Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Selawat
dan salam buat rasul Junjungan tercinta serta para sahabat dan pengikut
baginda.
Bertemu kita dalam entri kali ini. Entri pertama sebagai pembuka
acara. Salam perkenalan buat semua pembaca. Bila Pena Mula Berdansa,
Bila Lobam Berbicara. Tiada kata ingin saya lafaz melainkan ungkapan
rasa penghargaan buat eyriqazz.com kerana sudi memilih saya sebagai
perantis dalam Projek 10 Blogger eyriqazz.com.
Selain menulis, saya juga suka menikmati makanan. Masalah yang kerap
melanda pemburu makanan ialah kadangkala kita tercari-cari di manakah
lubuk makanan yang lazat. Mujur ada blogger yang sedia berkongsi tempat
dan makanan menarik sebagai rujukan. Prinsip saya mudah, asalkan
makanannya lazat dan berbaloi, berapa sahaja harganya pasti sanggup saya
bayar. Untuk edisi pengenalan kali ini, ingin saya berbicara tentang 5 Food Blogger Pilihan.
1. Food n’ Frame - http://foodnframe.com/
Saya mengenali pengendali blog hebat ini semasa Majlis Penyampaian Hadiah 2nd Food Blogging Competition 2012 anjuran Selangorlicious. Gabungan fotografi dan makanan membuatkan blog Food & Frame
ini sangat hebat. Ulasannya yang jujur dan gambar yang menyerlah
membuatkan makanan itu seolah-olah hidup. Sangat menarik untuk
dinikmati. Kagum sungguh saya melihat templatenya yang begitu teratur
dan sangat memudahkan pelayar untuk mencari maklumat. Malah blogger ini
juga mengkategorikan restoran yang pernah disinggahinya. Bermula dari Poor sehinggalah bertaraf Highly Recommended.
2. Malaysia Food, Travel & Tourism Blog - http://www.vkeong.com
Blog yang berkonsepkan Makanan & Pelancongan ini sangat berbeza
dari blog-blog kebanyakan. Pemilik blog yang berasal daripada Bukit
Mertajam Pulau Pinang ini menumpahkan passion terhadap makanan melalui fotografi dan diterjemahkan melalui kanvas kosong alam maya yang beralamat di vkeong.com. Selain menyediakan senarai Good Food List
blogger ini juga menyediakan senarai KL & PJ Japanese Buffets
beserta harganya sekali. Tetapi pelayar harus berhati-hati kerana ada
antara makanan yang disenaraikan tergolong dalam kategori TIDAK HALAL.
3. Kucing Goreng Gemok - http://kucingorengemok.blogspot.com/
Secara jujurnya, memang agak sukar untuk mencari blogger melayu yang
memaparkan lokasi atau makanan halal sepenuhnya. Jika ada sekalipun apa
yang dilihat sekadar Hanya Melepaskan Batok Di Tangga. Ala kadar sahaja.
Tetapi blog Kucing Goreng Gemok
ini sangat berbeza. Walaupun karyanya tidak dilampirkan dengan
fotografi yang menawan tetapi informasinya sangat berguna. Malah di side bar juga disediakan ruangan MAKANPEDIA. Bukan sahaja menyediakan info tempat makan di Malaysia malah di London, Brighton dan Amsterdam. Hebat.
4. Masak-masak - http://masak-masak.blogspot.com
Masak-masak merupakan salah satu blog yang menjadi rujukan saya.
Menyediakan pelbagai kategori seperti Chinese Food, Western Food dan
Malay Food pasti memudahkan pembaca mencari lokasi bagi memenuhi
kehendak citarasa yang pelbagai. Juga menggabungkan keseniaan antara
fotografi dan makanan membuatkan paparan dan pemsembahan lebih menarik.
Bukan setakat itu sahaja, Masak-masak
juga menyediakan laman resipi untuk para pembaca mencuba masakan yang
menarik. Pelbagai vasriasi makanan boleh dicuba. Yang penting, rajin
atau tidak sahaja.
5. Masam Manis - http://fromintankitchen.blogspot.com/
Selain Food Blogger, Blogger Masakan juga merupakan
salah satu antara blog yang dicari. Di sini saya kongsikan salah satu
Blog Masakan yang popular iaitu Masam Manis.
Blog Masakan menyediakan resipi bergambar untuk para pembaca. Jujur
saya katakan, blog ini menggabungkan antara fotografi dan masakan secara
professional. Gambar yang diambil persis gambar di majalah. Blog ini
menjadi rujukan utama isteri saya dalam bidang masakan. Yang lebih
menarik, resipi yang disedia, disertakan dengan cara memasak bergambar
yang sangat menarik. Pelbagai variasi masakan disediakan. Lebih
menyeronokkan lagi, semua resipi yang dihidang kebanyakan boleh
dikategorikan sebagai Gerenti Jadi. Tak percaya? Cubalah sendiri.
Saya kira sekadar itu sahaja sebagai mukaddimah. Andai ditakdirkan
saya masih lagi diterima sebagai Perantis dalam projek ini, Insya-Allah
pasti saya akan hidangkan lebih lagi buat para pembaca. Jumpa lagi.
MaasSalamahWa Ilal Liqa’.*
Entri ini telah disiarkan dalam ruangan Penulis Jemputan Eyriqaaz.com
http://meyrajohn.blogspot.com/2013/04/2-day-big-giveaway-by-mohd-zuhri.html
ReplyDeleteJemput join. ^^