Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, December 14, 2012

Cendol Durian Borhan Tarikan Terbaru Kuala Selangor

1:00 AM Posted by Lobam 7 comments

Assalamualaikum.

Jika anda memandu menelusuri jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang melalui lebuhraya Sakaratul Maut (seperti yang dinyatakan di dalam media) Klang - Teluk Intan pasti anda akan menemui ramai peniaga yang menjual cendol. Ada pelbagai jenis cendol yang dipertaruhkan. Cendol Bakar, Cendol Gula Melaka, Cendol Atok, Cendol Kapoow dan pelbagai jenis cendol lagi yang pasti membuatkan kita berasa kecur liur untuk mencuba.

Tetapi dalam banyak-banyak gerai cendol yang ada, saya tertarik kepada Gerai Cendol Durian Borhan (CDB). Sejak pertama kali menikmati CDB beberapa bulan yang lalu, terus terdetik di dalam hati, "Inilah cendol terbaik yang pernah saya rasa" Jadi tidak hairanlah jika cuti umum deretan kenderaan memenuhi bahu jalan berhampiran gerai. Malah ada yang sanggup berjalan sejauh 200 meter semata-mata untuk menikmati cendol istimewa ini.


CDB terletak 5 km dari Bandar Kuala Selangor dan 10 km dari Pekan Tanjung Karang. Jika anda dari Kuala Selangor CDB akan berada di sebelah kanan dan begitulah sebaliknya.


Pelbagai variasi cendol dengan harga yang berpatutan sedia untuk dinikmati. Antaranya

Cendol Pulut                      RM 2.00
Cendol Labu                      RM 2.00
Cendol Keladi                    RM 2.00
Cendol Durian + Pulut        RM 2.50
Cendol Durian + Jagung     RM 2.50
Cendol Durian + Labu        RM 2.50
Cendol Durian + Keladi      RM 2.50

Cendol yang dicurah dengan paste durian
Laksa istimewa
Malah ada juga makanan istimewa yang disajikan seperti Mee Kari dan Laksa yang lazat. Harganya pula sekitar RM 3.00 - RM 4.50

CDB menyediakan keperluan asas yang lengkap. Ada satu bilik air dan satu tandas juga tempat parkir kereta yang luas.


Tidak malu saya katakan, selain Mentarang Lazat, Cendol Durian Borhan juga mampu menjadi daya tarikan pelancongan ke daerah Kuala Selangor dan Sekinchan. Apa tunggu lagi. Jom menikmati Cendol Durian Borhan. Bagi yang mahu mengetahui sejarah CDB boleh klik di sini.


7 comments:

  1. Replies
    1. Laksanya oklah. Belum tahap wow. Tapi tekak ni boleh terima.

      Delete
    2. Cendol lebih mantap dari Cendol LD di senawang dan Cendol bus stand Pilah.

      Delete
  2. masa mengandung (bulan Disember 2011) kak leli mengidam nak makan cendol durian Borhan ni. rasanya mmg sedap! bila cuba sekali lagi (bulan Disember 2012) rasa cendol ni mcm biasa je. nampak sgt selera org mengandung & tak mengandung ni lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bagi saya kak Cendolnya memang kelas. Kalau cendol drive thru ada rasa macam tempoyak pon ada.

      Delete
  3. subhanallah..mmg sedap ustaz...cendolnye lembut sgt...semua sedap la pasal cendol ni...
    haritu makan laksa jugak,mee kari pon sempat merasa...=)
    seryes mmg nak makan lg kalau lalu jln tu, tapi seryes x pernah nmpk org sikit kat situ...T__T

    ReplyDelete
  4. selalu lalu lalang tapi tak pernah singgah..kes malu la apalg..

    ReplyDelete