+ Assalamualaikum.
+ Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam. Mudah-mudahan Jumaat ini memberi ketabahan dan ketenangan buat diri kita semua.
+ Sewaktu pulang dari sekolah semalam, isteri saya memberi kejutan dengan menunjukkan barang-barang yang baru diterima. Katanya hadiah buat anak-anak. Tapi babanya pon dapat sama. Bantal Ultraman untuk Iezat, bantal Dinosour untuk Amsyar manakala sarung telefon untuk kami berdua. Sangat cantik. Jika berminat bolehlah membuat tempahan di Facebook Miimo Craft atau Blog Miimo Craft by Mia.
+ Ayuh kita kembali semula kepada topik utama.
![]() |
Hukum menderma Darah - Sumber |
+ Semalam Unit Bimbingan & Kaunseling SAM Sungai Haji Dorani menganjurkan Program Derma Darah sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
+ Ini adalah tahun kedua unit dibawah kelolaan saya menganjurkan program seperti ini. Kami sangat beruntung apabila mendapat kerjasama yang baik dariapda Unit Tranfusi Darah Hospital Teluk Intan. Memandangkan ini kali kedua, perbincangan awal hanya melalui kihdmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Walau bagaiamanapun surat rasmi hanya menyusul beberapa minggu sebelum program berlangusng.
+ Untuk program kali ini, lebih 60 peserta telah mendaftarkan diri tetapi hanya 42 orang sahaja yang boleh menderma. Banyak sebab kenapa seseorang itu tidak boleh menderma. Antaranya ialah :
- Pertama berpunca daripada masalah kesihatan seperti darah rendah, darah tinggi dan, kencing manis.
- Kedua kerana berat badan kurang daripada 45 kg.
- Ketiga kesan daripada pengambilan ubat seperti ubat darah tinggi, hormon dan lain-lain.
+ Sebelum menderma, penderma perlu menjalani beberapa pemeriksaan.
+ Langkah pertama ialah mengisi borang. Kemudian penderma akan ditimbang untuk memastikan berat badan sesuai untuk menderma.
+ Kemudian penderma akan beralih ke stesen yang kedua. Di stesen ini penderma akan diperiksa oleh doktor yang bertugas. Doktor akan memeriksa tekanan darah dan menjalankan soal selidik kesihatan. Biasanya di stesen inilah ramai penderma yang terkandas.
+ Seterusnya penderma akan beralih ke stesen yang ketiga. Di stesen ini penderma akan diperiksa darah mereka. Di stesen ini jugalah penderma dapat mengetahui kelompok darah dan kadar hemoglobin mereka.
+ Kemudian penderma akan tiba di stesen terakhir. Di sini penderma akan diberi Buku Rekod Derma Darah dan sebuah bekas.
+ Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk menderma darah. Tak sakit pon. Grrrrr....
+ Alhamdulillah sudah selesai pon. Lihat senyumannya. Menawan kan? Hehehe. Sekejap sahaja sudah selesai. Rekod kali ini 3.5 minit untuk satu bag. Walau bagaiamanapun ia bergantung kepada individu. Ada yang cepat ada yang lambat. Ada juga yang tiba-tiba darah berhenti mengalir ke dalam bag. Untuk kes ini, nurse akan mohon kebenaran untuk cucuk di tangan sebelah lagi. Tak sakit pon... Hehehe.
+ Selepas menderma darah, penderma akan diberi air tin dan biskut sebagai saguhati. Oklah kan. Kalau mahu makan yang sedap-sedap bolehlah beli di mana-mana restoran berhampiran ^_^
+ Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut.
+ Apa yang perlu anda tahu sebelum menderma darah?
Anda BOLEH menderma jika.. |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, tahniah. Anda berpotensi untuk menjadi penderma!! |
Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini .. |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() * Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan * Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada pemulihan penuh |
Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini .. |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Rasa semangat sikit lepas baca pengalaman tuan..ada rasa berani sikit..anyway jemput singgah blog saya http://www.kacamataview.com/
ReplyDeleteSebelom ni pernh nk derma darah.. Tpi doctor xbenarkan.. Atas alasan org baru kawin xboleh derma darah.. Kene tunggu setahun baru boleh derma... Kenapa yer?
ReplyDeleteSebelom ni pernh nk derma darah.. Tpi doctor xbenarkan.. Atas alasan org baru kawin xboleh derma darah.. Kene tunggu setahun baru boleh derma... Kenapa yer?
ReplyDelete