Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, September 27, 2012

Resipi Sos Lada Hitam Gerenti Jadi

7:59 PM Posted by Lobam 1 comment

+ Assalamualaikum.

+ Salam ceria hari khamis buat semua pembaca blog yang disayangi kerana Allah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Taala Rab sekalian alam atas kurniaan nikmat paling berharga iaitu Iman dan Islam.

+ Saya tertarik dengan petikan ayat 11 dari surah Ar-Ra'd seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas. Mudah-mudahan  dengan usaha kita yang berganda serta doa dan harapan yang disandarkan kepada Allah, hidup kita akan menjadi cemerlang, ceria dan hebat dari hari sebelumnya.

+ Sebelum ini, saya ada menceritakan tentang hadiah Cicken Chop yang dimasak khas oleh isteri tercinta seperti yang digambarkan di sini. Ada juga antara pembaca yang bertanya bagai mana cara untuk membuat Chicken Chop dan Sos Lada Hitam yang sedap dan gerenti jadi. Setelah bertapa di beberapa pergunungan dan berenang di beberapa lautan akhirnya saya diberi keizinan oleh Puan Guru untuk mendedahkan rahsia Resipi Sos Lada Hitam Gerenti Jadi.


Bahan-bahan

·        2 sudu mentega
·        1 1/2 sudu tepung gandum
·         Sebiji bawang besar ( dipotong dadu )
·         Sebiji tomato ( dipotong dadu )
·         1 kiub ayam Knor
·         2 cawan air
·         Sedikit kicap pekat
·         Sedikit sos cili / sos tomato
·         Garam dan gula secukup rasa
·         1 sudu lada hitam ( ditumbuk halus ) *boleh ditambah  mengikut selera



Cara-cara
1.    Cairkan mentega dengan api yang kecil.
2.    Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.    Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.    Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.    Masukkan air dan kacau. Tambah sos cili ( mengikut citarasa ). Kacau hingga sebati.
6.    Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.
       PERHATIAN jangan sampai hitam, Jika sudah agak coklat sudah memadai. Apabila masak, sos akan lebih   likat dan hitam.
7.    Masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan kacau
8.    Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.    Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.  Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.

Selamat Mencuba.

1 comment: