Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, March 12, 2013

Balai Cerap Selangor Permata Sabak Bernam

10:21 PM Posted by Lobam , 1 comment

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat Islam dan Iman serta selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.


Tatkala kaki melangkah masuk ke bangunan satu setengah tigkat ini, hati terasa sangat bangga kerana Sabak Bernam telah dipilih sebagai lokasi Balai Cerap pertama di Negeri Selangor. Balai Cerap yang terletak di pinggir pantai Sabak Bernam ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih seperti kubah cerapan yang menempatkan teropong dan alat pencerap bintang serta pelbagai peralatan yang berkaitan.



Malah BCS juga menyediakan kemudahan seperti ruang pejabat, ruang pameran, ruang taklimat, surau dan ruang cerapan. Kedudukan Balai Cerap Selangor amat strategik kerana terletak jauh dari kawasan bandar dan perindustrian. Kemudahan infrastruktur dan sistem perhubungan  yang baik seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik menjadikan BCS sebagai lokasi yang sesuai untuk dikunjungi.

Dengan wujudnya BCS di dalam daerah Sabak Bernam memberi banyak manfaat kepada pelajar sekolah di kawasan berhampiran. Banyak aktiviti yang melibatkan pelajar diadakan. Para pelajar boleh mengakses kesemua kemudahan yang disediakan. Ternyata kewujudan BCS ini memberi impak yang positif dalam penyebaran ilmu falak  kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat Negeri Selangor amnya.

Peluang yang disedia tidak saya sia-siakan. Hari ini saya kembali ke BCS untuk mencerap anak bulan Jamadil Awal 1434 hijrah. Kali ini saya tidak keseorangan. Anak-anak dan isteri saya bawa bersama untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang ilmu falak.


Kehadiran kami disambut ceria oleh pegawai yang bertugas. Hanya kami sahaja yang hadir selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas. Kesempatan yang ada saya gunakan sebaiknya. Sedikit ilmu falak saya ceduk dari pegawai yang bertugas. Ternyata mereka tidak lokek ilmu. Sesuailah dengan tujuan pembinaan BCS iaitu untuk menjadi pusat pendidikan ilmu falak sebagai usaha menyebarkan dakwah kepada umat manusia.






Balai Cerap selangor boleh dihubungi melalui :

Telefon : 
017 - 682 6280 ( Norameen ), 03 - 5514 3716 / 17/ 18/ 20 ( Bahagian Falak )

Faks : 
03 - 5519 7584

Email : 
balaicerapselangor@yahoo.com.my

 Web :  

Facebook :  


1 comment: