Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Wednesday, September 3, 2014

Hotel Riviera Mansion Manila

8:33 PM Posted by Lobam No comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta serta pasa sahabat dan ahlul bait baginda.

Peluang untuk bermusafir ke Manila memberi pengalaman yang manis buat saya. Memandangkan kami hadir sebagai sebuah deligasi universiti, pihak jawatankuasa telah memilih sebuah hotel yang baik untuk kami bermalam.


Hotel Riviera Mansion Manila terletak di Mabini Street, Malate di tengah kota Manila. Lokasi yang strategik terletak berhampitan Tune Hotel Manila, Hyatt Regency Hotel & Casino Manila, The Executive Plaza Hotel dan Pan Pacific Manila. Malah terdapat juga Maybank berhampiran dengan hotel tersebut.



Hotel Riviera Mansion juga di kelilingi kawasan kasino dan kelab-kelab pelacuran dan tarian tiger show. Jangan terkejut jika sewaktu anda turun dari bas atau keluar dari hotel akan ada bapak ayam yang mengedar risalah serta pamplet yang terpampang gambar-gambar pelacur untuk dilanggan. Malah hotel ini juga menjadi lokasi untuk aktiviti persundalan.





Hotel ini juga berdekatan dengan kompleks membeli belah terkemuka iaitu Robinson Place Manila. Cukup dengan berjalan kaki sekitar lima minit untuk ke pusat membeli belah itu. 

Bagi anda yang tercari-cari kawasan hotel yang berdekatan dengan restoran halal, Hotel Riviera Mansion Manila adalah salah satu cadangan tempat penginapan terbaik. Selang beberapa lot dari hotel terdapat kedai serbaneka 7 Eleven yang turut menjual makanan segera dan roti Gardenia buatan Malaysia. Malah kurang 500 meter sekitar hotel terdapat beberapa kedai makanan Arab. Di Robinson Place Manila juga terdapat restoran halal yang terdiri dari restoran makanan Arab eksklusif dan restoran Secret Recipe yang terletak di tingkat 2. Walaupun nampak sukar untuk mencari restoran makanan halal, tetapi jika dicari pasti berjumpa.




Bagi saya hotel ini sederhana tetapi selesa untuk penginapan kami selama lima hari empat malam. Bilik air juga selesa digunakan. Jika diletakkan dengan nilaian bintang saya memberi 3 bintang. Bilik bukan sahaja dilengkapi dengan peti sejuk mini malah terdapat juga televisyen 32 inchi yang dilengkapi puluhan siaran televisyen tempatan dan antarabangsa. Terdapat juga safety box bagi mereka yang memerlukan. Tetapi sayang wifi percuma hanya diberikan di lobi sahaja. Jika mahu menggunakan internet di dalam bilik, caj minima dikenakan. Mujur receptionist di kaunter sangat peramah dan mudah untuk berurusan.




Harga untuk satu malam pula agak 'boleh tahan' iaitu sekitar 2500 peso atau RM180 hingga 4500 peso atau RM330.

Dengan lokasi yang strategik serta kemudahan makanan halal di sekitar hotel, saya kita Hotel Riviera Mansion Manila adalah hotel yang sesuai untuk penginapan mereka dengan bajet sederhana.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment