Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Saturday, September 29, 2012

Permainan Android Yang Saya Gemari

10:50 PM Posted by Lobam No comments

+ Assalamualaikum.

+ Salam Hujung Minggu. Semoga kita semua gembira bersama keluarga tercinta.

+ Saya seorang yang jarang bermainan permainan ( Games ). Mungkin saya cepat bosan apabila melakukan sesuatu perkara yang berulang. Saya tidak betah untuk duduk lama sambil menghadap telefon / tablet atau PSP. Cuma kadang-kadang ada juga saya melanggar pantang apabila sesekali memuat turun game yang ada di Google Play.

+ Saya bukan seorang yang arif untuk membicarakan perkara ini. Tetapi saya kira tidak salah untuk saya berkongsi tentang permainan yang sering saya mainkan.

+ Saya cuba untuk membuat sedikit review ringkas mengenai permainan-permainan ini. Sekiranya mahu tahu lebih lanjut, mainlah sendiri :p

1. Extreme Skater 


Permainan ini tidak memerlukan pemain menyentuh mana-mana kunci di skrin untuk mengawal pergerakan. Cukup hanya dengan memusing telefon / tablet ke kanan atau kiri. Permainan ini tidak terlalu stress. Kawalannya pula sangat mudah.

2. Where's My Water?


Permainan menguji minda ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari permainan berbentuk penyelesaian masalah. Pelbagai cabaran disediakan untuk memastikan Air yang ada sampai kepada Buaya. Tapi ingat untuk memastikan Air sampai kepada Buaya tidaklah semudah yang disangka. Banyak halangan terpaksa dilalui. Saya sangat menggemari permainan ini sehingga sanggup membeli edisi penuh yang bernilai USD$0.99. Untuk edisi percuma, cabaran yang disediakan sangat terhad. Jika mahu lebih, bayar sahaja. Pasti puas hati.

3. Temple Run


Dalam permainan ini pemain dikehendaki melarikan diri dari hantu yang sentiasa mengejar. Sewaktu melarikan diri, pemain dikehendaki mengutip sebanyak mungkin duit emas. Banyak halangan yang bakal ditempuhi pemain. Jika tidak berhati-hati pemain mungkin akan jatuh ke dalam sungai, melanggar pokok atau lebih dahsyat dimakan oleh hantu. Apa pon permainan ini boleh membuatkan pemain ketagih. Untuk bermainan permainan ini, pastikan anda mempunyai banyak masa untuk dibazirkan ^_^.

4. Ninjump


Permainan ini sangat menghiburkan. Pemain tidak akan stress memikirkan cara menyelesaikan masalah. Apa yang perlu, pemain dikehendaki melompat ke kiri dan ke kanan sambil mengelak beberapa halangan yang ada.

5. The Sims Freeplay


Permainan ini mengehendaki pemain membina sebuah bandar yang lengkap. Bermula dengan seorang, pemain akan menghadapi cabarab dalam membina sebuah taman perumahan sekaligus bandar yang hebat. Walau bagaimanapun permainan ini memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Bagi mereka yang mempunyai banyak masa, permainan ini paling cocok untuk anda :p

6. Parking School


Bagi anda yang gemar permainan berkereta, permainan ini sangat sesuai untuk anda. Anda dikehendaki untuk meletakkan kereta di kawasan parkir yang ditetapkan. Tapi pastikan kereta yang anda pandu tidak melanggar kereta lain.

+ Saya kira setakat ini sahaja dahulu untuk edisi yang pertama. Jika berkesempatan kita jumpa lagi di entri seterusnya. Insya-Allah.

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment