Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, April 15, 2013

Tip Ketika Di Mekah & Madinah 4

11:54 PM Posted by Lobam , No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah segala puji dan puja buat Allah, penguasa sekalian alam serta selawat dan salam buat Abal Qasim penghulu segala Nabi.

Hari ini saya diberi kekuatan untuk terus mengetuk papan kekunci bagi berkongsi cerita mengenai air zam zam. Saya kira semua sudah ma'ruf kisah disebalik kewujudan air zam zam. Bagaimana kegigihan Siti Hajar berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah diangkat sehingga disyariatkan Sai'e bagi mengenang semula pengorbanan Siti Hajar dan Puteranya Ismail.

Molekul Air Zam Zam Yang Cantik
Air zam zam adalah merupakan air yang 'ajaib'. Malah kewujudan telaga zam zam sendiri menjadi tanda tanya kepada banyak pihak. Masakan tidak, bagaimana telaga yang kecil mampu menampung keperluan jutaan Jemaah yang menjadi tetamu Allah. Malah air zam zam tidak pernah habis walaupun dibawa pulang oleh Jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.


 Di Mekah banyak disediakan tong-tong yang berisi air zam zam. Di segenap ruang pasti akan terjumpa tong-tong ini. Malah telah dibina paip-paip air zam zam untuk kemudahan para Jemaah. Jemaah boleh memilih sama ada untuk menimati zam zam sejuk ataupun yang biasa. Bagi Jemaah lelaki yang mahu berwuduk menggunakan air zam zam bolehlah mencuba di paip yang disediakan. Jemaah juga boleh membawa botol dan mengisi air zam sepenuh-penuhnya untuk dibawa pulang ke hotel. Biasanya air zam zam tersebut akan dibuat air mandi. Hanya di Mekah kita boleh mandi dengan air zam zam ^_^


Selain Mekah, di Madinah juga ada disediakan air zam zam. Di Madinah air zam zam hanya diletakkan DI DALAM TONG DI DALAM MASJID SAHAJA. Air pili yang terdapat di luar masjid BUKAN AIR ZAM ZAM. Ramai yang tersilap sehinggakan ada yang membawa botol besar untuk dibawa pulang sedangkan air itu sama seperti air yang terdapat di hotel.

Sumber Gambar : gajahmenta.blogspot.com
 Setiap Jemaah Malaysia akan dibekalkan dengan air zam zam sebanyak 10 liter setiap seorang oleh Agensi Pelancongan. Malah air zam zam tersebut tidak dikira dalam timbangan penerbangan. Ia adalah merupakan hadiah daripada pihak Kerajaan Arab Saudi kepada tetamu Allah yang hadir ke Lembah Bakkah. Bagi Jemaah yang berhajat untuk membawa pulang lebih air zam zam, saya kira ia bergantung kepada syarikat penerbangan. Setakat ini syarikat MAS dan NAS Air tidak membenarkan Jemaah membawa pulang lebih daripada 10 liter. Bagi syarikat penerbangan lain seperti Pakistan International Airlines dan Egypt Air tiada halangan kepada para Jemaah. Cuma Jemaah perlu berbincangan dengan Mutawif yang disediakan oleh agensi pelancongan. Malah Jemaah juga dibenarkan membawa air ke dalam pesawat. Cadangan saya jika Jemaah ingin membawa pulang air zam zam, kosongkan 'hand luggage' dan masukkan seberapa banyak botol air zam zam yang mampu dibawa oleh tangan. Jika beg kargo masih ada ruang, masukkan sahaja botol air 1.5 liter seberapa banyak yang boleh. Tapi ingat, tip ini tidak boleh dipakai jika anda menaiki pesawat MAS dan Nas Air.

Perigi Lama Zam Zam Yang terdapat Di Muzium Dua Tanah Suci

Hadis Nabi Yang Membawa Maksud " Air Zam Zam Adalah Seperi Apa Yang Kita Hajatkan "
Baca Juga :

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment