Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, January 30, 2010

Selamat Berhari Minggu

9:49 AM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Apa khabar semua. Saya sentiasa mengharapkan agar anda semua berada dalam keadaan sehat sejahtera.

+ Hari ni cuti umum. Cuti sempena Thaipusam. Apa perancangan anda semua? Walau apa pon yang anda lakukan saya sentiasa doakan agar anda akan mendapat yang terbaik.

+ Beberapa hari ini, banyak perkara yang baik telah berlaku. Alhamdulillah. Tapi kita kene sedar, Allah bukan sahaja memberi ujian berbentuk kesusahan tetapi ujian juga datang dalam bentuk kesenangan. Kesenangan itu juga merupakan satu ujian. Sama ada kita pandai bersyukur atau kita akan terus kufur. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud

" Jika engkau bersyukur pasti AKU akan menambahkan rezeki engkau, Tetapi jika engkau kufur sesungguhnya azab-Ku tersangatlah dahsyat"

+ Kegembiraan pertama ialah, saya telah mendapat tawaran temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk pengesahan jawatan. Temuduga akan berlangsung pada 9 Februari 2010 di Putrajaya. Sangat-sangat teruja. Ya Allah permudahkanlah perjalanan hambamu ini.


+ Kegembiraan kedua pula ialah, saya telah menerima markah yang tinggi dalam penilaian prestasi untuk temuduga. Terima kasih Ketua Jabatan saya Tuan Haji Saibudin bin Haji Ahmad. Alhamdulillah.


+ Kegembiraan ketiga, saya telah menerima panggilan daripada pihak MAS Saya Nak Cuti. Alhamdulillah. Saya telah ditemuduga. Pada mulanya saya sangka dia bergurau tapi kedengaran suaranya sangat serius, maka saya juga serius menjawab segala soalan yang dilontarkan. Mudah-mudahan saya akan tergolong dalam kelompok 20 terbaik.

+ Hari ini? Sudah tentu hari ini juga saya sangat gembira. Kerana apa? Kerana hingga kini saya masih hidup di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah.

+Nak balik kampng di Perak. Jumpalagi.

+ Layan.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment