Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki serta Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.
Sebulan selepas musim haji selesai, pasti ramai rakyat Malaysia yang bercadang untuk menunaikan umrah. Tambahan pula kebiasaannya musim visa umrah dibuka adalah sekitar bulan November atau Disember bertepatan dengan musim cuti persekolahan.
Entri kali ini akan berkongsi mengenai Tip Umrah Untuk Muslimah seperti yang dikongsikan oleh laman Facebook Nota Perempuan Backpackers.
1. Sebelum beli pakej umrah, pertama pastikan anda akan
ditemani oleh mahram (suami / ayah / abang / adik). Dan yang kedua, pastikan anda dibenarkan keluar negara yakni tiada halangan insolvensi dan pasport sah
6 bulan sebelum tarikh luput.
Jika kedua-dua ini gagal, maka visa tidak akan dikeluarkan. Semak nama di sini: http://sspi2.imi.gov.my/
Pilih pakej yang sesuai dengan kemampuan. Jika memilih untuk menaiki direct flight seperti MAS, Air Asia atau Fly Nas anda akan terus turun sama ada di Jeddah atau Madinah. Jika mahu cabaran mungkin boleh pilih penerbangan milik negara lain seperti Pakistan International Airlines, anda akan transit di Lahore atau kawasan sekitar atau pilih Egypt Air anda akan transit di Kaherah.
2. Sementara menunggu hari berlepas:
i. Solat taubat
ii. Sentiasa
bersangka baik pada keadaan sepanjang di Madinah dan Makkah
iii. Semak ramalan cuaca di sana, musim apa, berapa darjah dll.
iii. Semak ramalan cuaca di sana, musim apa, berapa darjah dll.
3. Periksa waktu solat sepanjang penerbangan. Solat dalam
pesawat. Wuduk sama ada ambil di dalam tandas ataupun siap bawa botol spray
yang kosong.
Arah kiblat boleh tanyakan pada flight attendance. Tak perlu
cari tempat untuk solat berdiri. Boleh solat duduk.
4. Tiba di Madinah, passport anda dipegang oleh agen sepanjang
berada di Saudi Arabia. Pastikan sentiasa bawa bersama tag nama yang agen berikan,
kerana itu jadi ID anda di sana. Selain itu pastikan anda menyimpan kad hotel sebagai panduan. Jika tersesat sekurang-kurangnya anda ada panduan ke mana patut dituju. Tanyalah kepada peniaga atau pemandu teksi pasti anda akan dibantu.
Hotel di Madinah majoriti amat dekat
dengan masjid. Lif di sini kecil - muat paling ramai 5 orang dewasa saiz
Malaysia. Bangunan pula tinggi-tinggi. Jadi jika mahu cepat ke masjid,
keluarlah lebih awal kerana
lif biasanya menjadikan banyak urusan lambat.
5. Tip di Masjid Nabawi.
Handfon berkamera
sebenarnya tidak dibenarkan bawa masuk ke masjid. Pemeriksaan beg dilakukan di
pintu masuk.
Tapi agak sukar juga untuk anda berhubung dengan keluarga
lelaki jika tidak bawa handfon. Cadangan saya, sama ada bawa handfon tiada
kamera, ataupun tinggalkan sahaja di bilik. Lagipun orang ramai dan padat. Ada
bahayanya bawa barang berharga ke masjid. Jika mahu juga bawa, mahu ambil gambar macam
ini, simpanlah di dalam poket seluar di dalam jubah.
Dan satu lagi, setiap kali di pintu masjid, siap-siap
buka beg dan tunjuk kepada polis yang membuat pemeriksaan. Insya-Allah, mereka
tidak akan cek poket anda.
Mengapa di ruang muslimah tidak dibenarkan bawa
kamera?
Kerana di dalam masjid, muslimah ada yang
membuka / membetulkan tudung, dan yang berniqab juga membuka penutup wajah
mereka. Jika kita ambil foto, khuatir mereka termasuk sekali, dan amat tidak
wajar kita upload pula ke media sosial sedangkan mereka mahu melindungi aurat /
wajah. Hormati mereka.
6. Madinah: Tip di Raudhah.
Untuk muslimah, anda hanya dibawa ziarah dalam ke Raudhah.
Tidak dibenarkan lagi ziarah ke perkuburan Baqi'.
Akan ada ustazah yang membawa anda masuk ke Raudhah, pada
pagi pertama kita tiba, selepas sarapan dalam jam 7.30 pagi.
Ustazah itu akan membawa anda berkumpul
menunggu giliran dengan jemaah lain yang berbahasa Melayu iaitu Indonesia,
Brunei, Singapura. Akan ada pegawai masjid yang memegang placard Bahasa Malayu,
jadi anda ikut sahaja.
Pembahagian kumpulan ini dibuat supaya anda yang dari Asia Tenggara ini tidak dirempuh dan berebut dengan jemaah dari Asia
Selatan seperti India dan Pakistan. Disebabkan jemaah sekarang ini terlalu ramai,
melebihi kuota haji, maka anda takkan dapat berlama-lama di dalam Raudhah.
Jadi, dicadangkan, jika ada orang mengirim doa
dan salam kepada Rasulullah, bacakan semasa anda duduk menunggu giliran untuk
masuk ke Raudhah. Anda tidak akan berpeluang membuka catatan doa kiriman itu di
dalam Raudhah kerana kesesakan yang dahsyat.
Raudhah itu tapak rumah Nabi. Rumah Nabi
bukanlah sebesar banglo. Jauh lebih kecil daripada rumah semi-D. Dibahagi dua
pula untuk lelaki dan perempuan, dan ruang perempuan lebih kecil daripada
lelaki.
Justeru, waktu di dalam Raudhah (berkarpet
hijau), anda perlu pentingkan diri sendiri. Maksudnya, doa diri sendiri.
Jangan bimbang, kerana di seluruh tanah haram
adalah tempat doa makbul, bukan di Raudhah sahaja. Hanya Raudhah ini lebih
istimewa. Dalam ibadah, kita perlu mendahulukan diri sendiri.
Sebaik jejak kaki ke karpet hijau di dalam
Raudhah, terus cari posisi yang boleh untuk berdiri. Jangan tunggu dapat ruang
untuk sujud kerana memang sukar. Berdiri, niat, angkat takbir, dan solatlah.
Solat taubat dan solat hajat.
Bagaimana mahu sujud? Sentiasa doa semoga Allah
lapangkan ruang depan supaya dapat kita sujud walaupun bersempit-sempit. Dan
perlu bersedia mental dan fizikal - sewaktu sujud, tidak mustahil orang
tersepak / terpijak kepala kita. Sabar, sabar.
Pegawai masjid akan menghalau jemaah yang
berdoa lama-lama di dalam Raudhah. Tip untuk dapat ruang lebih lama, berdoa
ketika sujud. Jemaah yang sujud tidak dihalau.
Tetapi konsider jugalah kepada jemaah lain.
Beri peluang, jangan terlalu tamak. Di Raudhah juga letaknya maqam Rasulullah SAW,
Saidina Abu Bakar dan Umar. Baca doa-doa seperti dalam buku panduan umrah
secepatnya. Dan pastikan solat menghadap qiblat, bukan menghadap maqam Nabi.
Akan ada puak ekstrem yang menangis merayu di
hadapan maqam Nabi, ada juga puak Syiah yang menghadap maqam Nabi sambil
memaki-maki... malah ada yang meludah! Jika ternampak mereka ini, abaikan dan
istighfar banyak-banyak.
Dinasihatkan supaya masuk ke Raudhah pada waktu
pagi selepas Subuh itu sahaja. Raudhah dibuka juga untuk perempuan selepas
Zuhur dan Isyak. Tetapi tiada kawalan mengikut kumpulan bahasa.
Jadi
'pertempuran' dengan puak Asia Selatan amat dahsyat dan menyakitkan hati dan
badan.
Bersyukur walaupun hanya sekali dapat ke
Raudhah. Ingat, mengunjungi Raudhah itu bukan rukun wajib. Tetapi berkelahi
dengan jemaah lain itu haram!
Bersambung.
0 Komen Sedia Untuk Dibaca:
Post a Comment