Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, April 16, 2013

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 5

10:20 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki serta nikmat Islam dan Iman yang berpanjangan. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi antara tempat yang selesa di dalam Masjidil Haram. Saya ingin mencadangkan kepada para pembaca satu kawasan di tingkat 2 yang mana kawasan tersebut berhawa dingin dan kurang dipenuhi Jemaah.

Jika anda datang ke Masjidil Haram melalui pintu 1 atau lebih dikenali pintu Malik Abdul Aziz, anda akan terlihat satu jambatan bewarna putih di sebelah kanan yang membawa Jemaah ke tingkat 2.

Ikut laluan jambatan menuju ke tingkat 2 dan terus belok ke kiri sejurus memasuki pintu Masjidil Haram. Jalan terus dalam 20 meter anda akan menjumpai kawasan paip air zamzam yang dikhususkan untuk kaum wanita di sebelah kiri.


Selepas anda menjumpai paip air zam zam ini teruskan berjalan dalam 20 - 30 meter ke hadapan dan anda akan menjumpai kawasan seperti di bawah.


Inilah kawasan yang saya maksudkan. Sejurus anda tiba di tiang yang terdapat dalam gambar di atas, hawa sejuk akan datang menyapa. Di bahagian itu cahaya putih menerangi segenap ruang. Berbeza dengan ruangan di bahagian hadapan. Sebaik sahaja anda memasuki ruangan berhawa dingin itu ambil jalan ke kanan dan terus berjalan sampai ke hujung. Di kawasan itu susana agak lengang dan lapang. Sangat sesuai untuk beribadat dan beriktikaf. Bagi Jemaah lelaki, jika anda terbatal wuduk usah khuatir kerana paip air zamzam terletak di kawasan berhampiran. Jika anda dahaga, tong air zam zam juga ada tersedia. Bagi anda yang ingin melihat kaabah, keluar sahaja di ruangan hadapan dalam 30 meter kaabah tegak berdiri.


Inilah susana sekitar jam 4.30 pagi, setengah jam sebelum azan subuh. Lapang dan selesa.


Kelihatan juga Jemaah yang masih tidur selepas semalaman beriktikaf melakukan ibadah. Karpet tersebut boleh digulung di bahagian hujung untuk dijadikan bantal manakala hujung satu lagi dilipat menjadi selimut. Jika anda tidak tahan sejuk pastikan baju sejuk dibawa bersama.

Untuk anda yang datang bersama pasangan, usah bimbang. Kaum wanita dibenarkan untuk berada di kawasa ini. Selepas azan Jemaah wanita boleh menuju ke belakang untuk mengambil tempat. Insya-Allah pasti isteri tidak akan hilang ^_^ Begitu juga bagi anda yang membawa anak bersama. Anak-anak anda bebas bermain di sini.

Bagi anda yang berpuasa, usah khuatir kerana di kawasan ini ada juga majlis berbuka puasa yang disediakan oleh golongan Arab yang kaya. Hanya duduk dan berbukalah.




Kawasan cerah itu merupakan kawasan tawaf. Di situlah terletaknya kaabah yang dibanggakan. Gambar ini dirakam dari kawasan berhawa dingin.

Bagi saya kawasan ini cukup selesa. Tidak perlu bersesak dan berebut. Sangat sesuai untuk beriktikaf.

Selamat beribadah.

Baca Juga :

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment