Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, June 12, 2015

Kembara Marhein Hatyai

7:39 AM Posted by Lobam , 3 comments
Assalamualaikum.

#KembaraMarhein #Hatyai #Thailand #Backpackers



Kim Yong Market, merupakan satu lokasi membeli belah seperti Kedai Pasar Payang di Terengganu dan Pasar Buluh Kubu di Kota Bahru.

Di sini terdapat gerai jualan yang menjual pelbagai barangan seperti t-shirt, kasut, barangan aksesori, barangan asas dan makanan.



Bagi pengunjung Muslim, di Kim Yong Market terdapat banyak gerai makanan halal. Kami memilih untuk bersarapan di salah sebuah gerai peniaga Muslim di tingkat 3. Makanannya tidak jauh beza dengan apa yang ada di Malaysia. Saya memilih Kuetiau (ejaan seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat) Tom Yam sebagai pembuka selera. Kalau sudah berada di negara Gajah Putih, tak salah kalau kita menikmati makanan leluhur mereka kan.

Oleh kerana kembara kami ini kembara berbajet rendah, jadi barangan-barangan di sini hanya menjadi halwa pandangan kami. Teringin sangat untuk beli tetapi kerana memikirkan kami hanya menaiki bas, cukuplah sekadar memendam rasa. Mungkin pada lawatan akan datang, kami akan sediakan peruntukan untuk membeli-belah pula. 


Di sini, pengunjung perlu tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik. Jangan risau, ramai peniaga di sini boleh berbahasa Melayu sikit-sikit. 

Dialog biasa ketika tawar menawar (merujuk kepada harga) ialah

“You Dai, I Mai Dai (Awak boleh, saya tak boleh)” Kelip-kelip mata Amoi Siam ni sambil membuat wajah ayu.

“Ala… Mai lah (Ala… Bolehlah)” Saya tidak mahu mengalah.

“Mai Dai lah abang handsome (Tak bolehlah abang handsome)”

Errrkkk. Handsome?


“Dai, Dai (Boleh, boleh)” Saya menghulurkan wang tanpa minta kurang.