Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, June 6, 2017

Buffet Buka Puasa Murah Dan Berbaloi Di De Palma Kuala Selangor

6:19 PM Posted by Lobam 1 comment

Assalamualaikum dan salam ceria Ramadan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait baginda.

Bila tiba bulan Ramadan, pasti ramai yang tercari-cari tempat berbuka yang menarik menunya dan murah pada harganya. Hari ini saya ingin perkenalkan satu lokasi buat penggemar menu masakan kampung untuk berbuka. Paling penting harganya murah dan berbaloi iaitu De Palma Kuala Selangor.

Setiap hotel pasti mempunyai signature dish mereka. Tidak kurang juga Hotel De Palma Kuala Selangor ini. Mereka mempertaruhkan masakan kampung yang diadun dengan citarasa muhibbah pelbagai kaum di Malaysia. Ada masakan Melayu, Cina tidak kurang juga India.



Kali ini, Hotel De Palma menggunakan konsep gerai. Setiap gerai menawarkan pelbagai jenis makanan yang berbeza rasa dan citarasa budaya. Menariknya ialah apabila makanan di gerai-gerai ini akan ditukar setiap hari. Ini bermakna, setiap pelanggan akan menikmati hidangan berbeza setiap hari.


  
Biarpun pelbagai hidangan sampingan disediakan untuk para pelanggan, Hotel De Palma tetap menyediakan hidangan utama. Nasi Putih, Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kambing Varuval dan Pari Asam Pedas Nyonya adalah hidangan tetap yang disediakan setiap hari.


Kambing Varuval, masakan India yang memikat selera




Saya tertarik dengan hidangan Daging Asam Pedas yang dihidang dengn cara yang cukup unik. Hidangan ini dihidangkan di bahagian tengan dewan dengan di kelilingi rempah ratus yang digunakan. Kemudian daging asam pedas ini dibiarkan masak dengan api yang sederhana untuk memastikan para pelanggan menikmati hidangan ini dalam keadaan panas. Sungguh, rasanya juga tidak mendukacitakan. Sangat memikat selera.

Daging asam pedas yang dihidang di tengah dewan.


Sesekali, pramusaji akan menggaul daging asam pedas supaya rempahnya sekata.


Rempah ratus yang menjadi penyedap hidangan
Banyak gerai makanan sampingan yang disediakan. Antaranya Roti John, Aiskrim, Roti Jala, Pasembor, Pasta, Aneka Mi, Goreng panas seperti pisang goreng, keledek goreng, keladi goreng, Ayam Bakar dan paling istimewa Kambing Golek.



Bagi penggemar ulam dan jeruk, jangan risau. Di Hotel De Palma juga menghidangkan ulam dan jeruk buat anda.



Satu lagi hidangan ayam yang menarik perhatian saya ialah Ayam Bakar Wak Menong. Sungguh tak cukup satu. Sekali rasa, berkali-kali lagi nak rasa. 

Patutlah sedap. Tukang masaknya juga sedap mata memandang



Pihak Hotel De Palma sangat memahami perasaan anda yang tidak gemar dengan ayam mahu pun daging. Nah, ikan bakar yang sedap juga ada. Tak cukup seekor.


Ini dia, Man of the Match. Kambing Golek. Wow. Dibakar dengan perapan yang sempurna membuatkan pelanggan tidak putus-putus untuk mendapatkan kambing ini.


Char Kuetiau berapi juga enak untuk dinikmati.

Roti John disajikan dengan aneka kuah.

Roti John yang gebu.


Gerai Aiskrim yang menyegarkan

Air Batu Campur juga disediakan

Roti Jala merupakan hidangan wajib yang menjadi perhatian pelanggan

Hidangan Pasembor yang mengujakan

Pasta uols


Pasta. Anak saya tambah beberapa kali

Mi Rebus sedang beraksi

Makanan yang digoreng panas



Gerai air juga tidak kurang hebat. Pelbagai air disediakan untuk pelanggan. Kali ini saya sangat sukakan air bandungnya. Pekat dan melekat.


Teh Tarik yang membuatkan saya sentiasa mengigau. Sedap sungguh.


Cendol dan Cocktail yang menyegarkan


Bagi pelanggan yang memilih untuk solat dahulu, jangan risau. Ada surau yang selesa disediakan. Solat maghrib berjemaah bermula 15 minit selepas berbuka. Selepas solat anda boleh menikmati hidangan sehingga jam 9 malam.



Solat tarawikh? Oh, jangan khuatir. Surau Hotel De Palma Kuala Selangor menyediakan imam tahfiz untuk mempin solat tarawikh. Wow. Belum pernah saya jumpa hotel yang menyediakan perkhidmatan seperti ini.




Paling menarik apabila, setengah jam sebelum berbuka, para pelanggan akan dihidangkan dengan alunan ayat suci al-Quran sebagai halwa telinga. Subhanallah. Dapat pahala lagi.




Masuk waktu berbuka, terus azan dikumandangkan secara live. MasyaAllah. Syahdu sungguh. Sekitar jam 8, pelanggan akan dihadangkan dengan nyanyian artis jemputan.

Konklusinya, makanan yang disediakan di Hotel De Palma ini sungguh enak dan menyelerakan. Prasarana yang lengkap serta suasana Islamik pasti membuatkan anda rasa tersentuh hati. Sesuailah untuk anda berbuka puasa bersama keluarga di sini.

Harga? Sudah tentu berbaloi.




Untuk tempahan, sila lawati laman web http://www.depalmahotelonline.com/


Gadis-gadis manis ini sedia menanti kehadiran anda di De Palma Kuala Selangor.