Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan tidak bertepi juga selawat dan salam buat Penghulu Seluruh Nabi.
Setelah beberapa minggu akhirnya blog ini kembali beroperasi. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi memberi sokongan biarpun sudah lama bercuti.
Entri pemula selepas lama bercuti. Tip Sebelum Menenunaikan Umrah 2. Mana yang pertama? Yang pertama akan disiarkan di Ciklaili.com tidak lama lagi.
Setiap tahun ramai rakyat Malaysia diberi 'kad jemputan' untuk menjadi tetamu Allah. Sebelum berangkat, ada beberapa tip yang boleh diamalkan.
1. Latih Diri Mendekati Masjid Di Kawasan Tempat Tinggal
Sewaktu di dua tanah haram, kita digalak melakukan ibadat di masjid. Walau bagaimanapun banyak 'gangguan' yang akan dihadapi bagi setiap jemaah terutamanya gangguan membeli belah. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk melatih diri sentiasa mendekati masjid agar ketika di tanah suci kita lebih mencintai ibadah dari perkara-perkara sampingan.
Malah terdapat hadis yang menerangkan kelebihan solat di Masjid Nabi.
"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmidzi].
2. Perbanyakkan Solat Sunat
Selain melaksanakan ibadat wajib sewaktu berada di Masjidil Haram mahupun Masjid Nabawi, kita juga digalak untuk melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain. Bagi memastikan kita rajin menunaikan ibadah sunat, latih dahulu diri kita di Malaysia agar lebih bersedia.
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” [Imam Ahmad]
3. Perbanyakkan Membaca Al-Quran
Selain daripada beroleh pahala membacanya, Al-Quran juga menjadi syafaat dan petunjuk kepada kehidupan manusia. Malah pahala bacaan kita juga akan dilipat sehingga 100 000 kali ganda.
4. Perbanyakkan Membaca Mengenai Ibadah Umrah, Mekah & Madinah
Sebelum menjadi tetamu Allah, kita perlu mempersiapkan diri agar ibadah kita mudah diterima dan tidak menjadi sia-sia. Ketahui pantang larangnya agar ibadah kita lebih sempurna. Baca serba sedikit tentang sirah Nabi agar sewaktu melakukan ziarah nanti, pemahaman kita akan menjadi lebih mantap.
5. Lakukan Latihan Fizikal
Di Tanah Suci kita akan banyak berjalan terutamanya berjalan menuju ke masjid. Kedudukan hotel agak jauh dari masjid kecuali bagi mereka yang kaya dan sanggup menghabiskan puluhan ribu untuk menginap di hotel bertaraf bintang lima. Selain itu, ketika membuat ibadah umrah juga kita akan banyak berjalan terutamanya ketika melakukan Sai'e antara Bukit Safa & Bukit Marwah.
Untuk mendapat stamina yang lebih, lakukan latihan fizikal ketika kita berada di Malaysia. Dengan kekuatan fizikal dan stamina yang mantap, insya-Allah kita akan lebih mudah untuk melaksanakan ibadah.
Baca juga :
Baca juga :
Layari: www.abkhgc.com
ReplyDeleteMenyediakan ground pakej untuk umrah & hajj bagi keselesaan jemaah..