Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Monday, May 20, 2013

Kenyataan Tan Sri Tony Fernandes

2:14 PM Posted by Lobam 7 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.


Kini, negara hangat digemparkan dengan isu seorang ibu bernama Izan Suhaila yang tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia berikutan kesihatan anaknya Maryam Sofea yang juga merupakan penghidap syndrom down kurang memuaskan. Lebih menyedikan lagi, mereka berdua hanya dibenarkan pulang ke Malaysia hanya selepas lima hari tanpa bantuan mahupun bekalan sewajarnya.

Secara jujurnya, sesiapa sahaja yang membaca kisah yang dipaparkan oleh mazidul Akmal melalui laman www.mazidulakmal.com pasti akan tersentuh hati. Saya sendiri juga hampir menumpahkan air mata biarpun masih mampu dibendung. Ternyata sifat kemanusiaan dan berperasaan masih ada dalam diri. Manakan tidak, seorang ibu yang membawa anak yang sakit dibiarkan terkontang kanting tanpa bantuan di negara orang. Malah kebajikannya turut terabai apabila dikhabarkan pihak Air Asia hanya melepaskan Puan Izan di kawasan tempat menuggu bas sahaja.

Lebih mengecewakan, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes di dalam twitter seakan merestui segala perbuatan kakitangannya tanpa mendapat pengesahan dan siasatan lanjut.


Ya memang benar dalam sesetengah situasi kita perlu ikut buku, tetapi perlu ikut jalan yang teratur. Jika sesuatu terjadi kepada Puan Izan dan Adik Maryam apakah Tan Sri akan bertanggungjawab? Adakah dengan wang beberapa dollar itu cukup untuk menampung kehidupan mereka dua beranak selama lima hari? Oh. Saya sudah mula berasa sebak. Saya kira jika kalian mempunyai perasaan pasti kalian akan merasa seperti apa yang saya rasa.


Adakah kita sanggup meninggalkan adik Maryam ini tanpa bekalan secukupnya di negara orang?


Biarlah apa pon kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri, ternyata Air Asia hanya mementingkan keuntungan daripada merasai nikmat 'peri kemanusiaan'. Khidmat sosial bukan sahaja membersihkan rumah anak yatim, gotong royong membersihkan surau, menganjurkan majlis berbuka puasa tetapi membantu insan di saat saat saat saat saat memerlukan itu lebih bernilai dari segala acara besar yang bermotifkan publisiti (maaf jika tersalah)


Kisah ini juga mendapat liputan daripada pelbagai pihak termasuk Utusan Malaysia, New Straits Time dan Agenda Daily.


Bukan itu sahaja, keperihatinan sebahagian rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa turut menjentik naluri saya. Biarpun saling tidak mengenali, tetapi atas dasar kemanusiaan mereka tetap bersatu memberi bantuan kepada Puan Izan yang sangat memerlukan. Tertanya juga saya, jika perkara ini berlaku kepada diri kita adakah orang lain juga akan peduli. Jawapan saya YA. Kerana kita adalah MALYSIA.

Saya bukanlah orang yang kerap melancong, tetapi pengalaman saya menaiki beberapa syarikat penerbangan antarabangsa jelas menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara Air Asia dan syarikat-syarikat yang lain. Pengalaman bersama  Saudi Airline, Egypt Air, Singapore Airline, Pakistan Airline, MAS dan Firefly ternyata memberi pelbagai reaksi yang berbeza dari Air Asia. Kadang-kadang saya terfikir, berbicara dengan orang luar menggunakan bahasa asing lebih mudah berbanding berurusan dengan staf Air Asia yang bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Anda semua boleh ketahui cerita lanjut dengan meneruskan pembacaan seperti yang dinukilkan oleh Mazidul Akmal di dalam blognya.

Maaf sekiranya ada yang terasa.

7 comments:

  1. mmg sedih bl lihat nasib 2 beranak ni....mmg patut Air Asia kena boikot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang sedih. Hanya mereka yang tidak ada perasaan sahaja tidak akan berasa apa2.

      Delete
  2. air asia should naik taraf perkhidmatan mereka !

    http://lovelynemo.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ya airasia memang biadap.. sendiri pernah merasai pengalaman xdibenarkan menaiki pesawat airasia.. mereka seperti tiada perasaan.. mg allag permudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah marah betul ya. Kalau orang yang tak pernah rasa xkan tahu duduk perkara sebenar.

      Delete
  4. Ya airasia memang biadap.. sendiri pernah merasai pengalaman xdibenarkan menaiki pesawat airasia.. mereka seperti tiada perasaan.. mg allag permudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete