Saya kira sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Banyak perkara yang berlaku dan sedia untuk dikongsi tetapi masa sangat mencemburui. Bukan tiada masa, cuma saya tidak pandai menguruskan masa sehingga tidak sempat untuk menjenguk diari kehidupan saya ini.
Mengambil kesempatan sempena cuti rehat Peperiksaan SPM selama seminggu, saya mencuri masa berlibur menghiburkan hati yang lara. Banyak perkara yang berlaku. Ada yang gembira ada juga sebaliknya. Destinasi pilihan kali ini ialah Kelantan. Kelantan lagi? Saya baru sahaja pulang dari Kelantan pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Cuma memenuhi jemputan perkahwinan seorang saudara rapat, saya dan keluarga memilih untuk ke Kelantan lagi.
Mujurlah permohonan berpindah ke Kelantan amat sukar. Jika tidak sudah pasti Negeri Serambi Mekah ini menjadi pilihan utama saya untuk berpindah selain dari Sabah dan Sarawak.
Boleh dikatakan setahun tiga hingga empat kali saya menjejakkan kaki ke tanah barakah ini. Cuma inilah kali pertama saya singgah ke Munduk - Sebuah pekan kecil di seberang sungai.
Jika ditanya apa yang ada di sini. Jawapannya mudah. Semuanya ada. Cuma Munduk tidaklah semeriah Rantau Panjang atau Golok dan kawasan yang sewaktu dengannya,
Kami memulakan perjalanan dari Pasir Mas. Perjalanannya tidaklah jauh hanya memakan masa sekitar 20 minit sahaja. Dari Pasir Mas arah laluan ke Rantau Panjang menjadi menjadi panduan. Sekitar 5 km dari jeti anggota polis di Pos Kawalan menyambut dengan senyuman.
Setibanya kami di kawasan jeti parkir kelihatan penuh, mungkin ketika itu jarum jam sudah menunjukkan angka satu dan aktiviti membeli belah tiba di waktu puncak. Setelah memarkir kereta, kami bersiap untuk menyeberang. Sudah pasti pengangkutan utama untuk menyeberang ialah dengan menaiki bot.
Model yang kononnya kacak |
Inilah bot yang membawa penumpang menyeberang ke Munduk Thailand. Jika dilihat memang tiada aspek keselamatan langsung. Tetapi hanya inilah satu-satunya pengangkutan yang ada untuk ke sana. Mungkin juga para pembaca boleh mencuba sesuatu yang baru dengan cara berenang pula
Nah. Dengan hanya membayar RM 1 kini ada sah menjadi pendatang haram di Tanah Siam. Selamat datang ke Munduk.
Di Munduk, barangan yang dijual lebih murah dari Rantau Panjang. Malah berkali ganda murah harganya. Antara barangan yang menjadi pilihan ialah kain tudung. Saya pasti, penggemar tudung akan rambang mata melihat kain yang pelbagai warna dan corak yang dapat dibeli dengan harga murah. Malah lebih cantik dari yang dijual di butik dan kedai dalam talian. Jersi juga menjadi barangan wajib beli. Masakan tidak, jika pandai tawar boleh dibeli dengan harga RM 15 untuk 2 helai.
Sesuai untuk mereka yang minat berniaga |
Munduk juga menjadi syurga buat kanak-kanak. Di sini barang permainan dijual dengan harga yang murah. Malah motor besar berkuasa bateri jika pandai tawar boleh dibeli dengan harga sekitar RM 200 sebuah.
Syurga bagi kanak-kanak |
Buah-buahan beraneka jenis |
Satu lagi. Jika sudah menyeberang sungai jangan lupa merasa Som Tam. Makanan berasaskan betik ini pasti memikat selera anda. Ada rasa manis, masam, masin. Pendek kata, cukup segala rasa.
Saya juga tidak ketinggalan berhenti melepas lelah di restoran yang ada. Menikmati hidangan air tangan orang Thai yang asli. Oh ya, jika berada di sini usah risau. Semua makanan yang ada di sini halal belaka, kerana hampir semua penduduk di sini adalah beragama Islam.
Antara yang paling istimewa ialah Air Batu Campur. Macam-macam ada. Ada hirisan pisang, ada cebisan roti, ada jeli dan macam-macam. Rasanya sudah tentu lazat.
Air Batu Campur 1Munduk. Macam-macam ada |
Mencuba Kuew Teow Padprik. Hmmmm sedap. |
Sambal masam dan kicap masin. Saya lebih menggemari yang masam |
Perjalanan ke Pekan Munduk dari Pasir Mas |
Rasa seperti menaiki bot laju. |
balik klantan sokmo tak berkesempatan nk ke sana. aritu dh smpai kt jeti pastu polis xbagi masuk pulak... kawalan ketat sbb ada kes ganas2 tu
ReplyDeleteDari segi peraturan memang salah. Tapi kadang2 polis tutup mata sahaja. Jika ada kes keganasan memang xdibenarkan.
DeleteHari2 sy ulang alik..kalau ada polisx bg masok tembak jew snang....aku bukan dia yg punya.
ReplyDelete