Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, October 12, 2010

Markisa Oh Markisa

8:00 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Markisa. Mungkin ada antara anda yang sudah sinonim dengan nama itu. Tetapi bagi saya yang baharu sahaja mengenali nama yang indah itu pasti teruja dengan rupa bentuknya yang unik.

+ Buah yang berasal daripada Amerika Selatan ini pernah tersenarai antara 10 buah yang paling eksotik di dunia.

+ Bagi anda yang masih belum pernah mengenali buah ini, rasa yang agak masam pasti akan membuatkan muka anda berkerut pabila memakannya.

+ Walau bagaimanapun peminat markisa jangan risau kerana buah ini telah dibotolkan dalam bentuk jus.

+ Layan.




Sunday, October 10, 2010

Anda Ahli PAS?

4:40 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum

+ Tiba-tiba saya terasa mahu untuk menulis entri ini. Entri mengenai sebuah rumah unik dan mungkin sukar untuk dijumpai kini. Yang pasti rumah ini adalah milik seorang ahli PAS yang setia.

+ Anda rasa anda ahli PAS? Anda tidak dinamakan ahli PAS yang setia jika rumah anda tidak begini ^_^ ( Sekadar gurauan )

+ Cayalah Ustaz ******* ( Nama terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan )

+ Layan






For The Rest Of My Life

4:14 PM Posted by Lobam No comments


+ Salam

+ Apa khabar semua? Hari ini baharu saya mendapat peluang untuk melayari laman sesawang setelah 3 hari berkursus.

+ Ada satu lagu yang amat menyentuh hati bila saya mendengarnya. Sudah tentu lagu yang mendayu dendangan penyanyi yang berasal dari Sweeden ini Maher Zain - For The Rest Of My Life.

+ Layan

Wednesday, October 6, 2010

Keputusan TM Piala Malaysia 6 Oktober 2010

10:58 PM Posted by Lobam No comments
+ Salam.

+ Alhamdulillah akhirnya Negeri Sembilan menang juga. Walaupun ketinggalan 1-0 akhirnya hero hindustan kembali bangkit. Tahniah.

+ Tahniah juga buat Kelantan. Nampaknya Kelantan akan jumpa Selangor suku akhir nanti ya. Tahniah.

+ Tahniah Perlis atas kenduri golnya.

+ Keputusan penuh hari ni

KL PLUS 1 - 2 Negeri Sembilan
Kelantan 4 - 0 PKNS
Johor FC 2 - 1 ATM
Perlis 4 - 1 T-Team
Kuala Lumpur 0 - 1 Pahang
Terengganu 3 - 0 Sabah
Selangor 4 - 1 Felda United FC
Perak 1 - 0 Kedah

+ Layan


Tempat Baharu

11:23 AM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Kata orang, hijrah adalah suatu keseronokan. Kita berhijrah dari situasi yang selesa kepada situasi yang lebih menyeronokkan.

+ Saya dapat merasakan kebenaran kata-kata itu. Saya berhijrah dari satu tempat ke satu tempat hinggalah saya bertemu dengan keselesaan.

+ Hijrah saya bukanlah dari konteks kehidupan mahupun pekerjaan. Cuma hijrah saya dari bilik kaunseling ke bilik ketua bidang. Bukan peralihan kuasa atau pangkat cuma tempat yang selesa.

+ Saya bermula dari bilik ini.






+ Bagi saya bilik ini cukup selesa dan lengkap. Cuma yang menjadi masalah kepada saya ialah, saya jenis orang yang Ekstrovet, akan rasa tidak selesa bila bersendirian.

+ Saya berkelana dari satu bilik ke satu bilik. Bermula dngan bilik peperiksaan hingga ke pejabat, semuanya saya tinggalkan jejak.

+ Hinggalah suatu hari PK 1 menyatakan bahawa beliau ingin melakukan pengubahsuaian ke atas bilik mesyuarat untuk dijadikan Bilik Ketua Bidang. Mungkin rasa kasihan beliau terlalu tinggi terhadap saya, maka saya ditawarkan satu meja di bilik ini.

+ Sehinggalah hari ini saya rasa sangat gembir. Tidak sia-sia rupanya penghijrahan ini.



+ Layan.

Monday, October 4, 2010

Saya Gembira

8:11 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Saya sangat gembira hari ini.

+ Kenapa ya? Sebabnya ialah saya sudah lulus Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Alhamdulillah.





+ Layan.

Sunday, October 3, 2010

Keputusan TM Piala Malaysia 3 Oktober 2010

11:02 PM Posted by Lobam No comments

Tahniah Negeri Sembilan Dan Kelantan

Pahang 0 - 2 Terengganu
Kedah 0 - 0 Johor FC
ATM FC 0 - 1 Perak
T-Team 1 - 2 Selangor
Felda United FC 0 - 5 Perlis
Sabah 3 - 2 Kuala Lumpur


1 Penyokong 1 Bendera

4:48 PM Posted by Lobam No comments

Kami Mendoakan Kemenangan Pasukan Ruso Malam Ini.



+ 1 Penyokong 1 Bendero.

+ Sedikit Info.

Negeri Sembilan 7 mata
Kelantan 4 mata
PKNS 3 mata
KL PLUS 2 mata

14 September 2010 - vs Kelantan (Std. Sultan Mohamad IV) menang 0-1
17 September 2010 - vs KL PLUS (STAR of Paroi) seri 1-1
20 September 2010 - vs PKNS (Std. MBPJ, Petaling Jaya) menang 1-2
03 Oktober 2010 - vs Kelantan (STAR of Paroi)
06 Oktober 2010 - vs KL PLUS (Std. MBPJ, Petaling Jaya)
09 Oktober 2010 - vs PKNS (STAR of Paroi)

*Tertakluk kepada pindaan FAM.

+ Layan.

Syuh Habuk Ni..Pergi Jauh-Jauh.

3:34 PM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Apa khabar kalian semua. Orang ada blog, aku pon nak ada blog. Tapi bila ada blog tak reti nak update. Hampeh. Bersawang dah.

+ Semalam aku pergi beraya. Kali ini target kali ini ialah sekitar Shah Alam dan Klang.

+ Tempat pertama aku tuju ialah Wisma PKPS untuk Rumah Terbuka Watsons Bersama Selebriti & Era FM.

Ray Dan Hanif sebagai pengacara majlis

Lisa Surihani duta Garnier

Dafi duta Silky For Men

Hidayat Masduki rakan contest yang hebat

Di Grand Ballroom Kuzi Catering milik Pak Engku

+ Tak daya aku nak duduk kat situ lama-lama. Lepas sahaja Lisa Surihani sampai kami pon berangkat. Destinasi seterusnya ialah Taman Seri Andalas Klang. Rumah Ustaz Saibudin pengetua SAM Sg Hj Dorani. Berpandukan peta yang kawan aku bagi alhamdulillah akhirnya sampai jugak.

+ Kemudian berangkat pula ke Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Klang untuk jumpa sahabat baik di KUSZA - Bali setelah hampir 7 tahun tak jumpa.

Bali. Yang masih kacak dan bergaya.

+ Selepas selesai urusan dengan Bali, kami sekeluarga menuju pula ke destinasi seterusnya. nak tahu siapa? jeng jeng jeng. Korang mesti kenal punya.

+ Tu dia. Kieranto Marcello. Aku kenal Kieran semasa kami sama-sama ke Vietnam tahun lepas.


Kieran yang peramah

+ Sebelum pulang, ibu Kieran sempat mengirim kuih Tat Nenas dan Almond London buat kami sekeluarga. Terima kasih makcik.

+ Akhirnya perjalanan kami pada hari ni hampir sampai ke destinasi. Tempat seterusnya ialah....Jaya Jusco Bukit Raja. Tengok cerita Magika bersama Ijat dan Mama.
Tak sangka itu rupanya destinasi terakhir kami ya. hehehe.

+ Layan.