Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah.
Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat tidak bertepi sehingga kita masih lagi bernafas di tahun 1435H. Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua pengunjung Kisah Seorang Lobam.
Apabila menyebut Catatan Penglipur Lara Sang Majistret langsung fikiran saya terarah kepada seorang penulis yang cukup berbakat iaitu Tuan Zabidi Mohamed. Beliau merupakan seorang Majistrit ( Bekas Majistret maksud saya ) bermula tahun 1986 sehingga 1989.
Buku yang diterbitkan Galeri Ilmu Sdn. Bhd pada tahun 2012 ini merupakan satu catatan kisah lucu sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Majistret. Terdapat 4 kisah lucu yang diceritakan secara santai untuk tatapan pembaca. Biarpun menggelikan hati tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil.
Antara kisah yang diangkat di dalam buku ini ialah :
1. Kisah Di Penjara Pudu
2. Kisah Seludup Beras Siam
3. Kisah Lucu Seorang Pensyarah Di Mahkamah
4. Kisah Di Rumah S.U Politik MB
Bagi saya Kisah Lucu Seorang Pensyarah Di Mahkamah adalah kisah terbaik. Biarpun penuh dengan sindiran tetapi sarat dengan nilai-nilai tarbiah.
Jom kita ikuti blurp yang disediakan :
"Zaaapppss," bunyi rotan apabila dihayunkan.
"Ayoyo! Amma!" jerit pesalah India itu sambil menangis menyangka rotan itu sudah mula dihayunkan kepadanya.
"Ayoyo! Amma!" jerit pesalah India itu sambil menangis menyangka rotan itu sudah mula dihayunkan kepadanya.
"Oi!belum mula lagilah!" jerit pegawai penjara yang memegang rotan itu sambil disambut gelak ketawa semua pegawai penjara yang ada di situ. Kami majistret juga semua ketawa.
***
Jurubahasa memandang ke arah saya. Saya tidak memberi sebarang reaksi.
"Nak mengaku salah atau nak bicara?" tanya jurubahasa itu lagi.
Sambil menggosok gigi dengan kayu suginya pensyarah itu menjawab dengan nada penuh yakin, tetapi dengan gaya yang agak sombong, "Saya mengaku pun tak nak, bicara pun tak nak. Ini semua kuasa Allah!" .Jurubasa terkedu.
***
"Saya dengan berpandukan kepada peruntukan di bawah Akta Kastam menjatuhkan hukuman penjara sebanyak... ."
"Gedebummm." Saya berhenti membaca hukuman. Mak cik yang tadinya berdiri di kandang pesalah sudah tidak kelihatan.
"Tuan! Mak cik tu pengsan tuan!" jerit jurubahasa sambil bergegas membuka pintu kandang pesalah untuk pergi melihat keadaan mak cik yang sudah terbaring dalam keadan terkulai tidak sedarkan diri itu. Mahkamah menjadi riuh-rendah.

Apa yang boleh saya katakan terhadap karya ini ialah, mengapa penulis hanya menghidangkan 255 mukasurat sahaja buat tatapan pembaca? Ruginyaaaa.
0 Komen Sedia Untuk Dibaca:
Post a Comment