Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki. Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia.
Kerana
banyak rungutan yang diterima daripada para pelajar, sekumpulan Guru Bimbingan
dan Kaunseling SMK Sungai Besar telah mencipta satu modul bagi membantu para
pelajar tingkatan 5 memantau perkembangan prestasi pelajaran mereka seterusnya memilih
hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas SPM.
Program
yang dinamakan sebagai MyTarget Graf Prestasi Diri itu, telah membantu ramai
pelajar terutamanya pelajar yang ketandusan idea untuk menyambung pelajaran
berdasarkan keputusan SPM yang diperoleh.
Modul
ini yang menggabungkan beberapa elemen menyokong dan membantu pelajar untuk
menjejak prestasi dalam peperiksaan yang diadakan sepanjang tahun seperti,
ujian prestasi 1, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan dan
peperiksaan SPM sebenar.
MyTarget
Graf Prestasi Diri ini yang telah dianugerahkan sebagai Anugerah Amalan Terbaik
Kaunseling peringkat daerah Sabak Bernam, menggabungkan beberapa komponen
seperti soalan pra dan post, pengiraan mata merit, semak syarat ke universiti
dan inventori minat kerjaya menjadi tiang kepada program utama iaitu Graf
Prestasi Diri.
Nurulhuda
Ramli, ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungai Besar berkata “modul ini
bertepatan dengan 4 fokus utama dalam bidang bimbingan dan kaunseling iaitu
Pengurusan Masa Depan & Kerjaya, membantu pelajar untuk memilih arah tuju
dan kerjaya dengan jelas dan konsultasi secara percuma akan diberikan untuk
menolong mereka fokus kepada penetapan cita-cita.”
Gabungan
antara elemen tradisional dan teknologi menjadikan modul ini unik serta meraikan
tiga kelompok utama pelajar yang terdiri daripada golongan visual, golongan
auditori dan golongan kinestetik.
Tambah
Nurulhuda lagi, “diharapkan agar modul MyTarget Graf Prestasi Diri ini akan
diterima dan digunapakai oleh semua guru bimbingan dan kaunseling seluruh
Malaysia demi membantu pelajar untuk mencapai cita-cita mereka terutamanya
menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi.”