Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki di Sayyidul Ayyam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.
Sumber : http://www.klia2.info/ |
Musafir menaiki pesawat sangat menyeronokkan. Dengan lambakan syarikat penerbangan murah seperti Air Asia, Tiger Airways, Fire Flyz, Malindo dan banyak lagi membuatkan kini semua orang mampu untuk terbang.
Yang menjadi masalah kepada para penumpang pesawat adalah parking. Dahulu di LCCT parking tidak menjadi masalah besar. Walaupun parking bajet sedikit jauh dari bangunan terminal tetapi dengan harga yang berpatutan jarak bukan penghalang. Selepas operasi penerbangan tambang murah ditukar sepenuhnya ke KLIA 2 sejak Mei 2014, masalah Parking Di KLIA 2 kembali menjadi beban terutamanya kepada penumpang yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke KLIA 2.
Di sini saya kongsikan senarai kawasan parking untuk ke KLIA 2 hasil perkongsian rakan-rakan di Facbeook Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
1. Gateway@KLIA 2
Tempat letak kenderaan yang komprehensif dengan keselamatan dan kemudahan yang menjadi keutamaan. Tempat letak kereta 8 tingkat yang terletak bersebelahan Terminal Utama, dan mampu menempatkan lebih 5,600 kenderaan.
Tempat letak kereta berpagar sepenuhnya. Malah terdapat anggota keselamatan yang beroperasi 24 jam, membolehkan pelancong untuk meletak kenderaan mereka dalam jangka masa pendek dan panjang dengan ketenangan fikiran.
DAILY LEISURE | RATE (RM) |
---|---|
1st - 3rd Hours | 4.00 Per Hour |
4th - 6th Hours | 3.00 Per Hour |
7th - 9th Hours | 3.00 Per Hour |
> 10 Hours | 2.00 Per Hour |
MAXIMUM PER DAY | 46.00 Per Day |
2. Parking terbuka di Tune Hotel KLIA 2
Mampu menempatkan 167 buah kereta pada satu-satu masa dengan bayaran RM 2.00 sejam untuk 3 jam pertama dan RM 3.00 sejam untuk jam seterusnya. Bayaran maksima ialah RM 36.00 untuk sehari.
3. Parking di Terminal Bersepadu Selatan
Tinggalkan kereta anda di TBS dengan kadar bayaran RM 3.00 sehari dan pilih Jetbus dengan bayaran RM 9.00 sehala terus ke KLIA 2. Perkhidmatan Jetbus bermula seawal jam 3.00 pagi dan perjalanan ke KLIA 2 mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit.
Lihat jadual perjalanan di sini
4. Parking di ERL Kota Warisan
Bayaran parking percuma dan tambang ERL ke KLIA 2 sekitar RM 3.00. Train akan berlepas dari KL Sentral seawal jam 5.00 pagi dan dijangka sampai ke KLIA 2 jam 5.30 pagi. Muat turun jadual train di sini
5. Parking di Sama-sama Hotel
Bayaran yang dikenakan RM 20.00 satu hari kemudian menaiki ERL ke KLIA 2.
6. Parking di Putrajaya Sentral
Bayaran yang dikenakan ialah RM 4.00 sehari dan maksima 2 minggu.
7. Naik Teksi
Duduk di rumah dan tunggu teksi jemput. Jadual bayaran boleh lihat di sini
8. Minta orang hantar
Percuma atas ehsan mereka yang sudi untuk hantar ^_^
Rancang jadual perjalanan anda. Selain dari melihat waktu perjalana pergi, lihat juga waktu perjalanan pulang. Rancang sebaik-baiknya. Parking Di KLIA 2.
Selamat terbang di KLIA 2.
thanks for sharing info. Pasni dah bleh plan nk park kt mane klu travel jauh.
ReplyDeleteInfo anda sgt bagus n ayat pun ada klakar. Xperlu nak survey satu2. Thanks a lot.
ReplyDeletesaya asyik pening nak pikir camne nk arrange transport ke klia. baru saye tau kt kota warisan ade erl n provide free car park. senang hati nk bawak parent pegi holiday =)
ReplyDeletesaya asyik pening nak pikir camne nk arrange transport ke klia. baru saye tau kt kota warisan ade erl n provide free car park. senang hati nk bawak parent pegi holiday =)
ReplyDeletedi mana yang terbaik ...
ReplyDeletedi mana yang terbaik ...
ReplyDelete