Assalamualaikum.
Tengah hari ini
facebook dibanjiri dengan gambar matahari. Ramai rakan Facebook saya
mengemaskini status mereka dengan gambar yang sama. Lebih
menakjubkan ada lingkaran pelangi mengelilingi Sumber Utama Cahaya tersebut.
Pasti ada yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi.
Setelah dicari
melalui enjin pencarian Google, inilah jawapan dari persoalan yang melingkari
fikiran. Fenomena tersebut dinamakan sebagai HALO.
Fenomena
halo (bahasa Greek: ἅλως)
adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik.
Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Fenomena ini sering berlaku di bahagian Eropah dan sebahagian
daripada Amerika Syarikat dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali
seminggu. Pernah dahulu negeri di utara Semenanjung Malaysia gempar apabila fenomena ini
berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak
jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada
ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi
kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan
kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam
gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi)
oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi
sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit
dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah
(Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22°
halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal
arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo
tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada
permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal
walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat
besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit.
Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya
yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona
dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak
mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Halo di Padang, Indonesia pada 2 Oktober 2009. |
Apabila ingin melihat halo
pastikan kedua mata anda dilindungi dari
pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo.
Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa
sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia
sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
0 Komen Sedia Untuk Dibaca:
Post a Comment