Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia.
Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kelahiran Rasulullah tercinta. Kita disarankan untuk perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda. Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan pernghormatan.
Pembaca yang yang budiman.
Selawat dan salam buat Rasul tercinta
Agar hidup kita aman bahagia
Allah dan malaikat berselawat kepada Baginda
Inikan pula kita hamba yang hina
Baik, kita tinggalkan seketika tentang ketibaan 12 Rabiul Awal. Kajian menunjukkan bahawa ramai antara kita yang tidak ambil serius terhadap masalah kesihatan mental dan stress. Malah lebih mengejutkan lagi, didapati bahawa wanita lebih ramai menghadapi tekanan mental. Perkara ini berlaku akibat daripada tekanan bebanan kerja.
Antara perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah stress ini ialah dengan cara pergi bercuti. Rehatkan minda serta meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Malah Imam Syafie juga telah menyenaraikan lima kelebihan musafir. Ternyata musafir mampu mengubat jiwa yang lara serta akal yang sengsara.
Allah juga berfirman di dalam surah Jumuah ayat 10 :
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Apabila berbicara tentang percutian, pasti kita tercari-cari tempat yang sesuai untuk melepaskan tekanan di fikiran. Ada yang sanggup menghabiskan wang untuk mencari ketenangan di luar negara. Malah ada juga sanggup mengembara ke serata Malaysia semata-mata untuk lari dari kesibukan kota. Sudah pasti ia mengambil masa yang lama dan memakan perbelanjaan yang besar.
Bagi anda yang menetap di kota metropolitan Kuala Lumpur, sedar atau tidak, di ibu negara ini terdapat satu tempat yang mampu merungkai kekusutan di dalam fikiran dengan harga yang berpatutan. Tempat yang saya maksudkan ialah Homestay Regalia Studio - Permata Kota Raya Kuala Lumpur.
Apartment Studio ini terletak di tengah kota raya Kuala Lumpur. Pangsapuri yang berkeluasan 500 kaki persegi ini mampu membuatkan hati anda tertawan. Fasiliti yang lengkap serta lokasi yang strategik menyajikan panorama yang tidak pernah terlihat di pandangan mata. Kalau mahu disebut mengenai keselamatan pastinya apartment mewah ini mempunyai sekuriti yang terjamin.
Salah satu keunikan Homestay Regalia Studio ialah kolam renang infinity yang terletak di tingkat 37. Dari sini jelas kelihatan KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah. Malah bandaraya Kuala Lumpur juga dapat dilihat dengan jelas. Bayangkan jika dapat berenang sambil menjamu pandangan yang memukau mata, pasti menyeronokkan. Malah pemandangan pada waktu malam lebih mengkhayalkan. Terdapat sebuah lagi kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang terletak di tingkat lima. Pemandangan di sini tidak kurang menarik juga. Pusat membeli belah Sunway Mall atau lebih dikenali sebagai The Mall dapat dilihat dengan jelas.
Lokasi yang dihubungkan dengan pengangkutan awam utama ini memudahkan para pelancong untuk pergi ke kawasan perlancongan popular di Kuala Lumpur. Tambahan pula Tahun Melawat Malaysia 2014 sudah menjelma. Sudah pasti kawasan penginapan yang strategik yang terletak di kawasan segi tiga emas ibu negara menjadi pilihan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara.
Antara kawasan pelancongan berdekatan ialah KLCC, Sogo, Menara Kuala Lumpur, Pavilion, PWTC dan banyak lagi. Semuanya boleh berhubung melalui LRT atau kenderaan awam yang lain. Bagi anda yang mahu ke pusat membeli belah Sogo tanpa mahu bersesak memandu kenderaan sendiri, anda boleh menggunakan kemudahan awam yang terdapat di sekitar Regalia Studio ini. Jika mahu menaiki komuter, hanya berjalan kaki ke Stesen Komuter Putra dan berhenti di Stesen BNM. Jika mahu mencuba LRT pula, naik di LRT PWTC dan berhenti di LRT Bandaraya, Semuanya hanya berjalan kaki. Mudah dan menjimatkan.
Dilengkapi perabot serta peti televisyen, pendingin hawa, peti sejuk dan katil bersaiz Quenn akan menampilkan pengalaman penginapan yang menarik di pusat nadi ibu kota Malaysia. Malah kepada anda yang mempunyai anak kecil, katil bayi juga ada disediakan. Keadaan apartment yang bersih pasti membuatkan pelancong berasa selesa. Malah kamar ini turut dilengkapi dengan al-Quran serta sejadah buat pengunjung yang beragama Islam.
Apabila ditanya mengapa perlu menginap di sini, sudah tentu perhubungan jaringan pengangkutan awam yang baik serta mudah untuk ke destinasi popular menjadikan Homestay Regalia Studio menjadi pilihan utama. Malah panorama di waktu malam dengan limpahan lampu yang menyinar membuatkan Menara berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas.
Oh ya. Berita baik buat semua. Bagi anda yang tidak boleh lekang dari internet, broadband / wifi berkelajuan 8MBPS akan dimasukkan tidak lama lagi. Sangat mengujakan.
Jika diberi peluang oleh Eyriqazz, sudah tentu saya ingin menginap di Studio Apartment berfasiliti mewah ini. Peluang ini akan saya hadiahkan kepada anak dan isteri saya atas kesabarannya menguruskan rumah tangga.
Isteri cantik penambah seri
Membantu suami tiada jemu
Saya ini weekend suami
Jumpa isteri sekali seminggu
Anak-anak petah berkata
Sampai ibunya pening kepala
Kalau berpeluang isteri pasti gembira
Sebagai ganjaran keringat kegigihannya
Siapa tidak sayangkan isteri
Tetapi berjauhan kerana rezeki
Hadiah menjadi penenang di hati
Agar isteri sabar menanti
Kami gemar berenang. Malah anak-anak juga meminati hobi yang sama. Apabila berada di Homestay Regalia, kami dapat merealisasikan minat kami berenang di kolam renang eksklusif yang terletak di tingkat 37 apartment ini. Malah kolam renang infiniti yang disediakan juga membuatkan dophamine kami menari-nari akibat euphoria yang berlebihan.Hadiah menjadi penenang di hati
Agar isteri sabar menanti
Dengan mesin basuh serta rak penyangkut baju yang disediakan, pastinya isteri saya tidak perlu bersusah payah membawa pulang baju kotor selepas kami pulang nanti. Ibaratnya pergi dengan pakaian bersih, pulang juga dengan pakaian yang wangi.
Masalah makanan juga tidak akan timbul. Memandangkan isteri saya seorang tukang masak yang bagus, dengan peralatan memasak lengkap yang disediakan pastinya kami dapat menikmati makan malam kami sekeluarga dengan berlatar belakangkan panorama yang memukau mata.
Berehat di tepi kolam renang mewah sambil mencicipi jus perahan limau menjadi impian saya sejak dahulu. Alangkah gembiranya saya jika impian ini mampu menjadi realiti. Pastinya bebanan kerja serta tekanan perasaan yang bersarang dikepala dapat ditepis walau seketika. Sekurang-kurangnya sedikit usaha ini mampu menjauhkan saya terlibat dengan masalah mental yang kian menggila.
Taman yang menghijau dengan desiran angin yang berpuput lembut membuatkan hati tenang serta fikiran leka seketika. Udara segar dengan bekalan oksigen yang cukup dapat membuang kusut serta hamburan debu kota.
Ternyata bermusafir mampu menghilangkan tekanan serta menambahkan semula cas positif di dalam diri bagi menyiapkan diri untuk menempuhi hari-hari yang lebih mencabar. Malah musafir juga membuatkan diri kita lebih dekat dengan Allah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Tirmizi bermaksud :
Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah ialah doa orang teraniaya, doa dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknyaSecara konklusinya, Homestay Regalia Studio yang terletak di Off Jalan Sultan Ismail ini boleh diibaratkan sebagai Permata Kota Raya Kuala Lumpur. Biarpun disaluti lumpur, bentuknya cantik dan berharga tetap dicari orang.
Jom layan koleksi gambar yang dijadikan video. Gambar diambil dari blog Eyriqazz.com
Facebook : Homestay Regalia Studio
Email : roomshortstay@gmail.com
Harga : RM150.00 - RM200.00 satu malam
Nice entry..thanks sudi join..In Shaa Allah pemenang akan diumumkan by next week..
ReplyDeleteTerima kasih bro...
Delete
ReplyDeletekhoanh chân ngồi ở bên trong lò, gương mặt không còn chút máu, tính mạng
đang dần mất đi.
Ánh mắt Vương Lâm không chút dao động, hắn huy động cánh tay, Dẫn Lực
thuật theo đó tùy ý động, hướng về phía lò luyện đan chộp đến. Từng đạo
trung tâm kế toán tại tphcm, khóa học kế toán cho giám đốc, học kế toán tổng hợp, Hoàng Trung Dũng, hack game online, hình nền đẹp, video hài hước, thủ thuật internet, tin tức kế toán, tài liệu kế toán, dịch vụ tư vấn thành lập doanh nghiệp giá rẻ, brainy quotes, love quotes, dịch vụ kế toán trọn gói, dịch vụ dọn dẹp sổ sách, Dịch vụ báo cáo tài chính, kế toán, dịch vụ kế toán, trung tâm kế toán hà nội,
Đạo Hư cẩn thận nhìn thoáng qua một chút, sau đó lão vứt Lữ Vân Kiệt lên trên mặt đất, lão trầm giọng nói:
- Lữ Vân Kiệt, ngươi thật là to gan, Lô Hỏa Khai Đình tuy không nói là
cấm thuật, nhưng chỉ có thể sử dụng với người ngoài, không thể thi triển
đối với đồng môn, ngươi quên rồi sao?
Sắc mặt Lữ Vân Kiệt không còn chút máu, hắn quỳ rạp trên mặt đất, thấp giọng nói:
trung tâm đào tạo kế toán, hoàng trung dũng, hình nền đẹp, thủ thuật internet, hack game online, video hài hước, tin tức kế toán, tài liệu kế toán, brainy quotes, giày nam hàng hiệu, thiết kế, in đồng phục tại quảng ninh, thiết kế, in áo đồng phục, in áo bóng đá, đồng phục lớp, cần thuê dịch vụ thành lập doanh nghiệp
ReplyDelete