Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Sunday, March 16, 2014

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

4:51 PM Posted by Lobam 10 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.


Bagi anda yang baru sahaja melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi, pastinya ini adalah merupakan kali pertama anda menerima Baucer Buku 1Malaysia serta Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Bagi penerima tahun 2014 tempoh sah laku kad anda adalah sehingga Disember 2017.


Apa itu Kad Diskaun Siswa 1Malaysia?

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
 
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Bagi pemegang kad ini, anda boleh menikmati diskaun di 2000 syarikat yang tersenarai. Hanya tnjukkan kad ini sebelum membuat pembayaran dan anda akan menikmati diskaun yang telah ditetapkan. Untuk melihat senarai penuh syarikat yang terpilih boleh semak di sini

Kad Diskaun 1Malaysia ini tidak perlu dipohon. Mahasiswa akan memperolehinya secara automatik melalui IPT masing-masing.


Bagi anda yang gemar melancong, Tune Hotel menyediakan sehingga 25% diskaun bagi pemegang kad ini.  

Antara syarikat yang memberi diskaun kepada pemegang kad ini ialah :

1. MPH
2. Bata
3. Focus Point
4. Menara Optometry
5. KFC
6. Daily Fresh
7. A&W
8. Aeon
9. Dan banyak lagi.

Buat pemegang kad ini, berbelanjalah dengan bijak. Gunakan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

SEKRETARIAT KADS1M - Bank Rakyat
Jabatan Khidmat Koperasi dan Usahawan
Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi
Peti Surat 11024, 50732 Kuala Lumpur
Tel : +603-2612 9568
Faks : +603-2612 9566
Emel : mohd.azrul@bankrakyat.com.my
 
SEKRETARIAT KADS1M - KPDNKK
Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia
Tel : +603-8882 5972 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kads1m@kpdnkk.gov.my

10 comments:

  1. Ada jugak kad ni tapi macam tak berguna sangat pun.

    ReplyDelete
  2. Banyak ke diskaun dia bro?

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  3. http://myrujukan.com/

    zaman saya belajar xda benda ni, waaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pon takda wan. Kali ni baru nak merasa. Hehehe

      Delete
  4. ade expired date ke? xperasan pula..sy slalu pki kt kepsi je..tp ade limit belian jugak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada expired date nya. Tak tahulah yang lama2.

      Delete
  5. Tak payah la guna kad diskaun siswa tu kat KFC. Ada sekali tak bole guna sbb pembelian kurang drp RM20, tup2 tpt lain dpt guna pulak dgn pembelian RM7.50. Tup2 kat KFC Universiti Malaya tak bole guna pulak sbb mesti pembelian lebih drp 10 tapi kurang drp RM20. Hey macha KFC? Lu banyak putar belit aku pon malas dah nk makan KFC in future. Bole blah la KFC dgn kad diskaun pelajar same2 tak berguna!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hari tu macam tu juga. Katanya pembelian saya lebih RM20. Macam2. Entahla.

      Delete