Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, December 22, 2015

PERMOHONAN PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU KPM 2016

7:59 AM Posted by Lobam 1 comment


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasulullah serta para sahabat dan ahlul bait baginda.

Alhamdulillah. Permohonan ke Program Pengkarya Guru 2016 kembali lagi. Pasti ada yang tertanya-tanya, apakah itu Program Pengkarya Guru?

Program ini merupakan satu inisiatif Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan penulis di kalangan guru yang memegang Gred DG. Seramai 100 orang guru akan dipilih setiap tahun, diberi latihan dengan harapan agar 100 buah buku bekualiti akan diterbitkan untuk kegunaan remaja dan pelajar sekolah.

Penerbitan buku ini melibatkan pelbagai genre penulisan seperti Novel, Cerpen, Puisi, Buku Kanak-kanak, Buku Bergambar dan lain-lain lagi. Jadi jika anda seorang guru dan mempunyai bakat menulis atau melukis (ilustrasi) anda dijemput untuk memohon Program Latihan Pengkarya Guru bagi tahun 2016.

Antara kelebihan Program Pengkarya Guru ialah:

1. Peserta akan diberi latihan penulisan bagi memantapkan kemahiran menulis.
2. Berpeluang mempelajari teknik menulis dan mengilustrasi buku kanak-kanak.
3. Mendalami teknik mengarang cerita dan menghasilkan storyboard.
4. Berpeluang menerbitkan karya sendiri.
5. Memilih penerbit yang akan menerbitkan karya.
6. Mengetahui tip dan teknik menulis mengikut acuan penerbit Malaysia.
7. Membina jaringan bersama penulis-penulis hebat di Malaysia.

Macam mana? Masih belum teruja? Di sini juga saya lampirkan karya penulis-penulis hebat yang telah menyertai PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU. Selain novelis dan ilustrator yang hebat, mereka juga adalah seorang GURU.

Cikgu Khairulaniza yang popular dengan Teknik Mendorong Pelajar Gaya Nabi

Karya Ustazah Razisatul Asyifah dan Ilustrasi oleh Ustaz Khairul Azman
yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia


Satu daripada 7 karya Rabihah Nur Ridhuan

Koleksi Tangisan Bulan Madu Dr. Samsiah Mohd Nor

Karya Sri Rahayu Mohd Yusop yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

Karya saya yang dicanai semasa Program Pembangunan Pengkarya Guru juga akan diterbitkan. Novel Remaja bertajuk Mandala Anak Merdeka terbitan Pekan Ilmu Publishing akan terbit pada tahun hadapan.



Rakan-rakan guru yang berminat untuk menyertai program yang hebat ini bolehlah mendapatkan maklumat melalui portal KPM atau rujuk iklan di bawah.

Permohonan Pengambilan Peserta Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2016
Bengkel Empat Siri Pengkarya Guru KPM 2016 anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:
·         24, 25,26 dan 27 Mac 2016
·         21, 22, 23 dan 24 April 2016
·         26, 27, 28 dan 29 Mei 2016
·         11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016
*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri.
Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.
Sila muat turun borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan sampel hasil karya (penulisan atau ilustrasi atau kedua-duanya) ke  mbkmmoe@gmail.com  sebelum 31 Januari 2016.

Antara aktiviti Pengkarya Guru 2014.  Boleh baca di SINI



Apa lagi yang anda tunggu? Jom sertai kami di PROGRAM PEMBANGUNAN PENGKARYA GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.