Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, July 15, 2013

Bayar Zakat Fitrah Melalui SMS

8:30 PM Posted by Lobam 3 comments
Assalamualaikum.

Ramadan Kareem.

Zakat adalah merupakan salah satu rukun dalam Rukun Islam. Menunaikan zakat hukumnya wajib bagi setiap muslim. Dengan ketibaan Ramadan, seluruh umat Islam wajib menunaikan Zakat Fitrah. Seiring dengan kecanggihan teknologi, kini zakat boleh dibayar melalui pesanan khidmat ringkas (sms) atau melalui dalam talian (online). Hukum membayar zakat melalui sms atau online boleh dilihat di laman Pusat Zakat Melaka dan Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Kini pengguna talian Celcom dan Maxis tidak perlu lagi mencari Amil untuk membayar zakat. Semuanya dihujung jari. Segalanya selesai hanya dalam lima minit.


Bagi pengguna talian Celcom hanya taip sms FITRAH dan hantar ke 21999 manakala bagi pengguna talian Maxis taip *222*3# dan tekan Dial.

Walau bagaimanapun perkhidmatan pembayaran SMS ini hanya tertakluk kepada negeri-negeri berikut sahaja.

1. Selangor
2. Melaka
3. Kedah
4. Perlis
5. Terengganu
6.Pahang
7. Sabah
8. Kelantan

Arahan lanjut akan diberikan selepas SMS dihantar.

Kadar bayaran zakat fitrah boleh rujuk di sini

Selamat menunaikan zakat ^_^

Friday, July 12, 2013

Kadar Bayaran Zakat 1434 / 2013

8:29 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Salam Ramadan.

Berikut adalah merupakan kadar zakat fitrah bagi seluruh negara.



BIL
NEGERI
KADAR ZAKAT ( RM )
1
PERLIS
6.00
2
KEDAH
7.00
3
PULAU PINANG
7.00
4
PERAK
7.00
5
SELANGOR
7.00
6
NEGERI SEMBILAN
6.50
7
MELAKA
6.50
8
JOHOR
5.00 / 8.00 *
9
PAHANG
7.00
10
TERENGGANU
4.50 / 7.00 / 7.60 *
11
KELANTAN
7.00
12
SARAWAK
6.50
13
SABAH
7.00
14
WILAYAH PERSEKUTUAN / LABUAN / PUTRAJAYA
7.00


* Harga bagi Johor dan Terengganu berbeza mengikut gred beras.