Assalamualaikum.
Alhamdulillh. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait baginda.
Mencari makanan halal di kota Manila sangat melelahkan. Mujur hotel penginapan kami Riviera Mansion Manila yang terletak di kawasan Mabini Street, Malate berdekatan dengan kawasan perlancongan. Sesusah mana pun mencari makanan halal, terdapat juga sebuah dua restoran halal yang berasaskan makanan arab.
Setibanya kami di Manila, jam sudah menunjukkan hampir 5 petang. Di Manila jam 5 petang menunjukkan waktu sudah hampir senja kerana waktu maghrib adalah pada jam 6.15 petang. Memandangkan ini adalah hari pertama kami, maka sedikit kelam kabut untuk mencari tempat makanan halal.
Mujur kami menjumpai sebuah restoran makanan arab di Robinson Place Manila. Restoran Arya yang terletak di tingkat dua itu bersebelahan dengan Secret Recipe yang juga merupakan restoran halal. Robinson Place Manila terletak berdekatan dengan tempat penginapan kami di Riviera Mansion Manila
Walaupun harganya agak mahal (mahal bermaksud jika di Malaysia saya boleh dapat yang lebih baik) kami tiada pilihan. Hanya itu sahaja tempat yang kami tahu. Tambahan pula di hari pertama. Apalah yang sempat kami geledah di tengah-tengah kota Manila ini.
Saya memilih Beef Koobideh beserta nasi dengan harga 510.88 peso (termasuk 10% caj perkhidmatan) atau RM38.
Jom layan beberapa lagi keping gambar.
singgah .. :)
ReplyDeleteTerima kasih singgah Siti Zawiah.
Delete