Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, May 30, 2014

Tips Untuk Mendapat Anak Lelaki Dan Perempuan

9:45 PM Posted by Lobam 4 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan mulia.

Sumber : Internet
Memiliki anak menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin. Tetapi ada juga pasangan yang diuji dengan kesukaran untuk memperolehi zuriat. Jika ada yang memperolehi zuriat sekalipun, mungkin sukar untuk mendapat jantina seperti yang diidamkan. Banyak tips untuk mendapat anak lelaki dan perempuan yang dikongsi di alam maya ini. Cuma keberkesanannya hanya yang pernah mencuba sahaja yang tahu.

Seperti saya dan isteri. Mempunyai zuriat perempuan menjadi idaman kami kerana kami telah dikurniakan rezeki dengan anak lelaki. Pelbagai usaha telah dilakukan. Apa sahaja tip yang dikongsi untuk mendapat anak perempuan pasti kami akan cuba. Sehinggalah anak yang ketiga lahir pada April lalu kami tetap dikurniakan zuriat lelaki.

Kami pasrah dan reda atas rezeki yang dikurniakan Allah. Kami berserah kepada-Nya tetapi perasaan ingin mencuba itu kembali muncul apabila saya menyertai Marital & Sexual Conference (MASEC 2014) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri. 

Dalam seminar itu saya tertarik dengan topik yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri. Beliau berkongsi tentang tip mendapatkan zuriat mengikut jantina yang kita ingin menggunakan kaedah genetik. Buktinya Prof Mahir telah berjaya menyusun kelahiran anak-anaknya mengikut jantina.

Kami dibekalkan dengan salinan lembut (soft copy) slide presentation  yang disampaikan oleh Prof Ahmed Mahir. Setelah bertanya kepada urusetia, mereka membenarkan saya berkongsi slide pembentangan tersebut kepada pembaca semua.

Walau bagaimanapun. AMARAN. SLIDE INI HANYA SESUAI UNTUK MEREKA YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA.

Bila saya menggunakan tulisan BOLD berwarna merah, pasti ramai yang tertarik. Lagi dilarang. lagi itulah perasaan igin tahu semakin membuak-buak. Sekali lagi saya tegaskan SLIDE INI tidak SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN.

Jadi terpulanglah kepada anda semua. Semoga slide ini mampu memberi manfaat kepada kita.

Saya merayu kepada anda yang ingin memuat turun slide ini, mohon jangan digunakan untuk sebarang tujuan komersil. Mohon juga agar diberi kredit kepada pemilik slide ini iaitu Profesor Madya Dr. Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri.

Saya serahkan slide Tips Untuk Mendapat Anak Lelaki Dan Perempuan kepada kalian semua. Anda boleh MUAT TURUN DI SINI

Ingat. Kita hanya mampu berusaha. Selebihnya serahkan kepada Allah. Banyakkan berdoa. Mudah-mudahan berjaya.

Tuesday, May 27, 2014

Farmakologi Dadah Disalah Guna, Gudang Intelektual Semua

1:39 AM Posted by Lobam 1 comment

Membaca buku farmakologi membuatkan saya berasa seperti orang bodoh. Masakan tidak, selama lebih 30 tahun saya memegang mazhab bahawa dadah itu berbahaya, tetapi selepas mengunyah isi farmakologi ini barulah tersingkap kedangkalan ilmu saya tentang dadah. Ternyata fahaman saya selama ini salah. Isitlah Dadah (drug) sebenarnya diguna pakai secara meluas dalam ilmu perubatan.

Buku ini secara umumnya menerangkan tentang famakologi dadah secara mendalam. Buku yang sarat dengan ilmu perubatan sangat sesuai kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan ilmu penyalahgunaan dadah. Malah karya ini juga menerangkan maksud penyalahgunaan dadah secara  terperinci.


Melongo apabila saya dilayan dengan isitlah seperti Farmokodinamik, Farmakokinetik, dan Farmakoteraputik. Ternyata buku Farmakologi Dadah Disalah Guna hasil kolaborasi penulis hebat seperti Dr. Kamisah Yusoff, Dr. Norliza Muhammad, Dr. Nur Azlina Mohd Fahami dan rakan-rakannya menyajikan hidangan dengan plating yang luar biasa.

Dibahagikan kepada 21 tajuk membuatkan buku Farmakologi Dadah Disalah Guna sebagai buku yang sangat kompleks. Hampir setiap tajuk diterangkan secara terperinci. Malah kesemua tajuk itu telah merangkumi hampir keseluruhan asas bidang Farmakologi.

Dengan gaya penulisan yang menarik, sekaligus wajar dibaca oleh segenap masyarakat bangsa Malaysia. Terbitan berkualiti optimis dalam memandaikan bangsa.

Tajuk : Farmakologi Dadah Disalah Guna
Buku terbitan Penerbit USIM.
Nombor ISBN : ISBN 978-967-5408-13-7
Dibeli di Penerbit USIM
Harga RM 30.00


Hasil Karya Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee
3130187 ( Sarjana Kaunseling Pencegahan Dadah SAPADA )
200 patah perkataan

Saturday, May 24, 2014

Ujian DNA Khinzir Cadbury Tidak Sah?

9:10 PM Posted by Lobam , , , 1 comment
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

Adakah makanan yang masuk ke dalam mulut kita dijamin halal? Itu soalan yang kerap ditanya. Jika dilihat situasi negara Malaysia yang sering dilabel sebagai negara Islam, saya kira isu halal bukanlah menjadi isu yang besar. Malah perkara halal haram ini sepatutnya menjadi isu terpencil memandangkan Malaysia yang menjadikan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan pastinya sangat menitik beratkan isu berkaitan halal haram.

Mengapa halal haram menjadi isu? Perkara halal haram berkaitan makan dan minum sering diceritakan di dalam al-Quran.

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah al-Baqarah: 168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Surah al- Maidah: 88)

Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu, (Surah al-Baqarah : 172)  

Isu halal haram ini menjadi trending bermula Coklat Pepero dipertikaikan status halalnya. Malah kisah ini banyak diceritakan di dalam blog terkemuka. Blogger Shakiddo juga ada bercerita mengenainya di dalam entri Pepero Tiada Sijil Halal. Blogger Eyriqazz juga ada bercerita isu yang sama di dalam entrinya Status Halal Coklat Pepero.


Sumber Gambar : Negarakita.com
Sejak beberapa hari lalu, isu Coklat Cadbury pula menjadi trending di alam saiber dan menjadi viral di segenap ruang media sosial. Kes ini bermula apabila laporan makmal bertarikh 27 Februari 2014 menyatakan bahawa Coklat Susu Dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk dikesan mempunyai DNA Khinzir (Porcine). Laporan yang ditandatangani oleh Faizah binti Puad Pegawai Teknologi Makanan Gred C44 telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.


Kes ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan sendiri melalui Kenyataan Akhbar bertarik pada 24 Mei 2014. Dalam kenyataan tersebut, KKM ada menyatakan  3 coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA Khiznir (Porcine)  bagi tujuan pemantauan. Keputusannya, 2 sampel dikesan mengandungi DNA Khinzir.



Jabatan Kemajuan Islam Melaysia (JAKIM) juga tidak ketinggalan turut dipersalahkan. Terdapat banyak pihak melatah menghentam JAKIM dan meminta JAKIM untuk bertanggungjawab. Justeru itu JAKIM juga telah mengeluarkan satu Kenyataan Media yang bertarikh 24 Mei 2014 menyatakan bahawa dua sampel Coklat Cadbury telah digantung sijil pengesahan halal berkuatkuasa SERTA MERTA.



Tidak cukup dengan itu, pihak Cadbury Dairy Milk Malaysia juga tidak ketinggalan mengeluarkan kenyataan melalui laman Facebook rasminya

Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.

Apa yang dikesalkan ialah tiada langsung permohonan maaf yang dikeluarkan oleh pihak Cadbury Dairy Milk Malaysia. Malah menurut blogger Nor Iman Marzuki, setakat jam 8 malam 24 Mei 2014 Coklat Cadbury Dairy Milk masih dijual di Giant Ampang Point.

Kini muncul satu lagi isu yang telah ditimbulkan oleh sesetengah pihak melalui laman Facebook Sahabat Halal

Pengunaan teknik pengujian analitikal "Metod G04-247" oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk menguji coklat adalah dipertikai. Ini kerana metod ini hanya sesuai untuk mengesan DNA khinzir dalam produk berasaskan ikan atau daging.

http://www.standardsmalaysia.gov.my/documents/ddl/39007/file

Tanpa akreditasi pulak tu... So keputusan yang dikeluarkan perlu diuji semula.... 

Adalah Tidak wajar untuk salahkan Jakim, ujian selanjutnya perlu dilakukan. Adalah tidak sepatutnya berlaku sehingga ada pihak yang melenting seperti ada yang minta mana-mana pihak letak jawatan atau sebagainya.

#CADBURY



Menurut Sahabat Halal, Pengunaan teknik pengujian analitikal "Metod G04-247" oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk menguji coklat adalah dipertikai. Ini kerana metod ini hanya sesuai untuk mengesan DNA khinzir dalam produk berasaskan ikan atau daging.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sudah sahkan. Malah Pihak Cadbury Dairy Milk telah menarik semula coklat-coklat yang terlibat. JAKIM juga telah menggantung sijil halal kedua-dua coklat SERTA MERTA. Kini wujud pula isu Keputusan Yang Dikeluarkan Perlu Diuji Semula.

Kesimpulannya, Yang Halal Itu Jelas, Yang Haram Itu Juga Jelas. Seperti mana hadis yang dikeluarkan melalui lisan Nabi yang mulia.

Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Alloh apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”. [Bukhari no. 52, Muslim no. 1599]

Tepuk dada tanya iman.

Thursday, May 22, 2014

Pensyarah Perguna Pelajar Untuk Kepentingan Peribadi

11:21 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.

Sekian lama saya menyepi akhirnya diberi kelapangan masa untuk menulis semula. Semua ini gara-gara tugasan kuliah yang bertimbun. Tambahan pula peperiksaan akhir bakal menjelma kurang lebih 14 hari lagi dari sekarang.

Leka saya melayari Facebook, tiba-tiba terbaca satu kisah bagaimana seorang pensyarah mempergunakan pelajarnya untuk kepentingan peribadi. Saya sebagai seorang guru dalam masa yang sama juga seorang siswazah pasti akan berasa panas hati apabila dipergunakan oleh pensyarah semata-mata untuk mencapai kepuasan peribadi. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan perniagaan yang hanya menguntungkan sebelah pihak.

Kisahnya seperti yang diceritakan melalui laman FB milik Nurul Farhana

Dr semlm adik aku mngadu psal 'lecturer' die ni..n watsap2 dlm group yg lect tu 'puan ummi' bagi pun,adik aku tunjuk..bengang n kesian aku tgk bdk2 klas adik aku yg dpt lect gile mcm ni..gunakan pelajar utk keuntungan n kepentingan diri sendiri,sruh student beli sim card rm90 utk dptkn 10% for paper..90 bkn 9 ringgit,aku boleh je bg 90 dkt adik aku tp patut ke 90 utk 10%..baik aku byar je brape die nak n suruh die bg A+..bile ade student yg tnye xde cara lain ke,lect selambe ckp buat esaiment yg susah (n aku xrase die akan bg markah yg setimpal,sbb tgk dr ayat die mcm 'don't expect for 10%') bile student bengang n tnye knape last mnit,sbb diorg da nk exam..lect tunjuk belang die n ckp 'xpe,markah dlm tangan sy'..

Jujur  saya katakan, sesiapa sahaja yang membaca status yang dikongsikan oleh Nurul Farhana pasti akan berasa marah. Kisahnya secara ringkas, seorang pensyarah memaksa para pelajar untuk menyertai perniagaan Tone Excell. Bagi pelajar yang hadir ke seminar akan diberi markah 10% manakala pelajar yang membeli sim kad akan diberi tambahan 10%. 

Perkara ini membuatkan para pelajar tidak berpuas hati. Untuk 'membalas' ketidak puasan hati pelajar, pensyarah yang dikenali sebagai Madam Ummi memberi tugasan yang berat kepada para pelajar iaitu menyiapkan tugasan 15 muka surat dengan menggunakan tulisan tangan. Alasannya untuk memastikan para pelajar tidak melakukan plagiat.

Saya kongsikan beberapa screen shoot yang saya terima.








Saya kira, seorang pensyarah mempergunakan pelajarnya untuk kepentingan peribadi adalah tidak wajar. Seorang yang datang dari kalangan profesional perlu tahu memisahkan antara perkara peribadi dan profesionalisme beliau sebagai seorang pensyarah memandangkan dalam situasi ini sang pensyarah sedang memakai pakaian seorang guru. Seorang guru ketika bertugas perlu bertindak secara profesional. Itulah yang dinamakan sebagai integriti. Untuk memastikan perkara ini bukan satu fitnah, langsung saya bertanyakan kepada salah seorang pelajar yang terlibat.  Selepas berbicara beberapa ketika, ya sudah temui jawapannya. 

Setelah mendapat maklumat yang tepat, barulah saya tahu usul ceritanya. Melalui siatan jugalah saya mengetahui bahawa perkara ini berlaku kira-kira 2 bulan yang lalu. Akhirnya 'pertelingkahan' antara pelajar ini dapat diselesaikan dengan baik.


Saya amat mengagumi keberanian seorang pelajar yang dipanggil Acap Zul. Keberanian beliau menegur pensyarah serta mempertahankan hak mereka membuatkan saya terfikir, rupa-rupanya masih wujud golongan mahasiswa yang lantang bersuara. Benar. Setiap perkara yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Cari titik persamaan melalui landasan atau saluran yang betul. Jika kena dengan jalannya pasti akan berjaya. Saya memang mengagumi beliau.

Jika perkara ini terjadi kepada saya, kami mahasiswa USIM mempunyai saluran tersendiri untuk menyatakan ketidakpuasan hati kepada pensyarah. Saluran itu dinamakan eNilai ( Penilaian Kursus Dan Pengajaran Secara Online )

Melalui eNilai kami dapat menilai prestasi pensyarah berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kuliah secara langsung. eNilai bukan sahaja memberi keadilan kepada para pelajar untuk mendapat hak pembelajaran secara maksima tetapi juga dapat menilai intergriti seorang pensyarah secara total.



Pertahankan hak kita. Gunakan saluran yang betul.

Friday, May 16, 2014

40 Minit PhotoShoot Tanpa Had Hanya RM55

11:44 PM Posted by Lobam 5 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

Ketibaan 16 Mei pasti diananti-nantikan oleh seluruh insan yang bernama guru. Pastinya sambutan gilang gemilang diadakan di setiap sekolah. Semuanya bertujuan mengenang jasa guru dalam mendidik anak bangsa. 2014 menjadi sejarah buat diri saya. Apatah lagi ini merupakan kali pertama saya dan isteri tidak menyertai sambutan Hari Guru. Hanya berbaring di katil sambil mata menghadap ke siling. Begitulah nasib guru yang sedang cuti belajar dan guru yang sedang dalam cuti bersalin.

Sudah 2 minggu saya tidak berjumpa keluarga. Kesibukan kuliah membuatkan saya terpaksa meinggalkan mereka lebih lama dari biasa. Masa yang ada kami gunakan sebaik mungkin. Bagi meredakan hati yang bergelora, kami sekeluarga meyambut hari guru dengan mengadakan sesi fotografi di studio. PhotoShoot selama 40 minit dengan harga RM55 membuatkan kami teruja. 


Ini pengalaman pertama kami sekeluarga mengadakan sesi fotografi di White Studio. Studio yang terletak di Puncak Alam ini dimiliki oleh LensoFobiaPastinya pengalaman mengawal 2 hero kami membuatkan keadaan sedikit kelam kabut. Sukarnya mengawal mood mereka. Ada masa mereka gembira ada malah masa memberontak menzahirkan rasa.


Melihat iklan di Facebook membuatkan kami teruja. Apatah lagi inilah peluang untuk kami bergambar bersama selepas menerima kehadiran Muhammad Iman Wajdi sebagai ahli baru di dalam keluarga. Untuk promosi kali ini mereka menyediakan 40 minit sesi fotografi di studio putih. 40 minit sesi fotografi dengan harga RM55. Yang menariknya tiada had gambar yang ditetapkan. Untuk sesi kali ini kami mengambil 196 keping gambar. Jika diikut hitungan masa, sesi fotografi kami mungkin lebih dari 40 minit. Tetapi pihak Lensofobia tidak mengenakan caj tambahan. Untuk promosi ini mereka tidak menyediakan perkhidmatan edit atau 'cuci'. Selepas sesi fotografi kita akan diberi soft copy dalam bentuk CD. Terpulanglah kepada kita sama ada untuk mencetak gambar tersebut dalam bentuk hard copy atau tidak.

Bersama ini saya kongsikan beberapa keping gambar kenangan kami sekeluarga.











Untuk melihat hasil LensoFobia yang lain, bolehlah singgah di blog mereka di LensoFobiaUntuk mendapatkan promosi 40 minit sesi fotografi tanpa had dengan harga RM55 boleh hubungi mereka di talian 017 375 3969 / 03 6039 1170 atau PM mereka di Facebook LensoFobia. Oh ya, jangan lupa bawa props sendiri semasa sesi fotografi ya. Pasti lebih menarik.

No 25, Pusat Perdagangan Alam Jaya,
Jln PPAJ 2/4 Bandar Baru Puncak Alam,
42300, Kuala Selangor.
( Berhampiran Econsave dan UITM Puncak Alam )
Koordinat GPS : N 03.14.411 / E 101.26.801

Tuesday, May 6, 2014

Permohonan Kursus Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah / Sarjana Kaunseling SPADA 2014

9:59 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.

SPADA yang bermaksud Speciality Program for Alcohol And Drug Abuse bermatlamat untuk melahirkan kumpulan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, rawatan,pemulihan dan penjagaan lanjutan bagi masalah penagihan alkohol dan dadah di negara ini.

Secara umumnya program ini berobjektif melahirkan kumpulan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan penjagaan lanjutan. Program ini juga adalah untuk melahirkan kaunselor yang berkelayakan dan berpotensi tinggi dalam menguruskan masalah-masalah dan cabaran dalam penyalahgunaan dadah. Malah bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dalam menangani isu-isu dalam penyalahgunaan dadah.

Program yang bertaraf sarjana ini hanya mengambil masa 18 bulan sepenuh masa ( 12 bulan peringkat Diploma siswazah dan lanjutan 6 bulan peringkat Sarjana). Program pengajian bermula pada setiap September Semester pertama tahun pengajian. Kursus ini dijalankan dalam tiga semester dan setiap semester kuliah memakan masa 14 minggu. Para pelajar akan mengikuti program internship dalam semester 2 dan 3.

Program tajaan ini diletakkan di bawah Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan yang mana penerimanya akan mendapat pelbagai manfaat seperti CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH. Malah penerima juga akan mendapat elaun sara hidup sebanyak RM800.00 sebulan tanpa mengurangkan elaun-elaun lain.

Program ini dijalankan di dua buah universiti iaitu Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.
Walau bagaimanapun permohonan ini tidak dibuka kepada agensi-agensi berikut :
1. Kementerian Pelajaran Malaysia (Guru dan Pensyarah)
2. Kementerian Pertahanan Malaysia
3. Kementerian Kesihatan Malaysia

Calon-calon yang berkaya dalam kursus di peringkat Sarjana akan dikurniakan Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) oleh USIM atau Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) oleh UMS.  Manakala calon-calon yang tidak berjaya dipilih untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana, akan dianugerahkan dengan kelulusan Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) oleh USIM atau UMS. Tawaran pengajian untuk pegawai Kumpulan Pelaksana  hanya di peringkat SPADA sahaja.










Muat turun surat edaran di SINI.
Semak Panduan Memohon di SINI.

Video 1: Tutorial Cara Mendaftar Akaun ePermohonan



Video 2: Tutorial Cara Menukar Kata Laluan



Video 3: Tutorial Cara Memuat Naik Gambar


Antara program-program yang telah kami jalankan.
















TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 18 MEI 2014.