Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Wednesday, October 6, 2010

Tempat Baharu

11:23 AM Posted by Lobam No comments
+ Assalamualaikum.

+ Kata orang, hijrah adalah suatu keseronokan. Kita berhijrah dari situasi yang selesa kepada situasi yang lebih menyeronokkan.

+ Saya dapat merasakan kebenaran kata-kata itu. Saya berhijrah dari satu tempat ke satu tempat hinggalah saya bertemu dengan keselesaan.

+ Hijrah saya bukanlah dari konteks kehidupan mahupun pekerjaan. Cuma hijrah saya dari bilik kaunseling ke bilik ketua bidang. Bukan peralihan kuasa atau pangkat cuma tempat yang selesa.

+ Saya bermula dari bilik ini.






+ Bagi saya bilik ini cukup selesa dan lengkap. Cuma yang menjadi masalah kepada saya ialah, saya jenis orang yang Ekstrovet, akan rasa tidak selesa bila bersendirian.

+ Saya berkelana dari satu bilik ke satu bilik. Bermula dngan bilik peperiksaan hingga ke pejabat, semuanya saya tinggalkan jejak.

+ Hinggalah suatu hari PK 1 menyatakan bahawa beliau ingin melakukan pengubahsuaian ke atas bilik mesyuarat untuk dijadikan Bilik Ketua Bidang. Mungkin rasa kasihan beliau terlalu tinggi terhadap saya, maka saya ditawarkan satu meja di bilik ini.

+ Sehinggalah hari ini saya rasa sangat gembir. Tidak sia-sia rupanya penghijrahan ini.



+ Layan.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment