Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, September 30, 2012

Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013

11:06 PM Posted by Lobam No comments

+ Assalamualaikum.

+ Berita baik buat calon-calon PMR 2012. Peluang anda untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains Mara akan dibuka bermula 1 Oktober sehingga 19 Oktober 2012..

+ Apa yang perlu anda lakukan ialah layari Laman Permohonan Ke MRSM 2013 untuk mendaftar.

+ Sebelum itu, calon-calon boleh memuat turun iklan di Di Laman Ini

+ Calon-calon juga digalakkan untuk memuat turun maklumat penting permohonan Di Laman Ini

Peringatan Penting ***

Sebelum memulakan permohonan, calon-calon perlu mendapatkan kata laluan secara percuma. Maklumat adalah seperti berikut.

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga  19 Oktober 2012.  Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.

2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012  yang disahkan benar  serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4.  Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat  seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Buah Markisa

10:24 PM Posted by Lobam No comments

+ Assalamualaikum.

+ Salam ceria pagi Ahad. Semoga kita bergembira bersama keluarga tercinta di pagi yang serba indah ini.

+ Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat.
"Kerja di pejabat sampai bila pon tidak akan selesai. Tetapi masa bersama keluarga tidak ada galang gantinya"
+ Hari ini saya berada di kampung di Negeri Sembilan. Awal pagi lagi sudah bangun untuk menikmati kedamaian hijau desa. Dalam keasyikan menghirup udara segar saya terpandang pokok Markisa yang menjalar di sepanjang pagar. Pokok ini baru sahaja ditanam beberapa tahun yang lalu tetapi hasilnya telah dinikmati ramai orang.


+ Jika mahu disingkap asal usul Buah Markisa, tanaman yang berasal daripada Amerika Latin ini tersebar ke seluruh dunia dengan membawa pelbagai khasiat.

+ Benih Markisa ini diperolehi daripada seorang sahabat di Kelantan. Tidak sangka, pohon yang ditanam menjalar ke seluruh pagar rumah.


+ Buah Markisa muda berwarna hijau. Apabila masak warnanya bertukar kepada merah dan berwarna gelap. Kulitnya yang agak tebal terpaksa dipotong menggunakan pisau. Rasanya yang masam-masam manis, menyebabkan Buah Markisa kurang sesuai dimakan mentah.


+ Seperti yang saya katakan tadi, Buah Markisa mengandungi pelbagai khasiat. Antara khasiat Buah Markisa ialah :


Memulihkan Kanser    
- Mengatasi insomnia 
- Mengatasi batuk 
- Anti alergi 
- Menenangkan anak hiperaktif
- Melancarkan perjalanan Haid 
- Menjaga kecantikan wajah 
- Menurunkan kolestero
- lMelancarkan peredaran darah 
- Antiseptik
- Antibodi

+ Sayangnya, ketika saya berada di kampung tiada sebiji pon buah yang masak. Mungkin buah yang masak sebelum ini habis disapu oleh adik saya ^_^

Saturday, September 29, 2012

Permainan Android Yang Saya Gemari

10:50 PM Posted by Lobam No comments

+ Assalamualaikum.

+ Salam Hujung Minggu. Semoga kita semua gembira bersama keluarga tercinta.

+ Saya seorang yang jarang bermainan permainan ( Games ). Mungkin saya cepat bosan apabila melakukan sesuatu perkara yang berulang. Saya tidak betah untuk duduk lama sambil menghadap telefon / tablet atau PSP. Cuma kadang-kadang ada juga saya melanggar pantang apabila sesekali memuat turun game yang ada di Google Play.

+ Saya bukan seorang yang arif untuk membicarakan perkara ini. Tetapi saya kira tidak salah untuk saya berkongsi tentang permainan yang sering saya mainkan.

+ Saya cuba untuk membuat sedikit review ringkas mengenai permainan-permainan ini. Sekiranya mahu tahu lebih lanjut, mainlah sendiri :p

1. Extreme Skater 


Permainan ini tidak memerlukan pemain menyentuh mana-mana kunci di skrin untuk mengawal pergerakan. Cukup hanya dengan memusing telefon / tablet ke kanan atau kiri. Permainan ini tidak terlalu stress. Kawalannya pula sangat mudah.

2. Where's My Water?


Permainan menguji minda ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari permainan berbentuk penyelesaian masalah. Pelbagai cabaran disediakan untuk memastikan Air yang ada sampai kepada Buaya. Tapi ingat untuk memastikan Air sampai kepada Buaya tidaklah semudah yang disangka. Banyak halangan terpaksa dilalui. Saya sangat menggemari permainan ini sehingga sanggup membeli edisi penuh yang bernilai USD$0.99. Untuk edisi percuma, cabaran yang disediakan sangat terhad. Jika mahu lebih, bayar sahaja. Pasti puas hati.

3. Temple Run


Dalam permainan ini pemain dikehendaki melarikan diri dari hantu yang sentiasa mengejar. Sewaktu melarikan diri, pemain dikehendaki mengutip sebanyak mungkin duit emas. Banyak halangan yang bakal ditempuhi pemain. Jika tidak berhati-hati pemain mungkin akan jatuh ke dalam sungai, melanggar pokok atau lebih dahsyat dimakan oleh hantu. Apa pon permainan ini boleh membuatkan pemain ketagih. Untuk bermainan permainan ini, pastikan anda mempunyai banyak masa untuk dibazirkan ^_^.

4. Ninjump


Permainan ini sangat menghiburkan. Pemain tidak akan stress memikirkan cara menyelesaikan masalah. Apa yang perlu, pemain dikehendaki melompat ke kiri dan ke kanan sambil mengelak beberapa halangan yang ada.

5. The Sims Freeplay


Permainan ini mengehendaki pemain membina sebuah bandar yang lengkap. Bermula dengan seorang, pemain akan menghadapi cabarab dalam membina sebuah taman perumahan sekaligus bandar yang hebat. Walau bagaimanapun permainan ini memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Bagi mereka yang mempunyai banyak masa, permainan ini paling cocok untuk anda :p

6. Parking School


Bagi anda yang gemar permainan berkereta, permainan ini sangat sesuai untuk anda. Anda dikehendaki untuk meletakkan kereta di kawasan parkir yang ditetapkan. Tapi pastikan kereta yang anda pandu tidak melanggar kereta lain.

+ Saya kira setakat ini sahaja dahulu untuk edisi yang pertama. Jika berkesempatan kita jumpa lagi di entri seterusnya. Insya-Allah.

Friday, September 28, 2012

Derma Darah - Apa Yang Anda Perlu Tahu?

10:36 PM Posted by Lobam 3 comments

+ Assalamualaikum.

+ Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam. Mudah-mudahan Jumaat ini memberi ketabahan dan ketenangan buat diri kita semua.

+ Sewaktu pulang dari sekolah semalam, isteri saya memberi kejutan dengan menunjukkan barang-barang yang baru diterima. Katanya hadiah buat anak-anak. Tapi babanya pon dapat sama. Bantal Ultraman untuk Iezat, bantal Dinosour untuk Amsyar manakala sarung telefon untuk kami berdua. Sangat cantik. Jika berminat bolehlah membuat tempahan di Facebook Miimo Craft atau Blog Miimo Craft by Mia.

+ Ayuh kita kembali semula kepada topik utama.

Hukum menderma Darah - Sumber

+ Semalam Unit Bimbingan & Kaunseling SAM Sungai Haji Dorani menganjurkan Program Derma Darah sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.


+ Ini adalah tahun kedua unit dibawah kelolaan saya menganjurkan program seperti ini. Kami sangat beruntung apabila mendapat kerjasama yang baik dariapda Unit Tranfusi Darah Hospital Teluk Intan. Memandangkan ini kali kedua, perbincangan awal hanya melalui kihdmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Walau bagaiamanapun surat rasmi hanya menyusul beberapa minggu sebelum program berlangusng.


+ Untuk program kali ini, lebih 60 peserta telah mendaftarkan diri tetapi hanya 42 orang sahaja yang boleh menderma. Banyak sebab kenapa seseorang itu tidak boleh menderma. Antaranya ialah :
     - Pertama berpunca daripada masalah kesihatan seperti darah rendah, darah tinggi dan, kencing manis.
     - Kedua kerana berat badan kurang daripada 45 kg.
     - Ketiga kesan daripada pengambilan ubat seperti ubat darah tinggi, hormon dan lain-lain.

+ Sebelum menderma, penderma perlu menjalani beberapa pemeriksaan.


+ Langkah pertama ialah mengisi borang. Kemudian penderma akan ditimbang untuk memastikan berat badan sesuai untuk menderma.


+ Kemudian penderma akan beralih ke stesen yang kedua. Di stesen ini penderma akan diperiksa oleh doktor yang bertugas. Doktor akan memeriksa tekanan darah dan menjalankan soal selidik kesihatan. Biasanya di stesen inilah ramai penderma yang terkandas.


+ Seterusnya penderma akan beralih ke stesen yang ketiga. Di stesen ini  penderma akan diperiksa darah mereka. Di stesen ini jugalah penderma dapat mengetahui kelompok darah dan kadar hemoglobin mereka.


+ Kemudian penderma akan tiba di stesen terakhir. Di sini penderma akan diberi Buku Rekod Derma Darah dan sebuah bekas.


+ Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk menderma darah. Tak sakit pon. Grrrrr....


+ Alhamdulillah sudah selesai pon. Lihat senyumannya. Menawan kan? Hehehe. Sekejap sahaja sudah selesai. Rekod kali ini 3.5 minit untuk satu bag. Walau bagaiamanapun ia bergantung kepada individu. Ada yang cepat ada yang lambat. Ada juga yang tiba-tiba darah berhenti mengalir ke dalam bag. Untuk kes ini, nurse akan mohon kebenaran untuk cucuk di tangan sebelah lagi. Tak sakit pon... Hehehe.


+ Selepas menderma darah, penderma akan diberi air tin dan biskut sebagai saguhati. Oklah kan. Kalau mahu makan yang sedap-sedap bolehlah beli di mana-mana restoran berhampiran ^_^

Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut.

+ Apa yang perlu anda tahu sebelum menderma darah?

Anda BOLEH menderma jika..
    anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.
    berat badan anda 45 kg atau lebih.
    haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
    derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
    anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
    anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, tahniah. Anda berpotensi untuk menjadi penderma!!

Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..
    sejuk / demam dalam 1 minggu terakhir.
    di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain.
    masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah     pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll.
    pembedahan utama pada 6 bulan terakhir.
    vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir.
    mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir.
    mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir.
    telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah.
    berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah. 
    mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu     berisiko tinggi .
    telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV .
    mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit     menusuk dalam 6 bulan terakhir.
    mendapat rawatan gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan) 
        * Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan 
        * Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada pemulihan       penuh
Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..
    mereka hamil
    mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun     terakhir.
    mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka     tidak menyusui. 
    mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi.

Thursday, September 27, 2012

Resipi Sos Lada Hitam Gerenti Jadi

7:59 PM Posted by Lobam 1 comment

+ Assalamualaikum.

+ Salam ceria hari khamis buat semua pembaca blog yang disayangi kerana Allah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Taala Rab sekalian alam atas kurniaan nikmat paling berharga iaitu Iman dan Islam.

+ Saya tertarik dengan petikan ayat 11 dari surah Ar-Ra'd seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas. Mudah-mudahan  dengan usaha kita yang berganda serta doa dan harapan yang disandarkan kepada Allah, hidup kita akan menjadi cemerlang, ceria dan hebat dari hari sebelumnya.

+ Sebelum ini, saya ada menceritakan tentang hadiah Cicken Chop yang dimasak khas oleh isteri tercinta seperti yang digambarkan di sini. Ada juga antara pembaca yang bertanya bagai mana cara untuk membuat Chicken Chop dan Sos Lada Hitam yang sedap dan gerenti jadi. Setelah bertapa di beberapa pergunungan dan berenang di beberapa lautan akhirnya saya diberi keizinan oleh Puan Guru untuk mendedahkan rahsia Resipi Sos Lada Hitam Gerenti Jadi.


Bahan-bahan

·        2 sudu mentega
·        1 1/2 sudu tepung gandum
·         Sebiji bawang besar ( dipotong dadu )
·         Sebiji tomato ( dipotong dadu )
·         1 kiub ayam Knor
·         2 cawan air
·         Sedikit kicap pekat
·         Sedikit sos cili / sos tomato
·         Garam dan gula secukup rasa
·         1 sudu lada hitam ( ditumbuk halus ) *boleh ditambah  mengikut selera



Cara-cara
1.    Cairkan mentega dengan api yang kecil.
2.    Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.    Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.    Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.    Masukkan air dan kacau. Tambah sos cili ( mengikut citarasa ). Kacau hingga sebati.
6.    Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.
       PERHATIAN jangan sampai hitam, Jika sudah agak coklat sudah memadai. Apabila masak, sos akan lebih   likat dan hitam.
7.    Masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan kacau
8.    Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.    Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.  Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.

Selamat Mencuba.

Tuesday, September 25, 2012

iZakat - Aplikasi Wajib Setiap Muslim

7:55 PM Posted by Lobam 1 comment
Assalamualaikum.

Syukur kepada Allah atas kurniaan kehidupan serta kenikmatan paling berharga iaitu Iman dan Islam. Saya kira pasti ramai yang tersenyum bahagia pada hari ini terutamanya bagi penjawat awam. Manakan tidak, setelah lebih 30 hari menempuh saat-saat getir akhirnya simpulan penantian terlerai jua. Pasti ramai yang berasa lega bila akaun di bank penuh semula.

Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang teknologi tetapi pengetahuan saya tidaklah tertinggal jauh.  Hari ini saya mahu lari daripada kebiasaan. Entri saya kali ini berkisar tentang teknologi. Saya diperkenalkan dengan satu aplikasi yang sangat menarik semasa melayari laman Facebook Pusat Pungutan Zakat. Aplikasi ini sangat berguna terutamanya bagi seorang muslim. Aplikasi yang saya maksudkan ialah i Zakat.

Laman Facebook Pusat Pungutan Zakat dan Aplikasi iZakat untuk Android

Aplikasi ini dibangunkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. untuk pengguna telefon pintar android mahupun iPhone secara percuma.

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta. Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat saham, zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada memungut zakat harta di tiga wilayah utama iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 
Walau bagaimanapun aplikasi ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia. Usah khuatir aplikasi ini dibangunkan keseluruhannya dalam Bahasa Melayu. Perkhidmatan ini juga dilengkapi dengan kalkulator pengiraan dan informasi yang sangat berguna, mesra pengguna serta dilengkapi dengan pautan bank-bank tempatan. Malah perkhidmatan ini juga menyenaraikan senarai kaunter PPZ dan nombor untuk dihubungi.

Ayuh kita berkenalan dengan papan pemuka yang dibangunkan. Selepas anda memasang aplikasi ini, anda akan dibawa ke muka hadapan.

Paparan papan pemuka yang sangat menarik
Butang Info menyediakan banyak maklumat berkaitan zakat. Antaranya Syarat Wajib, Jenis Zakat dan Fidyah.

Perkhidmatan yang penuh informasi

Salah satu pekhidmatan yang disediakan

Para pengguna juga boleh membuat pengiraan zakat dengan menggunakan kalkulator yang disediakan. Pengguna boleh memilih untuk mengira pelbagai jenis zakat. Antaranya zakat pendapatan, perniagaan, KWSP dan banyak lagi.

Kalkulator Zakat

Pengiraan Zakat Pendapatan


Sekiranya tidak layak, papan maklumat ini akan dipaparkan
Secara keseluruhannya, saya kira aplikasi ini wajib ada dalam semua telefon pintar umat Islam. Seperti mana yang kita tahu, zakat adalah merupakan salah satu rukun dalam Rukun Islam. Jika kita tidak memerlukannya hari ini, saya pasti satu hari nanti pasti kita akan menggunakannya. Jika kita boleh menyimpan Games sehingga penuh memori kad, kenapa tidak kita peruntukkan ruang 24MB untuk memasang perkhidmatan ini. Yang pasti perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Saya hadiahkan 5 bintang untuk aplikasi yang bermanfaat in.

Saya kira setakat ini sahaja dahulu perkongsian aplikasi untuk kali ini. Insya-Allah ada rezeki bertemu lagi kita dalam entri seterusnya.

"Zakat Menyucikan Harta"

Sebelum terlupa, jemput ramai-ramai untuk LIKE Laman Facebook PPZ. Pihak PPZ menganjurkan Kempen LIKE FB PPZ. Mana tahu kita menjadi penggemar yang bertuah dan berpeluang untuk membawa pulang Galaxy Tab 10.1 ataupun iPad terbaru. Jom.