semua pembaca.   Bila Pena Mula Berdansa, Bila Lobam Berbicara. Tiada kata ingin saya lafaz melainkan ungkapan rasa penghargaan buat eyriqazz.com  kerana sudi memilih saya sebagai perantis dalam Projek 10 Blogger eyriqazz.com. 

Selain menulis, saya juga suka menikmati makanan. Masalah yang kerap melanda pemburu makanan ialah kadangkala kita tercari-cari di manakah lubuk makanan yang lazat. Mujur  ada blogger yang sedia berkongsi tempat dan makanan menarik sebagai rujukan. Prinsip saya mudah, asalkan makanannya lazat dan berbaloi, berapa sahaja harganya pasti sanggup saya bayar. Untuk edisi pengenalan kali ini, ingin saya berbicara tentang 5 Food Blogger Pilihan.

1.  Food n’ Frame - http://foodnframe.com/

foodnframe

Saya mengenali pengendali blog hebat ini semasa Majlis Penyampaian Hadiah 2nd Food Blogging Competition 2012 anjuran Selangorlicious. Gabungan fotografi dan makanan membuatkan blog Food & Frame ini sangat hebat. Ulasannya yang jujur dan gambar yang menyerlah membuatkan makanan itu seolah-olah hidup. Sangat menarik untuk dinikmati. Kagum sungguh saya melihat templatenya yang begitu teratur dan sangat memudahkan pelayar untuk mencari maklumat. Malah blogger ini juga mengkategorikan restoran yang pernah disinggahinya. Bermula dari Poor sehinggalah bertaraf Highly Recommended. 

2. Malaysia Food, Travel & Tourism Blog - http://www.vkeong.com

vkeong

Blog yang berkonsepkan Makanan & Pelancongan ini sangat berbeza dari blog-blog kebanyakan. Pemilik blog yang berasal daripada Bukit Mertajam Pulau Pinang ini menumpahkan passion terhadap makanan melalui fotografi dan diterjemahkan melalui kanvas kosong alam maya yang beralamat di vkeong.com. Selain menyediakan senarai Good Food List blogger ini juga menyediakan senarai KL & PJ Japanese Buffets beserta harganya sekali. Tetapi pelayar harus berhati-hati kerana ada antara makanan yang disenaraikan tergolong dalam kategori TIDAK HALAL.

3. Kucing Goreng Gemok - http://kucingorengemok.blogspot.com/

kucing goreng gemok

Secara jujurnya, memang agak sukar untuk mencari blogger melayu yang memaparkan lokasi atau makanan halal sepenuhnya. Jika ada sekalipun apa yang dilihat sekadar Hanya Melepaskan Batok Di Tangga. Ala kadar sahaja. Tetapi blog Kucing Goreng Gemok ini sangat berbeza. Walaupun karyanya tidak dilampirkan dengan fotografi yang menawan tetapi informasinya sangat berguna. Malah di side bar juga disediakan ruangan MAKANPEDIA. Bukan sahaja menyediakan info tempat makan di Malaysia malah di London, Brighton dan Amsterdam. Hebat.

4. Masak-masak -  http://masak-masak.blogspot.com

masak-masak

Masak-masak merupakan salah satu blog yang menjadi rujukan saya. Menyediakan pelbagai kategori seperti Chinese Food, Western Food dan Malay Food pasti memudahkan pembaca mencari lokasi bagi memenuhi kehendak citarasa yang pelbagai. Juga menggabungkan keseniaan antara fotografi dan makanan membuatkan paparan dan pemsembahan lebih menarik. Bukan setakat itu sahaja, Masak-masak juga menyediakan laman resipi untuk para pembaca mencuba masakan yang menarik. Pelbagai vasriasi makanan boleh dicuba. Yang penting, rajin atau tidak sahaja.

 5. Masam Manis - http://fromintankitchen.blogspot.com/


Selain Food Blogger, Blogger Masakan juga merupakan salah satu antara blog yang dicari. Di sini saya kongsikan salah satu Blog Masakan yang popular iaitu Masam Manis. Blog Masakan menyediakan resipi bergambar untuk para pembaca. Jujur saya katakan, blog ini menggabungkan antara fotografi dan masakan secara professional. Gambar yang diambil persis gambar di majalah. Blog ini menjadi rujukan utama isteri saya dalam bidang masakan. Yang lebih menarik, resipi yang disedia, disertakan dengan cara memasak bergambar yang sangat menarik. Pelbagai variasi masakan disediakan.  Lebih menyeronokkan lagi, semua resipi yang dihidang kebanyakan boleh dikategorikan sebagai Gerenti Jadi. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Saya kira sekadar itu sahaja sebagai mukaddimah. Andai ditakdirkan saya masih lagi diterima sebagai Perantis dalam projek ini, Insya-Allah pasti saya akan hidangkan lebih lagi buat para pembaca. Jumpa lagi. MaasSalamahWa Ilal Liqa’.*

Entri ini telah disiarkan dalam ruangan Penulis Jemputan Eyriqaaz.com

Tuesday, March 12, 2013

Balai Cerap Selangor Permata Sabak Bernam

10:21 PM Posted by Lobam , 1 comment

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat Islam dan Iman serta selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.


Tatkala kaki melangkah masuk ke bangunan satu setengah tigkat ini, hati terasa sangat bangga kerana Sabak Bernam telah dipilih sebagai lokasi Balai Cerap pertama di Negeri Selangor. Balai Cerap yang terletak di pinggir pantai Sabak Bernam ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih seperti kubah cerapan yang menempatkan teropong dan alat pencerap bintang serta pelbagai peralatan yang berkaitan.



Malah BCS juga menyediakan kemudahan seperti ruang pejabat, ruang pameran, ruang taklimat, surau dan ruang cerapan. Kedudukan Balai Cerap Selangor amat strategik kerana terletak jauh dari kawasan bandar dan perindustrian. Kemudahan infrastruktur dan sistem perhubungan  yang baik seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik menjadikan BCS sebagai lokasi yang sesuai untuk dikunjungi.

Dengan wujudnya BCS di dalam daerah Sabak Bernam memberi banyak manfaat kepada pelajar sekolah di kawasan berhampiran. Banyak aktiviti yang melibatkan pelajar diadakan. Para pelajar boleh mengakses kesemua kemudahan yang disediakan. Ternyata kewujudan BCS ini memberi impak yang positif dalam penyebaran ilmu falak  kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat Negeri Selangor amnya.

Peluang yang disedia tidak saya sia-siakan. Hari ini saya kembali ke BCS untuk mencerap anak bulan Jamadil Awal 1434 hijrah. Kali ini saya tidak keseorangan. Anak-anak dan isteri saya bawa bersama untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang ilmu falak.


Kehadiran kami disambut ceria oleh pegawai yang bertugas. Hanya kami sahaja yang hadir selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas. Kesempatan yang ada saya gunakan sebaiknya. Sedikit ilmu falak saya ceduk dari pegawai yang bertugas. Ternyata mereka tidak lokek ilmu. Sesuailah dengan tujuan pembinaan BCS iaitu untuk menjadi pusat pendidikan ilmu falak sebagai usaha menyebarkan dakwah kepada umat manusia.






Balai Cerap selangor boleh dihubungi melalui :

Telefon : 
017 - 682 6280 ( Norameen ), 03 - 5514 3716 / 17/ 18/ 20 ( Bahagian Falak )

Faks : 
03 - 5519 7584

Email : 
balaicerapselangor@yahoo.com.my

 Web :  

Facebook :  


Ubat Malas Menulis

5:17 PM Posted by Lobam 2 comments
 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi serta selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Selepas seminggu tidak menulis, hari ini saya menerima 'ubat' penyakit malas saya. Syukur Alhamdulillah kerasa tulisan saya berkenaan #TSDayOut Skytrex Adventure telah terpilih sebagai 3 best blog Write Ups

Rezeki yang tidak disangka. Harap-harap selepas mendapat 'ubat' ini semangat semakin berkobar-kobar. Jom menulis.

Tuesday, March 5, 2013

Barcelona FC Akan Ke Malaysia Ogos Ini

10:34 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki serta selawat dan salam buat rasul tercinta.


Kelab bola sepak gergasi Sepanyol yang juga juara empat kali Liga Juara-juara, Barcelona, akan melakukan kunjungan sulung ke Malaysia pada 10 Ogos tahun ini.


Laman Web Rasmi kelab itu http://www.fcbarcelona.com/ melaporkan Barcelona akan berada di Kuala Lumpur selepas bermain di Shanghai ( China ) pada 4 Ogos dan Bangkok ( Thailand ) tiga hari kemudian dalam rangka lawatannya ke Asia.

Bagaimanapun, pada sidang akhbar di ibu pejabat kelab itu semalam, presiden FC Barcelona Sandro Rosell tidak menyatakan pasukan yang akan ditentang kelab itu dalam siri Jelajah Asianya.

Rosell hanya mengesahkan Barcelona akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan di rantau Asia, yang merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan itu untuk menghadapi musim 2013/2014.

Kelab ini, yang antara lain membariskan pemain terbaik dunia Lionel Messi, kini mendahului La Liga dengan 68 mata setelah beraksi dalam 26 perlawanan.

Sumber Stadium Astro dan FC Barcelona


Saturday, March 2, 2013

Senarai Laman Web Penting Buat Pemohon IPT 2013

8:41 AM Posted by Lobam , No comments

1. PEKELILING - PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA SESI AKADEMIK 2013/2014

Lepasan SPM / SETARAF 
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_SPM.pdf

Lepasan STPM / STAM
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_STPM.pdf


LEPASAN MATRIKULASI / ASASI
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_MATRIK.pdf


LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_DIPLOMA.pdf 


KEMASUKAN KE PROGRAM SIJIL & DIPLOMA Ke TEVT(POLITEKNIK) & ILK UNTUK LEPASAN SPM & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_ILKA.pdf

2. E-PANDUAN KEMASUKAN KE IPTA 
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php?pagefunc=epanduan

3. TARIKH-TARIKH PENTING URUSAN/PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SESI 2013/2014
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_TARIKH_PENTING.pdf

4. RINGKASAN/SENARAI & MAKLUMAT PROGRAM PRA-UNIVERSITI IPTA & KOLEJ MATRIKULASI
http://halatuju.com/main/?page_id=1381

5. PROGRAM HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM
Program khas untuk pelajar lepasan SPM yang masih tercari-cari di mana nak mula segala urusan yang berkaitan dengan kemasukan ke IPT. Program terbuka kepada pelajar tingkatan 4 & 5 untuk membolehkan pelajar membuat persediaan awal perancangan halatuju pendidikan selepas SPM - 

http://halatuju.com/main/?page_id=66

Bangkang Dari Longkang - Apa Kata Afdlin Shauki

7:54 AM Posted by Lobam , 2 comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Sayyiduna Rasul tercinta.

Sorotan seminggu menyaksikan kisah Buku Jingga - Bangkang Dari Longkang yang dilakonkan oleh Nabil Ahmad dan Saleh Yaakob menjadi bualan hangat. Malah mereka dikecam hebat oleh pengguna internet sehingga ada yang mengugut untuk memboikot aktiviti seni mereka sehinggakan Radio Sinar FM yang menjadi tapak Saleh Yaakob berkhidmat juga turut menerima tempiasnya. Malah filem Lawak Ke Der 2 yang menampilkan Nabil Ahmad turut sama diugut untuk diboikot.


Bagi menjernihkan keadaan, Afdlin Shauki tampil memberi penjelasan di dalam laman Facebooknya. Sebelum ini, pelakon dan pengarah berbakat ini juga turut difitnah melalui video Politik Tongong tetapi dinafikannya.

Bismillahhirahmannirrahim . Hayakumullah. 


Semoga Allah SWT memberkati kita semua kerana hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang baik untuk kita. Allah SWT ampunkanlah kesilapan dan kesalahan kami sesama manusia dan terus berikan kita kekuatan untuk menghadapi segala fitnah dan prasangka. 



Mungkin ada yang ingin sedikit pencerahan tentang tentang video-video Bangkang dari Longkang yg tersebar sekarang.

Video-video ini di rakamkan pertengahan tahun lepas oleh sebuah syarikat produksi tempatan. Ia dirakamkan berberapa bulan sebelum saya pergi ke Gaza. Masih ada video-video yg belum keluar.


Apa yang pernah saya buat dahulu, hanya Allah SWT akan menilainya. Di mana jiwa saya berada sekarang juga hanya Allah SWT yang tahu. 

Apa yang saya lakukan dahulu, saya lakukan kerana percaya dgn kebebasan bersuara bagi semua pihak. Kami pelawak masuk hanya sebagai pelakon. Sepertimana pembangkang juga membuat video-video mereka. Apa yg kami lakukan adalah satira kehidupan yg memaparkan isu-isu berbangkit politik. 

Satu yg kami pegang, kami tak akan menyerang sesiapa secara peribadi, sindiran mesti di buat berasaskan isu berbangkit yg ada faktanya, Kami tak mencarut, Kami tak menggunakan kata-kata kesat, kami tak mendoakan keburukan dan kematian ke atas sesiapa, kami tak sembunyikan identiti kami pasal ini adalah satu parody politik ringan. Artis-artis pihak pembangkang juga lantang bersuara mengutuk kerajaan dgn terang-terang jadi sayatak faham kenapa ada pihak yg kecoh pasal video BDL. Saya rasa takde kut pembangkang yg akan berpaling tadah join BN bila tgk video-video tu, hanya org BN je yg akan seronok tgk video tu. 

Selepas pulang dari GAZA, saya rasa ada benda lebih penting yg harus saya perjuangkan dlm hidup saya iaitu agama saya. Jika saya di suruh untuk buat video politik lagi, saya rasa saya tidak akan melakukannya lagi kerana saya tak berminat dgn dunia politik Malaysia yg penuh dgn kebencian ini. I don't believe in hate. I dislike people who are hate-mongers Government and Opposition alike.

In hindsight, i guess what Malaysians cannot do is laugh at themselves. Everything must be black and white and there is no room for any grey area. All i hear is if you are UMNO you are a bad person! and some UMNO folks says the same thing about the folks in the opposition. I believe,there are good people on both sides and there are not so good people too but at the end of the day who are we to judge people? Isn't this god's work? i hear about Muslims praying in separate mosques just because of differing political beliefs? i don't think this is what Allah SWT intended. Saya rasa tak perlu ada keahlian parti Islam untuk menjadi seorang Islam dan memperjuangkan Islam. 

Perjuangan saya sekarang adalah membetulkan diri saya dan mendalami agama saya. Membantu umat Islam yg memerlukan bantuan. Saya tak suka dan bersedih apabila melihat orang Islam berpecah belah di Malaysia ini. Saya melihat Gaza dan saya lihat bagaimana bila ummah bersatu kita menjadi kuat dan bila kita berpecah kita menjadi sangat lemah.

Sekali lagi saya tak membenci sesiapa dan saya doakan kesejahteraan ke atas semua umat Islam dan Rakyat Malaysia tak kira dari mana pihak pun. Agar politik ini di dalam Malaysia ni takkan terus memecah belah kan rakyat dan ummah. Saya berdoa Allah SWT memberi pengampunan dan memelihara kita semua. Even the cybertroopers. :)

Wallahhualam
Assalammualaikum WBT

Dalam satu perbualan bersama seorang sahabat, dia berkata pada saya " Aku pun tak tahu nak vote siapa PRU ni tapi aku akan vote parti yg pertama memuji kebaikan yg di buat oleh parti lawannya.... pasal sekarang ni semua tentang keburukan".

At the end of the day the people will speak with their votes come PRU13. And whatever Allah SWT wills, will become reality.
Afdlin Shauki sudah bersuara, terpulanglah kita untuk menilainya.

Terima kasih.