Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, December 22, 2015

PERMOHONAN PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU KPM 2016

7:59 AM Posted by Lobam 1 comment


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasulullah serta para sahabat dan ahlul bait baginda.

Alhamdulillah. Permohonan ke Program Pengkarya Guru 2016 kembali lagi. Pasti ada yang tertanya-tanya, apakah itu Program Pengkarya Guru?

Program ini merupakan satu inisiatif Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan penulis di kalangan guru yang memegang Gred DG. Seramai 100 orang guru akan dipilih setiap tahun, diberi latihan dengan harapan agar 100 buah buku bekualiti akan diterbitkan untuk kegunaan remaja dan pelajar sekolah.

Penerbitan buku ini melibatkan pelbagai genre penulisan seperti Novel, Cerpen, Puisi, Buku Kanak-kanak, Buku Bergambar dan lain-lain lagi. Jadi jika anda seorang guru dan mempunyai bakat menulis atau melukis (ilustrasi) anda dijemput untuk memohon Program Latihan Pengkarya Guru bagi tahun 2016.

Antara kelebihan Program Pengkarya Guru ialah:

1. Peserta akan diberi latihan penulisan bagi memantapkan kemahiran menulis.
2. Berpeluang mempelajari teknik menulis dan mengilustrasi buku kanak-kanak.
3. Mendalami teknik mengarang cerita dan menghasilkan storyboard.
4. Berpeluang menerbitkan karya sendiri.
5. Memilih penerbit yang akan menerbitkan karya.
6. Mengetahui tip dan teknik menulis mengikut acuan penerbit Malaysia.
7. Membina jaringan bersama penulis-penulis hebat di Malaysia.

Macam mana? Masih belum teruja? Di sini juga saya lampirkan karya penulis-penulis hebat yang telah menyertai PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU. Selain novelis dan ilustrator yang hebat, mereka juga adalah seorang GURU.

Cikgu Khairulaniza yang popular dengan Teknik Mendorong Pelajar Gaya Nabi

Karya Ustazah Razisatul Asyifah dan Ilustrasi oleh Ustaz Khairul Azman
yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia


Satu daripada 7 karya Rabihah Nur Ridhuan

Koleksi Tangisan Bulan Madu Dr. Samsiah Mohd Nor

Karya Sri Rahayu Mohd Yusop yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

Karya saya yang dicanai semasa Program Pembangunan Pengkarya Guru juga akan diterbitkan. Novel Remaja bertajuk Mandala Anak Merdeka terbitan Pekan Ilmu Publishing akan terbit pada tahun hadapan.



Rakan-rakan guru yang berminat untuk menyertai program yang hebat ini bolehlah mendapatkan maklumat melalui portal KPM atau rujuk iklan di bawah.

Permohonan Pengambilan Peserta Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016
Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM 2016 anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:
·         24, 25,26 dan 27 Mac 2016
·         21, 22, 23 dan 24 April 2016
·         26, 27, 28 dan 29 Mei 2016
·         11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016
*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri.
Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.
Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke  mbkmmoe@gmail.com  sebelum 31 Januari 2016.

Antara aktiviti Pengkarya Guru 2014.  Boleh baca di SINI



Apa lagi yang anda tunggu? Jom sertai kami di PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Wednesday, October 14, 2015

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Kajian.

6:29 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat dan rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Salam Muharram.


Hari ini saya ingin kongsikan 10 Pekrara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Kajian hasil perkongsian Dr OT di Facebooknya.


Anda ingin memulakan kajian ? Amender ler yg susah sgt tu…?
10 pesanan.....

Anda ingin memulakan research... ini 10 pesanan utk peringatan kesekian kalinya…. walaupun ada yang nak baca post ni pun segan silu apatah lagi nak baca artikel yang bertimbun2 !

1. Pertama: Tetapkn bidang kajian
Tetapkan dahulu bidang kajian yang anda ada asas mengenainya. Katalah anda guru sains disekolah, dan ingin menyambung master / PhD, maka bidang yang sesuai bagi anda adalah “Pendidikan Sains”, misalnya. Pada tahap ini, cuba elakkan kajian “cross disciplinary”, kecuali memang anda double major ! Juga elakkan tajuk yang "dipaksakan" kepada anda, kecuali memang menepati bidang anda sendiri.

Sgt tidak boleh dibayangkan jika yang pertama inipun ada yang tak boleh nak decide... OMG !

2. Kedua: Tentukn focus kajian (area of investigation)
Bidang Pendidikan Sains adalah luas yg boleh sahaja berkaitan dengan psikologi pendidikan, teknologi pendidikan, pentadbiran pendidikan, pedagogy (kaedah pengajaran) atau sociology. Jadi anda boleh focus kepada satu katakan “pedagogy”. 

Pada tahap ini, anda boleh sahaja lakukan “hybridization” antara maybe “pedagogy” dgn “teknologi pendidikan” bagi memudahkan anda “mencipta” novelty. Ini bermakna anda boleh hybrid teori dalam pedagogi dgn teori dalam IT. Novelty dalam bahasa mudahnya dalah "added value" kepada kajian sedia ada.

3. Ketiga: What else need to be done?
Lakukan “literature search” dalam bidang dan focus kajian anda. Lakukan dgn keyword yang umum dahulu contohnya “science AND educ*” atau “science AND teaching AND learning” menggunakan MENDELEY bagi mencari artikel utk 12 bulan terkini bagi memastikan isu yang hot yang bersifat “recent” dan “current” dalam focus kajian anda. Anda boleh ada dua, tiga isu yang anda berminat, tidak semestinya satu sahaja. Pada tahap ini anda hanya perlu membaca abstrak dan maybe skimming keseluruhan artikel.

Bila mendapat idea tentang sesuatu isu…. anda perlu mencari sesuatu sudut baru (theory, context, method atau analisis data) yang boleh membantu menjawab isu tersebut dgn menjawab – WHAT ELSE NEED TO BE DONE ! Soalan ini lebih sesuai dari "What is your research gap?" yg ntah apa2...

Contoh:
Isu higher order thinking maybe dah sampai kepada memantapkan teori... (katalah telah dibuat model fitness) tapi anda boleh mengujinya pula dgn pendekatan berbeza spt constructivism vs mastery !

4. Keempat: Why scholar care about it?
Teruskan pencarian anda dengan lebih focus berdasarkan pula “keyword” dalam isu yang anda berminat contohnya “inquiry AND learning AND constructivism” atau “science AND teaching AND thinking skills”. Anda perlu formulasikan isu anda supaya menjawab persoalan yang ada urgency dan signifikan. 

Pada ketika ini, cuba jawab – WHY SCHOLARS CARE ABOUT IT ? Soalan ini lebih mudah difahami utk dijawab bbanding "So what?" yg juga ntha apa2...

5. Kelima: Snowball
Selepas anda ada keyakinan bahawa isu anda “hot” dan “dapatan” kajian anda akan menarik perhatian scholar, kerana signifkan utk dijalankan, maka translate isu tersebut dalam bentuk problem statement. Langkah seterusnya anda perlu membuat literature search beberapa tahun kebelakang pula utk menyediakan asas perbincangan kajian anda. 

Ada yg tanya... "Camner nk tahu isu tu hot ?". Abis klu goreng pisang dah 2 hari tentulah xhot lagi... carilah yg baru digoreng !

Lakukan snowball menerusi artikel terkini yang ada pada anda utk mendapat artikel terkemudian yang juga releven dari segi theory, methodology dan analisis data yang dirujuk oleh author(s). Misalnya, anda perlu membaca artikel kajian lain wpun tidak releven dari segi skop kajian tetapi releven dari segi teori / methodology. Ini termasuk pembacaan sumber sekunder spt buku / handbook. 

Tidakkah ini suatu pencarian yang sedikit mencabar tetapi seronok kerana akan menghasilkan sesuatu kepada pengetahuan anda? Inilah self education !

6. Keenam: Start writing
Setelah mengumpul sejumlah artikel yang releven (katakan 30), anda boleh mula membaca keseluruhan artikel yang releven untuk mendapat idea dari aspek teori dan methodologi , dibantu dengan buku research methodology (RM). Baca wpun maybe anda kurang faham…. Anda boleh pinjam 3,4 buah buku RM kerana sebahagiannya mempunyai penjelasan yang lebih mudah difahami. 

Ingat, kelas RM pula hanyalah supplementary, sedang dunia PG adalah dunia self learning. Kalau anda tunggu abis 14 minggu kelas RM, anda akan kehilangan waktu yg berharga, maybe anda akan kecewa.

Start writing! LR pun tulis jer dulu wpun mcm meringkaskan karangan... then belajar utk tulis lebih kritis.... bukan tiba2 terus tahu tulis terus kritis !

7. Ketujuh: Look for alternative classes
Anda ada alternative utk ikuti apa sahaja bengkel anjuran PG, Jabatan, Uni. dll wpun mungkin terpaksa mengeluarkan sedikit belanja. Kalau tak ada, knp tak organise sendiri…. dalam kelompok sendiri.

Tambahan yg dapat biasiswa…. ada yg nak beli bukupun kedekut ya amat, nak beli software ATLAS.ti RM300 pun macam nak beli jet peribadi RM 300 juta ! Pengetahuan dalam bengkel akan memudahkan anda memahami apa sahaja dalam masa lebih singkat, utk membuka minda dan mendalaminya lagi selepas itu. 

Bayangkan jika anda masuk bengkel menulis jurnal – pasti hampir semua pengetahuan yang disampaikan kepada anda adalah baru dan asing. Bandingkan jika anda hanya duduk menyandar sambil mmikirkn susahnya nk tulis jurnal !

8. Kelapan: Read... Read... Read
Semua yang anda tidak faham, terdapat penjelasannya di mana-mana – buku mahupun online. Percayalah…. Jika anda sukar nak faham 2 kali…. Kenapa tak kumpulkan maklumat lanjut, baca buku yang lain, lihat online dan baca lagi 10 kali? Ini tidak….. baru jumpa perkataan baru yang tidak familiar terus mengeluh tak faham, sedang penjelasan online pun dah ada berlambak2. 

Contoh.... jumpa perkataan multicollinearity terus rasa macam jerebu yang tak akan hilang.... 

Aspek lain yang perlu anda tahu, misalnya ranking jurnal Q1-Q4 atau IF, semua ada penjelasan online. Ini tak.... semua tak tahu, tak nak cari.... bila tanya ada jer yang menganga.... tanya nama jurnal dlm bidang sendiri pun lintang pukang nak jawab ! Bukannya tanya ibu negara MALDIVE!

9. Kesembilan: Now it all yours !
Bila semuanya anda lakukan sendiri, itulah kajian anda yang ORIGINAL yang menyumbang kepada knowledge dan penguasaan anda dalam bidang kajian anda sendiri !!

10. Kesepuluh: Jadi.....amende ler yang susah sangat tu ? Ini bukan naik Everest !


Semoga berjaya.

Saturday, September 19, 2015

Tips Pembentangan VIVA dengan 13 Slides

11:19 AM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia.

Saya tertarik dengan satu status yang dikongsi oleh Dr Othman Talib. Pembentangan VIVA hanya dengan 13 slides sahaja.

Jadi, untuk mengelakkan nota berharga ini hilang, saya rakamkan nota ini di blog. Tips Pembentangan VIVA dengan 13 Slides

VIVA with 13 slides !
Jika anda bersedia untuk VIVA.... maybe sedikit perkongsian utk sediakan slide. Ingat.... slide yang ringkas utk bantu anda menjelaskan kajian anda. Panels adalah juga examiners, mereka tahu semua details yang anda buat dan tulis.
Jgn copy and paste dari thesis utk sediakan slide spt amalan most of the students. It shows you are not confident with your own work !
Ini sekadar cadangan.... the details are in your thesis and the understanding is in your head - not on your slides, so dont read directly from the slides word by word coz you make the panels look stupid.
Jgn bimbang jika slides berikut tak sama macam format tesis anda sebijik-sebijik - dare to be smarter bro !!
VIVA is to show the originality of your thesis (you did it your own), the main issue, and the main finding to handle the issue being studied - VIVA is NOT A SLIDE SHOW !
1 – 2 minutes
Perkenalkan tajuk dan sumber rujukan utama, leading authors dan journals. Tunjukkan Topic anda direview dari sumber2 terbaik dan sahih sahaja. Berikan nama leading authors (local dan international) yang membelakangi kajian anda
Slide 1 = Topik
Slide 2 = Senarai leading authors, journals
3 – 8 minutes
Review the current knowledge
Tunjukkan position argument / isu yang anda pilih dalam amalan semasa dan kaitan dengan theory. Amalan tersebut mesti bersifat international dengan kajian dilakukan pada setting local
Slide 3 = Thesis Statement - topic, issue, argument, proposed solution
Slide 4 = Theory (framework)
9 – 15 minutes
Methodology
Slide 5 = Flow chart of your research methodology
Slide 6 = Instrumentation
16 – 22 minutes
Results / Findings
Slide 8 = Summary of key findings
Slide 9 = Charts / Tables / Models
23 – 30 minutes
Discussion, conclusion and implication
Slide 10 = Discussion - move forward with fresh ideas !
Slide 11 = Conclusion - accomplishment of research objective
Slide 12 = Implication to knowledge (contribution to knowledge) + practicality (if any)
Slide 13 = List of your articles published / accepted (proceeding, journals, chapter of book etc)
OT

Friday, July 3, 2015

Muat Turun Bahan Dokumen Fail PBPP

8:19 AM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.



Kepada para guru yang buntu bagaimana cara untuk membuat Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPP), Cikgu Idi Johan daripada grup FB Kami Guru Malaysia telah menyiapkan tamplet untuk memudahkan rakan-rakan guru.





Templat ini boleh dimuat turun di


Mudah-mudahan bahan ini dapat membantu rakan-rakan guru. Terima kasih kepada Cikgu Idi Johan dan ekssr. Semoga rakan-rakan semua diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.

Terima kasih.

Friday, June 12, 2015

Kembara Marhein Hatyai

7:39 AM Posted by Lobam , 3 comments
Assalamualaikum.

#KembaraMarhein #Hatyai #Thailand #Backpackers



Kim Yong Market, merupakan satu lokasi membeli belah seperti Kedai Pasar Payang di Terengganu dan Pasar Buluh Kubu di Kota Bahru.

Di sini terdapat gerai jualan yang menjual pelbagai barangan seperti t-shirt, kasut, barangan aksesori, barangan asas dan makanan.



Bagi pengunjung Muslim, di Kim Yong Market terdapat banyak gerai makanan halal. Kami memilih untuk bersarapan di salah sebuah gerai peniaga Muslim di tingkat 3. Makanannya tidak jauh beza dengan apa yang ada di Malaysia. Saya memilih Kuetiau (ejaan seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat) Tom Yam sebagai pembuka selera. Kalau sudah berada di negara Gajah Putih, tak salah kalau kita menikmati makanan leluhur mereka kan.

Oleh kerana kembara kami ini kembara berbajet rendah, jadi barangan-barangan di sini hanya menjadi halwa pandangan kami. Teringin sangat untuk beli tetapi kerana memikirkan kami hanya menaiki bas, cukuplah sekadar memendam rasa. Mungkin pada lawatan akan datang, kami akan sediakan peruntukan untuk membeli-belah pula. 


Di sini, pengunjung perlu tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik. Jangan risau, ramai peniaga di sini boleh berbahasa Melayu sikit-sikit. 

Dialog biasa ketika tawar menawar (merujuk kepada harga) ialah

“You Dai, I Mai Dai (Awak boleh, saya tak boleh)” Kelip-kelip mata Amoi Siam ni sambil membuat wajah ayu.

“Ala… Mai lah (Ala… Bolehlah)” Saya tidak mahu mengalah.

“Mai Dai lah abang handsome (Tak bolehlah abang handsome)”

Errrkkk. Handsome?


“Dai, Dai (Boleh, boleh)” Saya menghulurkan wang tanpa minta kurang.

Tuesday, April 21, 2015

Permohonan Kursus Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah / Sarjana Kaunseling SPADA 2015

10:54 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

SPADA yang bermaksud Speciality Program for Alcohol And Drug Abuse bermatlamat untuk melahirkan kumpulan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, rawatan,pemulihan dan penjagaan lanjutan bagi masalah penagihan alkohol dan dadah di negara ini.

Secara umumnya program ini berobjektif melahirkan kumpulan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan penjagaan lanjutan. Program ini juga adalah untuk melahirkan kaunselor yang berkelayakan dan berpotensi tinggi dalam menguruskan masalah-masalah dan cabaran dalam penyalahgunaan dadah. Malah bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dalam menangani isu-isu dalam penyalahgunaan dadah.

Program yang bertaraf sarjana ini hanya mengambil masa 18 bulan sepenuh masa ( 12 bulan peringkat Diploma siswazah dan lanjutan 6 bulan peringkat Sarjana). Program pengajian bermula pada setiap September Semester pertama tahun pengajian. Kursus ini dijalankan dalam tiga semester dan setiap semester kuliah memakan masa 14 minggu. Para pelajar akan mengikuti program internship dalam semester 2 dan 3.

Program tajaan ini diletakkan di bawah Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan yang mana penerimanya akan mendapat pelbagai manfaat seperti CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH. Malah penerima juga akan mendapat elaun sara hidup sebanyak RM800.00 sebulan tanpa mengurangkan elaun-elaun lain.

Program ini dijalankan di dua buah universiti iaitu Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.

Calon-calon yang berjaya dalam kursus di peringkat Sarjana akan dikurniakan Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) oleh USIM atau Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) oleh UMS.  Manakala calon-calon yang tidak berjaya dipilih untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana, akan dianugerahkan dengan kelulusan Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) oleh USIM atau UMS.

Iklan seperti tertera di laman web KPM dilampirkan.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2015/2016.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 12.05.2015 (Selasa).
Sekian, terima kasih.
a) Maklumat iklan adalah seperti di LAMPIRAN
b) Maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh dilayari di laman web berikut:
i. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) : www.usim.edu.myii. Universiti Malaysia Sabah (UMS)  : www.ums.edu.my

Video 1: Tutorial Cara Mendaftar Akaun ePermohonan



Video 2: Tutorial Cara Menukar Kata Laluan



Video 3: Tutorial Cara Memuat Naik Gambar


Antara program-program yang telah kami jalankan.















Jika link muat turun di atas tidak berfungsi, sila rujuk LAMAN INI
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 12 MEI 2015. 

Friday, January 9, 2015

Tip Umrah Untuk Muslimah 1

10:27 AM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki serta Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

Sebulan selepas musim haji selesai, pasti ramai rakyat Malaysia yang bercadang untuk menunaikan umrah. Tambahan pula kebiasaannya musim visa umrah dibuka adalah sekitar bulan November atau Disember bertepatan dengan musim cuti persekolahan.

Entri kali ini akan berkongsi mengenai Tip Umrah Untuk Muslimah seperti yang dikongsikan oleh laman Facebook Nota Perempuan Backpackers


1. Sebelum beli pakej umrah, pertama pastikan anda akan ditemani oleh mahram (suami / ayah / abang / adik). Dan yang kedua, pastikan anda dibenarkan keluar negara yakni tiada halangan insolvensi dan pasport sah 6 bulan sebelum tarikh luput.

Jika kedua-dua ini gagal, maka visa tidak akan dikeluarkan. Semak nama di sini: http://sspi2.imi.gov.my/

Pilih pakej yang sesuai dengan kemampuan. Jika memilih untuk menaiki direct flight seperti MAS, Air Asia atau Fly Nas anda akan terus turun sama ada di Jeddah atau Madinah. Jika mahu cabaran mungkin boleh pilih penerbangan milik negara lain seperti Pakistan International Airlines, anda akan transit di Lahore atau kawasan sekitar atau pilih Egypt Air anda akan transit di Kaherah.


2. Sementara menunggu hari berlepas:
i. Solat taubat
ii. Sentiasa bersangka baik pada keadaan sepanjang di Madinah dan Makkah 
iii. Semak ramalan cuaca di sana, musim apa, berapa darjah dll.



3. Periksa waktu solat sepanjang penerbangan. Solat dalam pesawat. Wuduk sama ada ambil di dalam tandas ataupun siap bawa botol spray yang kosong.

Arah kiblat boleh tanyakan pada flight attendance. Tak perlu cari tempat untuk solat berdiri. Boleh solat duduk.

4. Tiba di Madinah, passport anda dipegang oleh agen sepanjang berada di Saudi Arabia. Pastikan sentiasa bawa bersama tag nama yang agen berikan, kerana itu jadi ID anda di sana. Selain itu pastikan anda menyimpan kad hotel sebagai panduan. Jika tersesat sekurang-kurangnya anda ada panduan ke mana patut dituju. Tanyalah kepada peniaga atau pemandu teksi pasti anda akan dibantu.


Hotel di Madinah majoriti amat dekat dengan masjid. Lif di sini kecil - muat paling ramai 5 orang dewasa saiz Malaysia. Bangunan pula tinggi-tinggi. Jadi jika mahu cepat ke masjid, keluarlah lebih awal kerana lif biasanya menjadikan banyak urusan lambat.


5. Tip di Masjid Nabawi.

Handfon berkamera sebenarnya tidak dibenarkan bawa masuk ke masjid. Pemeriksaan beg dilakukan di pintu masuk. 

Tapi agak sukar juga untuk anda berhubung dengan keluarga lelaki jika tidak bawa handfon. Cadangan saya, sama ada bawa handfon tiada kamera, ataupun tinggalkan sahaja di bilik. Lagipun orang ramai dan padat. Ada bahayanya bawa barang berharga ke masjid. Jika mahu juga bawa, mahu ambil gambar macam ini, simpanlah di dalam poket seluar di dalam jubah.

Dan satu lagi, setiap kali di pintu masjid, siap-siap buka beg dan tunjuk kepada polis yang membuat pemeriksaan. Insya-Allah, mereka tidak akan cek poket anda.

Mengapa di ruang muslimah tidak dibenarkan bawa kamera?

Kerana di dalam masjid, muslimah ada yang membuka / membetulkan tudung, dan yang berniqab juga membuka penutup wajah mereka. Jika kita ambil foto, khuatir mereka termasuk sekali, dan amat tidak wajar kita upload pula ke media sosial sedangkan mereka mahu melindungi aurat / wajah. Hormati mereka.


6. Madinah: Tip di Raudhah.

Untuk muslimah, anda hanya dibawa ziarah dalam ke Raudhah. Tidak dibenarkan lagi ziarah ke perkuburan Baqi'.

Akan ada ustazah yang membawa anda masuk ke Raudhah, pada pagi pertama kita tiba, selepas sarapan dalam jam 7.30 pagi.

Ustazah itu akan membawa anda berkumpul menunggu giliran dengan jemaah lain yang berbahasa Melayu iaitu Indonesia, Brunei, Singapura. Akan ada pegawai masjid yang memegang placard Bahasa Malayu, jadi anda ikut sahaja.

Pembahagian kumpulan ini dibuat supaya anda yang dari Asia Tenggara ini tidak dirempuh dan berebut dengan jemaah dari Asia Selatan seperti India dan Pakistan. Disebabkan jemaah sekarang ini terlalu ramai, melebihi kuota haji, maka anda takkan dapat berlama-lama di dalam Raudhah.

Jadi, dicadangkan, jika ada orang mengirim doa dan salam kepada Rasulullah, bacakan semasa anda duduk menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah. Anda tidak akan berpeluang membuka catatan doa kiriman itu di dalam Raudhah kerana kesesakan yang dahsyat.


Raudhah itu tapak rumah Nabi. Rumah Nabi bukanlah sebesar banglo. Jauh lebih kecil daripada rumah semi-D. Dibahagi dua pula untuk lelaki dan perempuan, dan ruang perempuan lebih kecil daripada lelaki.

Justeru, waktu di dalam Raudhah (berkarpet hijau), anda perlu pentingkan diri sendiri. Maksudnya, doa diri sendiri.

Jangan bimbang, kerana di seluruh tanah haram adalah tempat doa makbul, bukan di Raudhah sahaja. Hanya Raudhah ini lebih istimewa. Dalam ibadah, kita perlu mendahulukan diri sendiri. 

Sebaik jejak kaki ke karpet hijau di dalam Raudhah, terus cari posisi yang boleh untuk berdiri. Jangan tunggu dapat ruang untuk sujud kerana memang sukar. Berdiri, niat, angkat takbir, dan solatlah. Solat taubat dan solat hajat.

Bagaimana mahu sujud? Sentiasa doa semoga Allah lapangkan ruang depan supaya dapat kita sujud walaupun bersempit-sempit. Dan perlu bersedia mental dan fizikal - sewaktu sujud, tidak mustahil orang tersepak / terpijak kepala kita. Sabar, sabar.

Pegawai masjid akan menghalau jemaah yang berdoa lama-lama di dalam Raudhah. Tip untuk dapat ruang lebih lama, berdoa ketika sujud. Jemaah yang sujud tidak dihalau.


Tetapi konsider jugalah kepada jemaah lain. Beri peluang, jangan terlalu tamak. Di Raudhah juga letaknya maqam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Umar. Baca doa-doa seperti dalam buku panduan umrah secepatnya. Dan pastikan solat menghadap qiblat, bukan menghadap maqam Nabi.

Akan ada puak ekstrem yang menangis merayu di hadapan maqam Nabi, ada juga puak Syiah yang menghadap maqam Nabi sambil memaki-maki... malah ada yang meludah! Jika ternampak mereka ini, abaikan dan istighfar banyak-banyak.

Dinasihatkan supaya masuk ke Raudhah pada waktu pagi selepas Subuh itu sahaja. Raudhah dibuka juga untuk perempuan selepas Zuhur dan Isyak. Tetapi tiada kawalan mengikut kumpulan bahasa. 

Jadi 'pertempuran' dengan puak Asia Selatan amat dahsyat dan menyakitkan hati dan badan.

Bersyukur walaupun hanya sekali dapat ke Raudhah. Ingat, mengunjungi Raudhah itu bukan rukun wajib. Tetapi berkelahi dengan jemaah lain itu haram!

Bersambung.