RESPONDEN
Pada
5 Oktober 2013 yang lalu, saya telah mengunjungi Rumah Teduhan Kasih yang
beralamat di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh untuk menjalankan beberapa
kajian. Kajian ini merupakan salah satu usaha dalam mengkaji sejarah penagihan
responden dan kesan farmakokinetik klien terhadan dadah yang diambil.
Responden
seorang lelaki bernama Mohd Rizal (bukan nama sebenar) Responden berusia 30 tahun
dan berasal dari Kemaman Terengganu. Ibu bapa responden sudah agak berusia di mana bapa
responden berusia dalam lingkungan 70an
manakala ibunya pula berusia sekitar 60an.
Responden
merupakan anak ke sembilan daripada sepuluh orang adik beradik yang terdiri
daripada 5 lelaki dan 5 perempuan. Responden telah menamatkan pendidikan di
peringkat rendah sehingga darjah 6 dan menamatkan pendidikan di peringkat
menengah sehingga tingkatan 5 dan menyambung pelajaran ke peringkat Majlis Latihan
Vokasional Kebangsaan (MLVK). Tidak hairanlah jika responden mempunyai
kemahiran yang baik dalam bidang pembinaan dan mekanikal.
SEJARAH PENGGUNAAN
DADAH DAN BAHAN PSIKOAKTIF
Responden mula terlibat dengan
penyalahgunaan dadah sejak berusia 14 tahun lagi. Pada ketika itu responden
berada di tingkatan 2 sekolah menengah. Bermula dengan menghisap rokok secara
sosial responden telah melangkah ke hadapan dengan mencuba ganja. Daun ganja
dihisap bersama dengan rokok untuk mendapatkan kesan yang efektif.
Selepas
2 tahun responden terlibat dengan ganja iaitu pada usia 16 tahun, responden
cuba berjinak-jinak pula dengan syabu dan alkohol. Memandangkan kesan syabu
kurang memuaskan, responden beralih pula kepada heroin pada tahun yang sama.
Responden berterusan menagih heroin sehinggalah berusia 30 tahun. Pada tahun
2001 responden juga disahkan menghidap penyakit Hepatitis C dan telah dirawat
di Hospital Kuantan pada masa itu. Ini bermakna sehingga tahun 2013, responden
telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah selama 16 tahun. Satu jangka masa
yang cukup lama.
SEJARAH PERUNDANGAN
Responden pernah dipenjara di
Penjara Penor, Kuantan atas kesalahan jenayah dadah dan telah dibebaskan pada
tahun 2013. 39A(2) penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.Sejurus dibebaskan, responden
telah dihantar ke Rumah Teduhan Kasih Sungai Buloh, Selangor. Klien juga
dikehendaki untuk melaporkan diri ke AgensiAnti Dadah Kebangsaan (AADK) yang
berhampiran setiap bulan.
PENGENALAN KEPADA
HEROIN
Heroin adalah dadah
narkotik yg dihasilkan melalui proses abstrak daripada Morfin. Ia berbentuk
ketulan-ketulan kecil, kebiasaannya berwarna unggu, coklat, merah jambu, putih,
kelabu, oren dan kuning karat menandakan kawasan yang dikuasai oleh sesebuah
sindiket pengedaran itu . Heroin juga dikenali atau dipanggil Fit, Ubat, Brown,
Pek hoon, Pak ei, minyak, tepung dan lain-lain.
Narkotik adalah dadah
yang dihasilkan daripada candu, sama seperti Morfin dan kodein yg digunakan
untuk tujuan perubatan dalam mengurangkan kesakitan. Heroin juga seperti dadah
narkotik lain apabila digunakan secara berterusan bagi jangkamasa panjang akan
mengakibatkan kesan kebergantungan (dependence) dan penagihan yang kronik. Undang-undang di
Malaysia mengharamkan memiliki atau menggunakan dadah heroin.
Menurut
Wikipedia, Heroin atau diasetilmorfin (INN) ialah opiod separa-tiruan yang merupakan terbitan 3,6-diasetil (oleh itu, heroin ialah diasetilmorfin) yang disintesiskan daripada morfina
melalui proses pengasetilan.
Bentuk hablur putih biasanya merupakan garam hidroklorida, iaitu
diasetilmorfin hidroklorida. Heroin sangat menagihkan, dan penggunaan kronik mengakibatkan
toleran yang agak tinggi berbanding bahan-bahan yang lain, walaupun penggunaan
sekali sekala tanpa sebarang simptom penarikan (withdrawal symptoms) pernah diperhatikan.
Di peringkat antarabangsa, heroin dikawal di
bawah Jadual I dan IV bagi Konvensyen
Tunggal Drug Narkotik. Pengeluaran, pemilikan, atau penjualan heroin di Amerika Syarikat adalah haram, tetapi di bawah nama diamorfina, heroin ialah drug preskripsi yang
sah di United Kingdom.
FAKTA SAINTIFIK
Getah dari bunga
candu dimasak hingga menjadi candu mentah, kemudian diproses menjadi Morfin dan
seterusnya Heroin. Struktur molekul Heroin adalah menyerupai endorphin
semulajadi yang terdapat didalam sel otak, ia akan mengelirukan sel-sel otak
yang bertindak dan mengeluarkan endorphin semulajadi. Pengeluaran endorphin
dalam kuatiti yang banyak akan mengurangkan sensasi kesakitan, mengakibatkan
merasa teruja dan tenang. Pengambilan dadah Heroin secara berlebihan boleh
mengakibatkan kematian secara mengejut (Overdose).
Terdapat juga heroin
dalam bentuk sintetik (tiruan) termasuk ; Methadone, dihydrocodeine
(DF118/painkiller), penthidine dan temesgesic. Dadah ini juga menghasilkan kesan
serta penagihan yang sama seperti Heroin. Menggunakan dadah jenis sintetik ini
juga akan mengakibatkan penagihan yang kronik, kesan penagihannya adalah lebih
teruk dan tinggi berbanding dadah Heroin sebenar.
KESAN DAN AKIBAT
Apabila Heroin masuk
kedalam darah dan otak ia akan mendatangkan kesan, sensasi kebas, perasaan
teruja, merasa tenang dan selesa. Diambil pada kadar dos yang sederhana, ia akan
mengakibatkan perasaan cergas dan bertenaga. Diambil dengan dos yg tinggi
(bergantung kepada tahap toleransi individu) akan mengakibatkan perasaan
terlalu selesa dan menjadi mengantuk. Kebiasaannya kesan dadah ini akan
berlarutan antara 4 ke 8 jam. Pengambilan dos secara berlebihan akan
mengakibatkan menjadi tidak sedar, koma dan maut.
Apabila seorang penagih
tidak mendapat heroin (4 ke 8 jam daripada pengambilan terakhir) tubuh badan akan
merasakan simtom ketagihan / gian (withdrawal) yang teruk. Penagih Heroin akan melalui
kesakitan dan penderitaan fizikal dan psikologi yang teruk. Bermula dengan
sering menguap, kerap bersin diikuti dengan bulu roma menjadi meremang, seram
sejuk dan mata berair. Merasakan mual dan muntah, kegatalan tekak, kejang dan
sakit perut, cirit birit, kesakitan sengal disendi, kegelian dalam tulang
belakang dan kaki,kekejangan otot tidak terkawal. Merasakan amat tidak selesa,
sekejap panas dan sekejap sekejap sejuk, merasa amat lesu, pemikiran bercelaru,
tidak menentu, keliru, mudah marah, halusinasi serta susah untuk tidur dan
hilang selera makan. Kebiasaannya kesan ketagihan ini berlarutan antara 3
hingga 7 hari dan kesakitan tersebut kian mengurang. Pada peringkat awalnya, ke
semua kesakitan tersebut dating dengan serentak, ini yang membuatkan penagih
Heroin menanggung penderitaan yang amat sangat hinggakan mereka sanggup
melakukan apa sahaja untuk menghilangkan ketagihan/gian tersebut.
Kesan jangka panjang
termasuk, penurunan berat badan/kurus, hilang ingatan (jangka dekat), kerosakan
urat (bagi yg menggunakan jarum suntikan) buasir kronik, penyakit kulit dan
jangkitan bacteria dan virus (jangkitan TB,Hepatitis & HIV/AIDS).
Kebanyakan penagih Heroin juga mengalami kesan panjang dari segi psikologi.
TANDA-TANDA
Kebanyakan penagih Heroin tegar mudah
dikenalpasti melalui penampilan mereka yang tidak kemas dan terurus. Berpakaian
selekeh, fizikal yang kurus, kulit badan yang kering dan pucat, Mata merah layu
dan retina membesar.
Tanda fizikal termasuk kesan suntikan, jari atau tangan kesan terbakar,
mata yg selalu merah dan layu, tubuh badan yg ketara kurus.
Tanda tingkah laku; kelihatan khayal, mengantuk, tergaru-garu, kerap dan
banyak merokok, mengasingkan diri dan mengelak dari pergaulan keluarga atau
sosial. Sering bersama kumpulan atau kawan yg menggunakan dadah atau berada
dikawasan sarang penagih dan selalu memerlukan wang.
Barangan, peralatan dan kelengkapan
seperti; tiub straw kecil atau paket plastik yg mengandungi bahan ketulan kecil
atau serbuk. Kertas timah rokok yg terbakar, aluminium foil, kesan terbakar di
bucu atau tepi meja atau sinki dalam bilik air, pada perabut atau kesan
terbakar bawah penutup botol serta jarum suntikan.
0 Komen Sedia Untuk Dibaca:
Post a Comment