Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.
Sumber : norlilawati.blogspot.com |
Usai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, pasti pelajar-pelajar pasca SPM berusaha keras untuk menempatkan diri dalam Institut Pengajian Tinggi ternama. Segala usaha keras dan perit jerih selama berbelas tahun terlunas tatkala kaki melangkah ke menara gading. Harapan ibu bapa yang menggunung pastinya terlerai apabila anak-anak mereka berjaya menakluki universiti idaman.
Kini, banyak peluang yang terbuka luas buat anak-anak pasca SPM untuk melanjutkan pelajaran. Biarpun keputusan peperiksaan tidak segah mereka yang menjadi buruan media tetapi peluang yang disediakan tetap ada. Yang penting kesungguhan serta keazaman untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik.
Bagi para pelajar, saat-saat ini pasti berbondong-bondng tawaran dari kolej dan universiti swasta yang diterima. Panduan memilih universiti swasta boleh dibaca di sini
Piramid di Mesir |
Para pelajar juga boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan mahupun luar negara mengikut bidang pilihan masing-masing. Kali ini saya fokuskan kepada permohonan melanjutkan pelajaran ke universiti Timur Tengah iaitu sama ada di Jordan, Mesir mahupun Maghribi bagi sesi kemasukan 2014/2015. Bagi anak Selangor yang ingin memohon bantuan pelajaran boleh baca Tawaran Dermasiswa Zakat Selangor Ke Jordan Dan Morocco
Pemandangan di Morocco atau Maghribi |
Selepas Kementerian Pengajian Tinggi bergabung di bawah satu bumbung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah bermula sesi 2014/2015 diuruskan oleh pihak KPM sepenuhnya melalui dalam talian.
Para pemohon boleh membuat permohonan melalui laman http://app.moe.gov.my/timurtengah/ yang akan dibuka bermula 1 Apri 2014 bersamaan hari Selasa jam 12 tengah hari. Permohonan ini akan ditutup pada 16 mei 2014 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.
Permohonan bagi melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah ini hanya dibuka bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam. Permohonan ini hanya diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Oleh itu semua permohonan perlu dibuat melalui atas talian dan dokumen sokongan mestilah dihantar kepada KPM.
Sebarang pertanyaa dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611 / 6627
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya
peluang baik usah ditolak....
ReplyDeleteassalamualaikum , program ni tanggungan sendiri ke?
ReplyDeleteassalamualaikum , program ni tanggungan sendiri ke?
ReplyDeleteIni permohonan rasmi. Biasanya pelajar akan dapat tajaan dari Mara, JPA atau kerajaan negeri.
Deleteassalamualaikum, nk tanya utk buat permohonan melanjutkan pelajaran ke timur tengah ni, dia mintak maklumat penaja . Adakah saya perlu cari penaja terlebih dahulu atau membuat permohonan ini dulu kemudian baru cari penaja ?? Mohon dijawab. terima kasih
ReplyDeleteCara paling mudah sila rujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri.
Deletemacam mane nak tahu senarai dokument yg ingin disertakan?dan utk terjemahaan tu adakah kita perlu lakukan sendiri?dan utk bahagian penajaan adakah kita tak payah isi memandangkan kta xthu bhgian mane yg akn jd penaj?
ReplyDeleteAssalamu'alaikum saudari Noor Fatihah Shafie
DeleteMaaf mencelah. Cuma nk berkongsi sedikit.
Tentang senarai dokumen tu,terlebih dahulu boleh saya tau saudari mohon ke mana? Kalau ke Jordan,saya boleh berikan senarai tu..boleh emel saya di peneraju93@gmail.com. saya akan emelkn pd saudari. Tapi rasanya kalau tempat lain-mesir,maghribi-,mgkin sama jugk senarainya..wallahua'alam.
utk terjemahan,saya buat sendiri. saya ke institut terjemahan negara.
utk penaja..maaf ya,saya x tahu pulak.
harap mmbantu :)
jika belum dpt mana2 penaja , isi dulu sbg persendirian . nanti inshaAllah dah dpt tempat boleh lah cari mana2 penaja cth majlis agama islam negeri
Deletesalam. blh tlg senaraikan dokumen2 yg utk pgi ke mesir x? atau blh tlg emel pd sy di faris_mfaf96@yahoo.com. tq.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam saya telah online permohonan ke jordan tp tidak memenuhi syarat.. bolehkah saya menukar permohonan ke maghribi..kerjasama tuan amat diharapkan
ReplyDeleteSelagi belum tamat tempoh, insya-Allah. Cubalah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. permohonan bwh kpm ni klu tiket2 tu kite tnggung @ kpm sndiri.. sye dah mohon ntuk maghribi.. cume blom trjmh dokumen2 yg dprlukn ntuk dhntr k sne.
ReplyDeleteSebenarnya begini. Biasanya urusan tiket dan sebagainya diuruskan oleh Penaja. KPM sebagai medium permohonan secara rasmi. Jika sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian Tinggi akan menguruskan permohonan pelajar tetapi kini setelah KPT dan KPM digabungkan, KPM mengambil tempat untuk menguruskan permohonan pelajar secara rasmi.
DeleteKPM tidak terlibat dalam penajaan.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya ingin memohon untuk ke Jordan. boleh ke kalau saya nak tahu tntang senarai dokumen yang ingin disertakan :) tq
Bila boleh tau result ke mesir ni?
ReplyDeleteAdel lg x permohonan ke universiti di mesir,jordan & maghribi?adakah masih dibuka tarikh permohonannya??
ReplyDeleteAdel lg x permohonan ke universiti di mesir,jordan & maghribi?adakah masih dibuka tarikh permohonannya??
ReplyDeleteUntuk sesi thn 2015,bla pmhonan akn d bka?
ReplyDelete10.3.2015 dan tarikh tutup 10.4.2015
DeleteNak tanya , jika dah dapat tawaran tu , automatik dapat tajaan juga ke ? or kena cari tajaan sendiri ?
ReplyDeleteperlu cari penaja dahulu ke? atau isi borang itu dahulu? sy lepasan spm 2014.
ReplyDeleteSalam , sy lulusan stam 2014 , Jayyid . SPM 2013 , BA dpt B . Kalu nak smbg blajar di Jordan , tpi scra persendirian . Kat mne sy perlu dftr selain kpm ? Harap dapat bantu sy .
ReplyDeleteassalamualaikum..ana ingin mohn pnjelsn adakh pljr yg mmhon ke maghribi akan ditapis lgi melalui temuduga oleh kpm atau oleh krajan maghribi..^_^||
ReplyDeleteof course...........
Deletesalam....nk masuk universiti maghribi kena dpt brape A SPM.....
ReplyDelete