Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia tercinta serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.
Menerima panggilan daripada Tourism Selangor adalah satu yang perkara yang amat mengujakan. Mana tidaknya, bagi pengikut setia laman sosial Tourism Selangor seperti Facebook mahupun Twitter pasti arif tentang program yang sering dijalankan oleh pihak Tourism Selangor iaitu TSDayOut.
Bagi yang belum mengenali Tourism Selangor pasti akan tertanya-tanya apa itu #TSDayOut. Secara umunya, Selangor mempunyai banyak tempat yang cantik menarik. Malah tarikan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat Selangor tetapi kesannya turut dinikmati oleh seluruh warga dunia. Tetapi sayangnya, tempat-tempat menarik ini kurang ditonjolkan kepada umum. Ini merupakan satu kerugian kepada penduduk setempat khususnya dan negeri Selangor amnya. Atas rasa tanggung jawab itulah Tourism Selangor muncul dengan satu aktiviti yang dinamakan sebagai TSDayOut.
Dengan menggunakan medium sosial, TSDayOut diharap dapat membantu memperkenalkan produk-produk Selangor yang mampu berkembang kepada pihak di luar sana. Ibarat permata yang indah, tidak ada nilainya jika hanya tersimpan di dalam tiram. Begitulah analogi yang boleh diumpakan kepada negeri Selangor yang maju. Tanpa pendedahan dari media sosial, pastinya segala khazanah yang tersimpan rapi tidak akan mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat jika tidak disebar luaskan kepada masyarakat luar.
Peranan Tourism Selangor memperkenalkan produk yang mampu dijual melalui program TSDayOut ini patut dipuji. Usaha kecil ini sedikit sebanyak mampu menjana kebangkitan ekonomi negeri Selangor bagi mengekalkan status negeri maju yang berterusan.
Kali ini lokasi aktiviti TSDayOut terletak di Broga Semenyih. Secara umumnya, Broga hanya terkenal dengan kawasan aktiviti riadah berbukit. Tanpa kita sedar, terdapat satu kawasan rekreasi sukan lasak yang di kelilingi hutan hijau yang mendamaikan. Kawasan itu dinamakan Paradise Valley.
Secara umumnya, Paradise Valley adalah merupakan satu resort yang mempersonakan dikelilingi oleh bukit bukau menghijau yang menakjubkan. Diibaratkan sebagai permata Bukit Broga, Paradise Valley menawarkan ketenangan yang berpanjangan sambil melakukan aktiviti sukan lasak yang pasti meningkatkan adrenalin anda.
Paradise Valley juga menawarkan keseronokan percutian dan rekreasi yang tidak terhad. Jauh dari kesibukan kota membuatkan Paradise Valley menjadi sebuah kawasan yang amat sesuai untuk sesisi keluarga. Malah kawasan ini juga sesuai untuk aktiviti bulan madu yang romantis kerana dikelilingi hutan rimba dan bukit bukau yang penuh inspirasi. Kawasan yang dikelilingi dusun nagka dan buah markisa ini pasti membuatkan aktiviti keluarga mahupun korporat bertambah menarik. Tambahan pula, Paradise Valley menyediakan laluan persendirian untuk mendaki Bukit Broga. Terasa sangat ekslusif apabila laluan pendakian tidak berkongsi dengan pendaki lain.
Saya merupakan insan yang paling bertuah apabila terpilih untuk turut serta dalam aktiviti #TSDayOut pertama bagi tahun 2014 ini. Program sulung yang diadakan pada 26 April 2014 yang lalu telah berjaya mengumpul seramai lebih 30 peserta yang terdiri daripada blogger dan pengamal media. Perasaan teruja pastinya menyelubungi diri tambahan pula setelah beberapa bulan bercuti rehat dari menyertai sebarang aktiviti anjuran Tourism Selangor.
Seawal jam 9.00 pagi saya sudah berada di Paradise Valley Broga. Dengan memandu sendiri dari Nilai, perjalanan yang memakan masa selama setengah jam itu tidaklah begitu melelahkan. Sudah pasti perasaan gembira menemani perjalanan saya.
Setibanya saya di sana, kehadiran saya dismbut oleh Mr. Lam selaku Pengurus Resort. Tuah orang tiba awal, saya dan beberapa rakan lain mendapat layanan yang lebih istimewa apabila sesi salam perkenalan kami dihidang dengan cerita yang segar terus dari mulut pengurus resort sendiri.
Telah beroperasi selama satu tahun 4 bulan menjadikan Paradise Valley matang dalam menempuhi bidang ini dan sedia untuk bersaing dengan resort-resort ternama yang lain. Paradise Valley yang menggunakan tema Redifining Adventure menyajikan fasiliti yang menarik serta penginapan yang hebat. Mempunyai 4 jenis penginapan yang utama pasti memberi pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung. Pengunjung boleh memilih sama ada untuk menginap di Luxury Rooms, Jackfruit House, Dormitories atau Camp Tents mengikut kesesuaian masing-masing. Malah dengan pelaburan harga bermula RM90.00 hingga RM150.00 untuk pakej 2 hari 1 malam, pengunjung akan menempuhi hari yang penuh mengujakan. Bukan sahaja penginapan yang selesa tetapi para pengunjung juga berpeluang untuk merasai aktiviti yang disediakan seperti Flying Fox, Wall Climbing, Kayaking dan Mendaki Bukit Broga atau Menjejaki Air Terjun Broga.
Aktiviti pertama TSDayOut di Paradise Valley ini ialah sarapan pagi. Dengan aktiviti penuh cabaran yang bakal kami hadapi, pengambilan sarapan sangat penting. Pastinya sarapan berkhasiat yang disajikan membuatkan kami bertenaga sepanjang hari.
Selepas menikmati sarapan yang menyelerakan, kami dihantar menaiki kenderaan untuk berhimpun di kawasan Wall Climbing. Di sini kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Abang Am selaku jurulatih kami menerangkan serba sedikit aktiviti menarik yang bakal kami jalani sepanjang hari. Mukaddimah kepada aktiviti ialah senaman ringan. Abang Am mengetuai aktiviti yang menarik ini.
Kumpulan saya terdiri daripada 6 orang ahli. Ada lelaki, ada juga perempuan. Ucapan perkenalan kami hulurkan. Untuk seharian ini, inilah rakan keluarga kecil kami. Pastinya kerjasama sesama ahli pasukan sangat ditagih. Kerjasama. Itulah kalimah keramat yang diterapkan dalam aktiviti berpasukan.
Ketika kami sedang menjalani aktiviti senaman ringan, kami dikejutkan dengan kehadiran artis baru popular iaitu Syatilla Melvin. Rupa-rupanya inilah kejutan yang dibuat oleh pihak Tourism Selangor kepada semua peserta. Jelas terpancar keterujaan di wajah para peserta.
Kami diberi penerangan mengenai aktivi Wall Climbing yang akan kami lalui. Jujurnya ini merupakan kali pertama saya menyertai aktiviti lasak ini. Biasanya aktiviti ini hanya dapat dilihat di kaca televisyen. Terdetik juga di hati, bila waktu saya diberi peluang untuk merasai pengalaman mencuba permainan lasak ini. Syukur peluang ini dihidang oleh Tourism Selangor dan Paradise Valley melalui aktiviti TSDayOut.
Melihat seorang demi seorang rakan memanjat, membuatkan saya sedikit gelisah. Bagaimana pula keadaannya bila tiba giliran saya nanti? Resah bersulam teruja. Entah yang mana satu dominen. Kedua-duanya bercampur baur membuatkan hati bergelojak gembira. Ada yang berjaya malah ada yang separuh jalan sahaja. Aduh. Permainan perasaan ini benar-benar merimaskan. Mana satu yang patut saya ikut. Hati menolak tetapi akal menjerit meminta agar hasrat ini diteruskan. Muktamad. Saya perlu cuba. Bertahun-tahun saya pendamkan hasrat. Bila peluang terbentang di hadapan mata apa perlu saya tolak peluang yang entah bila akan muncul semula.
Saat saya menyarung peralatan keselamatan, perasaan takut kembali bertandang. Bisikan halus berbisik di telinga. Masih ada masa untuk saya berundur. Hati cekal berkata. Jawapan muktamadnya TIDAK. Saya perlu cuba.
Saya mulakan memanjat dengan hati gembira. Akhirnya saya berjaya melawan perasaan. Satu persatu saya daki. Sampai pertengahan semangat saya kembali menurun. Entah di mana silapnya, saya tergelincir. Mujur nyalaan semangat yang dibakar oleh rakan-rakan di bawah membuatkan rasa juang saya semakin melonjak. Tetapi saya perlu terima hakikat. Tangan saya tidak mampu mengang beban badan saya yang berat. Biarpun hampir hilang suara rakan-rakan berteriak memberi semangat, semuanya ibarat air lalu. Tiada langsung terkesan di dalam hati.Sedang asyik saya berperang dengan perasaan. Lantas terpacul keluar kalimat dari bibir "Saya mahu turun". Kecewanya saya apabila perkataan yang paling saya takut akhirnya muntah juga. Sayang. Sudah lebih separuh jalan akhirnya saya mengalah.
Rasa kecewa yang tak terluah. Tetapi akal lekas memberi rasional. Insya-Allah jika ada peluang saya akan cuba sehabis baik untuk terus sampai ke puncak.
Selepas selesai aktiviti Wall Climbing, kami dihidangkan pula dengan aktiviti Flying Fox. Ini adalah aktiviti yang sangat saya gemari. Bukan kali pertama saya mencuba aktiviti seperti ini. Tahun lepas juga saya turut serta dalam aktviti Flying Fox yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. Jadi aktiviti ini bukanlah ketakutan yang perlu saya hadapi. Walau bagaimanapun perasaan teruja itu tetap ada.
Tidak dapat digambarkan betapa seronoknya apabila kita melayang membelah angin yang kencang. Terhoyong hayang saya terbang melintasi tasik buatan yang luas.
Bebas dan puas saat berlepas dari tapak perlepasan tanpa kaki mencecah bumi dan beban tubuh hanya bergantung kepada dua utas tali. Saya meluncur. Jeritan spontan yang terhambur memberi kepusan hakiki. Saya seronok.
Usai siap semua rakan menjalani dua aktiviti, tibalah masa untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Perut sudah mula berkeroncong, air liur pula minitis jatuh ke bumi. Ada yang menepuk perut tanda lapar. Inilah saat dan ketika yang dinanti. Aktiviti makan tengah hari. Jika semasa aktiviti wall climbing dan flying fox ada yang bermuram durja, malah ada juga yang bermasam muka sehingga tidak boleh bertegur sapa. Saat ini terpalit di wajah masing-masing seulas senyuman. Girang tidak terkira. Teringat iklan coklat yang erap diputarkan di televisyen. Kita akan menjadi lain apabila perut lapar. Saya tidak menolak unngkapan berkenaan.
Masa panjang yang diberikan, diguna sebaik mungkin. Ada yang curi-curi melelapkan mata. Malah ada yang bersembang mesra. Saat ini ikatan persahabatan telah terjalin. Rindunya saat-saat gembira ini. Bermula sebagai orang asing, tetapi menjelang tengah hari perhubungan semakin mesra. Jika pagi duduk berjauhan, tetapi tengah hari sudah boleh bersalam-salaman. Inilah namanya ukhwah. Terima kasih Tourism Selangor dan Paradise Valley.
Selesai menikmati makan tengah hari yang lazat serta menunaikan solat, kami dikumpulkan semula untuk melakukan aktiviti setereusnya. Kami saling bertanya apakah aktiviti yang akan dijalankan. Pastinya menurut hemat kami aktiviti selanjutnya pasti akan lebih menraik. Ternyata telahan kami benar. Aktiviti setereusnya tidak kurang mencabar dari dua aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini.
Ada 3 aktiviti yang mencabar bakal kami lalui selepas ini. Selepas mendengar taklimat daripada Abang Am, kami bergerak menuju ke check point mengikut kumpulan. Kali ini ketangkasan kami dicabar. Jika sebelum ini kami dihantar menaiki kenderaan ke kawasan Flyign Fox dan Wall Climbing, kali ini kami terpaksa mendaki kawasan yang agak berbukit. Peluang yang ada ini tidak kami sia-siakan. Kesempatan yang berbakikami gunakan untuk berbual dan bermesra. Tanpa sedar kami telah pon sampai ke kawasan check point.
Aktiviti pertama untuk sesi petang ini ialah Abseiling. Sukan lasak ini juga bukan pernah kali saya cuba. Sejak sekolah saya sudah pernah melakukan Abseiling. Cuma sewaktu sekolah badan saya ibarat kancil dan berbeza kini ibarat lori. Bila mengenangkan perkara tersebut, langsung saya dirundum gelisah. Adakah saya mampu melakukannya?
Setelah mendengar taklimat ringkas langsung saya dipakaikan dengan tali keselamatan. Saya mendapat giliran kedua untuk aktiviti ini. Tiba saatnya turun, hati saya meronta-ronta minta dilepaskan. Fikiran dan hati ligat berperang sekali lagi.
Dengan bantuan instructor perlahan-lahan saya menjatuhkan badan. Tangan pula berhati-hati melepaskan tali. Semakan lama semakin laju kaki melangkah. Semakin itu jugalah badan kuat merebah. Semakin lama semakin seronok. Wah. Tidak dapat saya bayangkan kebahagiaannya. Takut dan teruja berbaur menjadi satu. Ternyata saya gembira.
Permainan kedua ialah Kriss Cross Game. Walaupun nampak mudah tetapi permainan ini jelas memerlukan daya keseimbangan yang tinggi. Malah semangat kerjasama juga sangat-sangat dituntut untuk menjayakan aktiviti ini. Saya ada mencuba tetapi sayang hanya berjaya sampai ke separuh permainan sahaja. Walau bagaimanapun saya turut berbangga apabila seorang demi seorang rakan saya berjaya menghabiskan permainan ini. Sangat menarik dan boleh dikomersialkan.
Sampai masa untuk kami berpindah ke permainan terakhir. Tiba-tiba langit bertukar mendung. Perlahan-lahan titis hujan jatuh ke bumi membasahi tanah yang tandus gersang. Selepas seharian kami berpanas, petang ini kami kebasahan pula. Dua cuaca yang sangat kontra kami alami dalam satu masa. Syukur biarpun hujang kami tetapi teruskan aktivit yang telah dirancang.
Bagi pengguna telefon pintar yang mempunyai aplikasi Waze, hanya taipkan Bukit Broga dan anda akan dibawa terus ke sana. Paradise Valley terletak tidak jauh dari kaki Bukit Brogra. Atau anda boleh klik sahaja pada peta Google Map di bawah ini.

Permainan terakhir ini juga penuh cabaran. Setiap peserta perlu berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti ini. Jika tidak berhati-hati pasti padah bakal menimpa. Itulah yang terjadi kepada seorang ahli kumpulan saya. Dia terjatuh lalu kepalanya terhentak ke tanah. Mujur segalanya dalam keadaan baik. Dengan semangat yang kental dan tanpa mengenal erti putus asa, dia bangkit lalu terus mencuba. Akhirnya dia berjaya.
Semakin lama hujan yang turun mencurah-curah tidak menunjukkan langsung tanda-tanda untuk berhenti. Malah dentuman guruh sabung menyabung di langit memberi tanda bahawa hujan ini akan terus turun dalam masa yang agak panjang. Langsung program dihentikan.
Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan Instagram #TSDayOut. Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang. Gambar yang dihasilkan nampak menarik serta mempunyai nilai dan cerita. Kami juga mendapat hadiah cendera kenangan sumbangan Tourism Selangor dan Paradise Valley. Nangka madu yang dibekalkan sangat sedap. Tidak lupa untuk saya kongsikan nikmat yang saya perolehi dengan anak dan isteri di rumah.
Oh ya. Bagaimana cara untuk ke sana?
View Paradise Valley in a larger map
Paradise Valley boleh dihubungi di alamat :
Lot 1742 & 1369, Jalan Tarun Broga,
43500, Semenyih, Selangor.
Telefon : 012-8890036, 0111-6686186, 0111-6686188
Email : paradisevalleybroga@gmail.com
Facebook : Paradise Valley Broga
Web : www.paradisevalleybroga.com
GPS : N2.941' E101.91'
Kredit gambar kepada Food n' Frame
0 Komen Sedia Untuk Dibaca:
Post a Comment