Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan mulia.
Sumber : Internet |
Seperti saya dan isteri. Mempunyai zuriat perempuan menjadi idaman kami kerana kami telah dikurniakan rezeki dengan anak lelaki. Pelbagai usaha telah dilakukan. Apa sahaja tip yang dikongsi untuk mendapat anak perempuan pasti kami akan cuba. Sehinggalah anak yang ketiga lahir pada April lalu kami tetap dikurniakan zuriat lelaki.
Kami pasrah dan reda atas rezeki yang dikurniakan Allah. Kami berserah kepada-Nya tetapi perasaan ingin mencuba itu kembali muncul apabila saya menyertai Marital & Sexual Conference (MASEC 2014) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri.
Dalam seminar itu saya tertarik dengan topik yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri. Beliau berkongsi tentang tip mendapatkan zuriat mengikut jantina yang kita ingin menggunakan kaedah genetik. Buktinya Prof Mahir telah berjaya menyusun kelahiran anak-anaknya mengikut jantina.
Kami dibekalkan dengan salinan lembut (soft copy) slide presentation yang disampaikan oleh Prof Ahmed Mahir. Setelah bertanya kepada urusetia, mereka membenarkan saya berkongsi slide pembentangan tersebut kepada pembaca semua.
Walau bagaimanapun. AMARAN. SLIDE INI HANYA SESUAI UNTUK MEREKA YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA.
Bila saya menggunakan tulisan BOLD berwarna merah, pasti ramai yang tertarik. Lagi dilarang. lagi itulah perasaan igin tahu semakin membuak-buak. Sekali lagi saya tegaskan SLIDE INI tidak SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN.
Jadi terpulanglah kepada anda semua. Semoga slide ini mampu memberi manfaat kepada kita.
Saya merayu kepada anda yang ingin memuat turun slide ini, mohon jangan digunakan untuk sebarang tujuan komersil. Mohon juga agar diberi kredit kepada pemilik slide ini iaitu Profesor Madya Dr. Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri.
Saya serahkan slide Tips Untuk Mendapat Anak Lelaki Dan Perempuan kepada kalian semua. Anda boleh MUAT TURUN DI SINI
Saya serahkan slide Tips Untuk Mendapat Anak Lelaki Dan Perempuan kepada kalian semua. Anda boleh MUAT TURUN DI SINI
Ingat. Kita hanya mampu berusaha. Selebihnya serahkan kepada Allah. Banyakkan berdoa. Mudah-mudahan berjaya.
Perkongsian berguna ni. Mudah-mudahan lepas ni boleh dapat anak perempuan pula. Insya allah..
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi ilmu
ReplyDeleteNice info
ReplyDeleteAssalamualaikum. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplemen keluaran Shaklee.
ilmu yg sgt bermanfaat bagi yg berumahtangga, thanks for sharing!
ReplyDelete