Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, October 26, 2014

Muat Turun Buku Panduan Diet Atkins Percuma

8:11 AM Posted by Lobam , 15 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta sahabat dan ahlul bait tercinta.

Alhamdulillah. Cuti hujung minggu kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga. Maklumlah, suami hujung minggu sangat memberi tekanan kepada diri saya dan keluarga.


Saya merupakan pengamal Diet Atkins. Saya sudah mencuba pelbagai jenis diet sebelum ini termasuklah diet kalori, senaman dan yang terbaru Diet Atkins. Saya akui, diet kalori disertai produk kesihatan Herbalife membuka ruang saya untuk kurus. Malah dengan diet kalori disulami produk Herbalife membantu saya mengurangkan berat badan sehingga 16kg.



Tetapi saya seorang yang sukakan makanan. Saya suka makan dan suka merasai makanan. Semakin lama saya semakin tersasar dari landasan dan kembali relapse akibat tidak mampu untuk mengawal pengambilan kalori harian. Berat saya kembali meninggi. Saya rasa saya perlu melakukan sesuatu untuk kembali normal seperti manusia yang lain. Bayangkan, dengan berat 116kg pelbagai tekanan yang saya hadapi. Biarpun kehidupan nampak gembira tetapi saya tidak normal.

Saya tidak menyalahkan produk. Malah saya berani jamin produk Herbalife antara produk kesihatan yang terbaik pernah saya guna. Seperti saya katakan, Herbalife menjadi pembuka ruang untuk saya beralih dari fasa obesiti tahap 3 dan kini dengan BMI 30.3 saya pemegang status obesiti tahap 1.

Bukan mahu bangga dengan tahap obesiti, tetapi kini saya berjaya beralih ke fasa baharu dan hanya perlu mengurangkan 15kg lagi untuk mencapi berat badan ideal. Dari 116kg kini saya berjaya mengurangkan sehingga 28kg. Bayangkan betapa senangnya hidup saya apabila berjaya menyingkirkan 28kg lemk dari badan. Kalau dahulu saya perlu mengenakan pakaian saiz XXXL tetapi kini saya berjaya menghilangkan huruf XXX dan terpaksa menerima hakikat yang saya perlu mengenakan pakaian yang mempunyai saiz huruf L sahaja. Dari saiz seluar bernombor 44 kini saya terpaksa mencari seluar baru bersaiz 38.



Semuanya dengan bantuan Diet Atkins. Bagi saya Diet Atkins amat sesuai dengan saya. Prinsipnya mudah. Makan untuk kurus. Pasti anda tidak percaya bukan. Apa yang kita faham, untuk kurus kita perlu berlapar. Tetapi itu semua hanya mitos. Kerana saya sukakan makan jadi prinsip Atkins amat cocok dengan saya. Makan Untuk Kurus. Yang penting tidak perlu produk tambahan, Apa itu Diet Atkins?


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog Lobam.my yang dikasihi sebuah buku panduan lengkap mengenai Diet Atkins. E-book berbentuk pdf dengan 51 helaian ini akan diberi PERCUMA. Ya, percuma.

Secara umumnya, buku ini menerangkan apa itu Diet Atkins, memperincikan tentang kalori dan berkongsi cara senaman yang terbaik. Semuanya saya kongsikan kepada anda secara percuma. Muat Turun Buku Panduan Diet Atkins Secara Percuma.


Saya akan berkongsi lagi tentang Diet Atkins dalam entri yang akan datang. Selamat datang ke keluarga Diet Atkins ^_^

15 comments:

  1. kalau buat atkins diet ni, tak bulih makan nasi ker? pengsan mak nanti. any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dan semua karbohidrat tak boleh kak. Hehehe. Jangan risau. Baaaaaanyak menu-menu yang sedap boleh cuba. Yang penting rendah Carbo....

      Delete
    2. habislah akak tak blih makan subway, nasi Arab lepas ni.. huhuhu

      Delete
    3. Miss merlyn, memang mula2 susah nak tinggalkan nasi. Saya juga pengemar nasi(sedap bha tu nasi) Tapi saya lihat kawan2 sy bersemangat n now saya berjaya tinggalkan nasi walau sesekali merasa nasi juga hehehe... Perlahan2.. Ikut niat kita

      Delete
    4. Miss merlyn, memang mula2 susah nak tinggalkan nasi. Saya juga pengemar nasi(sedap bha tu nasi) Tapi saya lihat kawan2 sy bersemangat n now saya berjaya tinggalkan nasi walau sesekali merasa nasi juga hehehe... Perlahan2.. Ikut niat kita

      Delete
    5. Miss merlyn, memang mula2 susah nak tinggalkan nasi. Saya juga pengemar nasi(sedap bha tu nasi) Tapi saya lihat kawan2 sy bersemangat n now saya berjaya tinggalkan nasi walau sesekali merasa nasi juga hehehe... Perlahan2.. Ikut niat kita

      Delete
  2. terima ksih kerna menyebarkan maklumat mgenai buku yg sy hasilkn ini.

    ReplyDelete
  3. mcmana nak download ebook ni?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. I have to thank you for the efforts you've put in writing this site. I really hope to view the same high-grade content from you in the future as well. In truth, your creative writing abilities has inspired me to get my very own blog now ;) netflix login

    ReplyDelete
  6. Terima kasih...akhirnya...dapat juga download buku atkins ni...moga saudara panjang umur,diberkati dan murah rezeki. Aaminn

    ReplyDelete