Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, February 10, 2014

Kebaikan Susu Soya Yeos

3:36 PM Posted by Lobam 20 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi serta selawat dan salam buat rasul junjungan tercinta.

Melakukan aktiviti fizikal sangat melelahkan. Tambahan pula jika aktiviti fizikal tersebut melibatkan pergerakan yang sangat keras seperti berenang, berlari dan sebagainya. Pastinya tenaga yang hilang perlu diganti. 


Kebanyakan antara kita mengambil minuman bergas serta pelbagai minuman isotonik yang tinggi kandungan gula sebaik sahaja melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya pengambilan minuman bergas adalah tidak baik untuk kesihatan tambahan pula kandungan gula yang banyak boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Oleh yang demikian, pengambilan minuman isotonik yang mengandungi gas patut digantikan dengan minuman yang lebih baik.

Saya amat meminati sukan renang. Boleh dikatakan setiap minggu saya akan mengisi masa lapang saya dengan berenang. Berenang melibatkan pergerakan fizikal seluruh badan. Disebabkan itu saya akan cepat mengalami letih badan.


Saya menjadikan pengambilan susu soya sebagai pengganti bendalir di dalam badan selepas berenang. Seperti mana yang kita tahu, soya mengandungi kandungan protin yang tinggi. Bahkan ia sangat kaya dengan kalsium, zat besi, zink, fosforus, magnesium, vitamin B, asid lemak Omega 3 dan juga serat. Protin adalah sejenis nutrien yang menjalankan pelbagai fungsi di dalam badan. Antara peranan protin ialah :

- Menggantikan sel-sel tisu yang mati atau rosak.
- Mengawal proses badan.
- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
- Mengangkut bagan-bahan seperti lipih, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.


Pengambilan susu soya selepas berenang membuatkan tubuh saya kembali bertenaga dan sudah pasti tubuh saya mendapat gantian bendalir yang bukan sahaja penuh nutrisi tetapi juga menyegarkan. Pilihan saya sudah tentulah Soya Yeos. Jika dilihat, minuman Soy Rich Yeos dibuat daripada kacang soya yang berkualiti tinggi. Malah kacang soyanya juga 100% Non-GMO (Non Genetically Modified Organisms) yang diimport dari Canada. Kebaikan susu kacang soya Yeos dijaga kualitinya kerana tidak dicampur dengan pewarna dan bahan pengawet malah susu kacang soya Yeos bebas kolestrol. 


Disebabkan pelbagai khasiat yang boleh didapati daripada susu kacang soya Yeos, saya membekalkan isteri saya Soy Rich Yeos sebagai kalsium tambahan (selain pil kalsium) di sepanjang kehamilannya. Alhamdulillah, kini kandungannya sudah mencecah 7 bulan dan bayi di dalam kandungan aktif dan sihat.

Selain itu, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya Yeos juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga kepada isteri saya dan bayi di dalam kandungan. Asid folik yang terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah kecacatan kepada bayi di dalam kandungan.



Kebaikan susu kacang soya Yeos juga saya kongsi bersama anak-anak. Ternyata minuman yang penuh khasiat ini dapat mengalihkan seketika kemahuan anak saya terhadap susu formula. Seperti mana yang kita tahu, kacang soya juga mengandungi serat yang mana baik untuk penghadaman kanak-kanak. Malah fiber juga menjadi diet utama dalam menu pemakanan kita. Dengan pengambilan fiber dari susu kacang soya Yeos, anak-anak saya lebih sihat dan ceria. Kini susu soya yeos didatangkan dengan pelbagai pek. Bermula susu kotak 1 liter sehinggalah botol, tin dan kotak kecil. Pelbagai variasi rasa seperti soya dan jagung serta soya hitam pasti membuatkan anak saya lebih berselera.
Sumber : Sinar Harian
Selain daripada susu soya Yeos, teh krisantimum juga merupakan signature dish bagi kumpulan minuman Yeos. Syarikat yang ditubuhkan pada 1900 di China ini menjadi pembuat minuman terkenal sejak 1935 ketika di Singapura. Kini pelbagai versi teh krisantimum telah dicipta malah pelbagai jenis minuman telah dikeluarkan.

Sumber : Denai Hati
Antara produk yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ialah Yeos Teh Ais Limau. Minuman yang lazat ini sangat sesuai diminum setiap masa. Tambahan pula jika diminum sewaktu cuaca panas pasti memberi kesan kesegaran yang berganda.

Minum menyegarkan ini sangat enak jika dinikmati semasa sejuk. Pastinya penat dan dahaga akan hilang serta merta di saat Yeos Teh Ais Limau masuk ke salur pemakanan. Bukan sahaja orang dewasa, malah anak kecil saya yang berusia 2 tahun juga amat menggemarinya.


Kepesatan ledakan teknologi maklumat memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi kebaikan minuman Yeos. Selain laman web, pengguna juga boleh berinteraksi sama ada dengan melontarkan pendapat mahupun bertanyakan soalan melalui laman Facebook Yeos. Iklan-iklan produk Yeos juga boleh ditonton dengan melayari Laman Youtube Yeos Malaysia. Pengguna produk Yeos samada makanan mahupun minuman boleh mendapat maklumat terkini  melalui lama Instagram Yeos Malaysia. Malah pengguna Google + juga boleh mendekati mereka melalui akaun Google Plus Yeos. Hasil kemajuan teknologi terkini maklumat mengenai Yeos dapat diketahui hanya melalui hujung jari. Malah kebaikan Yeos juga dapat dikongsi ke seluruh dunia dengan hanya 1 klik seperti trending menggunakan #YeosMalaysia di Twitter Yeos Malaysia.

Konklusinya, Yeos merupakan produk pilihan semulajadi rakyat Malaysia.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

20 comments:

  1. terbaik.... semoga berjaya bro :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bro Eyriqazz dan Boni.

    Bro Boni. Lagunya best. Kompom menang lah.

    ReplyDelete
  3. sempurna! ive done my part here. semoga berjaya (^_^)

    ReplyDelete
  4. wah, bestnya dapat berenang. heheh
    *done G+

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa singgah sini :)
    http://www.adarain.com/2014/02/status-halal-produk-yeos-diragui/

    ReplyDelete
  6. bermain air bersama anak ditemani Yeo's memang best...!!!

    den dah SHARE di facebook ya...=)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....Salam sejahtera buat Lobam...kisah hidup bersama Yeo's, memang teruja bila menceritakannya ye! Yeo's tetap di hati dari dulu, kini dan selamanya. Produk terbukti menjadi pilihan ramai. Semoga berjaya buat anda. Insya Allah....

    ReplyDelete
  8. Salam....Jom terjah juga di entri contest saya, jika bro ingin membalas kunjungan saya ke sini.

    Contest Hebat Bersama Yeo's Pilihanku

    ReplyDelete
  9. banyak juga kebaikan minum susu soya yeo's nih rupanya~ btw. good luck. ok..

    ReplyDelete
  10. Wahhh.. siap bawa bersantai dikolam... sweet

    All d best n gd luck bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih ya. Ada link blog? Boleh saya vote pula.

      Delete
  11. suka teh ais limau...memang sedap lebih-lebih lagi dri produk Yeos...Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+...Good Luck ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih. Bolehlah bagi link. Exchange vote.

      Delete