Artikel ini telah disiarkan dalam ruangan Penulis Jemputan di Ciklaili.com. Sila layari laman tersebut untuk mengetahui pelbagai info.
Menjadi tetamu Allah adalah merupakan impian setiap insan. Walau
bagaimanapun tidak semua berkesempatan untuk menjadi tetamu pilihan. Ada
antara kita yang punyai banyak wang, tetapi tidak punyai masa. Ada yang
mempunyai keinginan yang tinggi tetapi kekurangan sumber kewangan.
Malah ada yang mempunyai wang dan masa tetapi masih belum terbuka pintu
hati untuk ke sana. Hanya mereka yang benar-benar menerima ‘kad
jemputan’ sahaja yang akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Sebelum kita memulakan langkah, ada beberapa perkara yang perlu
dipandang serius. Bersama ini saya sertakan tip persediaan sebelum
menunaikan umrah.
1. Travel Agency
1. Travel Agency
Pilih travel agensi yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Testimoni pelanggan biasanya dapat dibaca melalui pencarian di Google. Selain itu harga juga memainkan peranan. Banyak faktor dalam penentuan harga yang ditawarkan oleh sesebuah agensi. Antaranya, status hotel sama ada berbintang tiga, empat atau lima, jarak hotel dari masjid serta perkhidmatan yang disediakan di tanah suci.
Ada agensi yang menyediakan perkhidmatan umrah sebanyak tujuh kali ada juga yang lima kali malah ada juga tiga kali. Ada
Jemaah yang tidak kisah dengan jarak hotel dari masjid dan boleh
berlebih kurang dalam sesetengah perkara, asalkan harga yang ditawarkan
lebih murah.
Katakan syarikat A menawarkan harga RM 6000 manakala syarikat B
menawarkan harga RM 5300. Selisih harga adalah RM 700. Nampak tidak
banyak beza. Tetapi bayangkan jika Jemaah membawa 10 ahli keluarga.
Jumlah perbezaan antara syarikat A dan B adalah sebanyak RM 7000. Dengan
perbezaan harga sebegitu tinggi, Jemaah boleh membawa seorang lagi ahli
keluarga.
Jadi, jika anda seorang yang cerewet pilihlah syarikat ternama dengan
harga yang sedikit mahal. Jika tidak, pilihlah mana-mana syarikat dengan
mempunyai rekod yang baik.
2. Pakaian
2. Pakaian
Minimakan pakaian yang akan dibawa ke tanah suci bagi lelaki. Biasanya
ketika di sana, jubah akan menjadi pakaian rasmi. Purata setiap lelaki
akan membeli 2 pasang jubah untuk dipakai. Sehelai jubah lazimnya
dipakai ketika solat untuk 2 – 3 hari. Jarang dilihat Jemaah Malaysia
memakai baju T dan seluar slack ketika menunaikan solat. Bersama ini
saya sertakan cadangan jumlah pakaian yang patut dibawa :
- Baju T – 4 helai
- Seluar khakis – 3 helai
- Kain pelekat – 3 helai
- Jubah ( jika ada ) – 2 helai
- Baju Melayu – 1 helai
- Baju pagoda – 2 helai
- Pakaian dalam – secukup rasa
- Kasut – Tidak perlu. Biasanya kasut hanya dipakai ketika pergi dan balik sahaja
- Sepasang selipar yang tidak menutup jari kaki
Bagi kain ihram saya mencadangkan agar Jemaah membawa 3 helai. Jika ihram di bahagian bawah kotor, bahagian atas pakaikan di bawah dan ihram baru pakaikan di atas ( menutup badan ) manakala ihram yang kotor dibasuh. Begitulah seterusnya.
Mengapa Jemaah perlu meminimakan pakaian yang perlu dibawa? Jawapannya mudah, jika jemaah hadir dengan satu beg kecil biasanya beg akan ‘beranak’ selepas beberapa hari menjejakkan kaki di tanah suci. Untuk apa dibawa jika tidak pakai. Jadi bawa sahaja apa yang perlu.

3. Ubat
Ubat adalah merupakan sesuatu perkara yang wajib dibawa. Kebiasaannya
Jemaah akan menghidapi batuk dan selsema. Saya sarankan agar Jemaah
membawa bekalan ubat-ubatan lebih sedikit. Jika kita tidak guna, boleh
sahaja kita kongsikan kepada Jemaah yang lain. Antara ubat yang
dicadangkan ialah :
- Ubat batuk
- Ubat selsema
- Pil Chi Kit Teck Aun ( Sakit Perut )
- Vicks
- Panadol
- Krim pelembab ( Tumit kaki akan merekah akibat terlalu banyak berjalan )
- Pelembab bibir ( Bibir akan kering kerana panas atau kurang minum air )
4. Karung kasut
Karung kasut adalah merupakan antara perkara penting yang perlu dibawa. Jemaah perlu membawa selipar ke dalam masjid bagi mengelakkan selipar diambil orang. Memang ada sesetengah pihak mewakafkan plastik di dalam masjid, tetapi bukankah lebih baik kita mengurangkan penggunaan plastik. Lagi pun karung kasut ini hanya berharga RM 2.50 sahaja.
5. Kurangkan ‘hand carry’ dan aksesori diri
Ketika menaiki pesawat, kurangkan barangan yang dibawa. Jika boleh semua
barang dimasukkan ke dalam kargo melainkan barang yang penting sahaja.
Jika Jemaah mengambil penerbangan terus mungkin tiada masalah. Masalah
akan timbul jika Jemaah mengambil penerbangan transit. Leceh bila
terpaksa mengusung barang-barang yang tidak penting turun naik kapal
terbang. Lebih leceh lagi jika terpaksa menjalani pemeriksaan
keselamatan berkali-kali.
Contohnya di Thailand. Penumpang terpaksa membuka semua aksesori untuk di ‘scan’. Hatta kasut juga perlu ditanggalkan. Yang tinggal hanya pakaian dibadan. Jika kita memakai aksesori berlebihan dan membawa barangan yang banyak tidakkah leceh untuk dibuka dan dipakai semula selepas diperiksa.
Karung kasut adalah merupakan antara perkara penting yang perlu dibawa. Jemaah perlu membawa selipar ke dalam masjid bagi mengelakkan selipar diambil orang. Memang ada sesetengah pihak mewakafkan plastik di dalam masjid, tetapi bukankah lebih baik kita mengurangkan penggunaan plastik. Lagi pun karung kasut ini hanya berharga RM 2.50 sahaja.
5. Kurangkan ‘hand carry’ dan aksesori diri
Contohnya di Thailand. Penumpang terpaksa membuka semua aksesori untuk di ‘scan’. Hatta kasut juga perlu ditanggalkan. Yang tinggal hanya pakaian dibadan. Jika kita memakai aksesori berlebihan dan membawa barangan yang banyak tidakkah leceh untuk dibuka dan dipakai semula selepas diperiksa.
0 Komen Sedia Untuk Dibaca:
Post a Comment