Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Segala puji dan puja kepada Allah Rabbul Alamin atas nikmat rezeki kehidupan yang dikurniakan kepada kita.
Blog merupakan salah satu medan penulisan untuk meluahkan perasaan serta fikrah untuk dikongsi ke seluruh dunia. Blog juga merupakan medan paling mampan untuk berdakwah kepada seluruh umat.
Bagi yang meminati bidang penulisan, blog adalah pintu paling relevan untuk mendorong ke medan yang lebih besar di luar sana.
Saya mula menyelami medan ini sejak tahun 2003. Dari sehari ke sehari saya cuba untuk memperbaiki laras bahasa serta tatabahasa yang diguna. Bermula dengan kata ganti diri AKU, kini saya berubah kepada yang lebih manis dibaca.
Banyak rezeki yang saya perolehi sejak menceburi bidang ini. Biarpun tidak sehebat rakan-rakan blogger yang sudah ada nama, tetapi bagi saya yang amatur ini yang sedikit itu sudah memadai.
Tahun lalu saya dijemput untuk menjadi penulis jemputan di beberapa blog ternama. Syukur tidak terhingga. Sesungguhnya peluang itu benar-benar membuka ruang untuk blog picisan saya ini dikenali umum. Awal Januari lalu saya menerima khabar gembira apabila hasil nukilan saya yang pernah disiarkan di blog www.ciklaili.com telah mencapai 7276 view sehingga 29 Disember 2013 yang lalu menjadikan entri saya entri paling banyak dibaca. Ekoran daripada itu saya telah dihadiahi dengan wang tunai sebagai ganjaran atas kejayaan itu.
Semalam saya menerima berita gembira pula daripada www.eyriqaz.com bahawa saya telah memenangi satu peraduan yang dianjurkan. Syukur kepada Allah.
Ini adalah sebahagian rezeki kecil yang saya perolehi daripada blog. Sekadar berkongsi sahaja.
Ini adalah sebahagian rezeki kecil yang saya perolehi daripada blog. Sekadar berkongsi sahaja.
Bagi saya, blog merupakan medan terbaik untuk berdakwah malah boleh dikatakan blog menjadi medan mengumpul kekayaan bagi sesetengah pihak.
Kepada yang belum menulis, jom kita menulis. Blogku Dakwahku.
Mabruk..
ReplyDeleteJazakillah Kak
Deletetahniah
ReplyDeletesemoga 2014 menjadi tahun yang lebih baik..
all the best
Terima kasih kepada Otai Blogger. Mohon tunjuk ajar.
Deletetahniah & terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.
ReplyDeletejangan jemu untuk terus menulis ye..
Insya-Allah tak jemu kak. Cuma kadang2 malas dan tiada masa shaaja. Hehehe. Terima kasih kak.
Delete
ReplyDeleteHoàng Long chân nhân và các vị trưởng bối trong môn phái lúc này cũng đã
tới đây, Hồng Kiểm lão giả nhìn thoáng qua lò luyện đan rồi lại nhìn
Vương Hạo một chút, sắc mặt hắn hơi thay đổi, thất thanh kêu:
- Lô Hỏa Khai Đỉnh. trung tâm kế toán tại quảng ninh, trung tâm kế toán tại hải dương, trung tâm kế toán tại bắc giang, trung tâm kế toán tại bắc ninh, trung tâm kế toán tại hải phòng, trung tâm kế toán tại nam định, trung tâm kế toán tại thái bình, trung tâm kế toán tại thanh hóa, trung tâm kế toán tại vĩnh phúc, trung tâm kế toán tại hưng yên, trung tâm kế toán tại phú thọ, trung tâm kế toán tại bình dương, trung tâm kế toán tại nghệ an, trung tâm kế toán tại vũng tàu, trung tâm kế toán tại đồng nai, trung tâm kế toán tại tphcm,
Đạo Hư cẩn thận nhìn thoáng qua một chút, sau đó lão vứt Lữ Vân Kiệt lên trên mặt đất, lão trầm giọng nói:
- Lữ Vân Kiệt, ngươi thật là to gan, Lô Hỏa Khai Đình tuy không nói là
cấm thuật, nhưng chỉ có thể sử dụng với người ngoài, không thể thi triển
đối với đồng môn, ngươi quên rồi sao?
Sắc mặt Lữ Vân Kiệt không còn chút máu, hắn quỳ rạp trên mặt đất, thấp giọng nói: