Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Sukur kepada Allah atas kurniaan nikmat rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Sayyiduna Rasulullah tercinta serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.
Buku program adalah merupakan suatu yang sangat penting di dalam sesebuah majlis. Melalui buku program, para jemputan dapat mengetahui serba sedikit informasi dan maklumat ringkas mengenai program yang berlangsung.
Pelbagai jenis buku program yang ada. Ada yang hanya mencetak di atas kertas kosong berwarna putih malah ada juga cetakan berwarna terutamanya untuk tetamu kehormat. Tetapi, pernahkah anda menerima sebuah buku program dalam bentuk buku yang lengkap dan lebih mengujakan lagi buku tersebut 100% cetakan berwarna dan dicetak diatas kertas licin yang berkualiti tinggi?
Itulah yang berlaku apabila semua tetamu Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos ( SBB 2014 ) dihadiahkan dengan buku yang cukup istimewa ini.
Kegemaran anak kampung yang gemar menulis sejak di bangku sekolah diabadikan dalam sebuah blog yang tidak dirancang keweujudannya sejak awal. Penulisan secara santai tetapi sarat dengan inspirasi diabdikan di dalam blog Denai Hati.
Meneliti maksud Denai Hati akan menimbulkan satu misteri yang tidak pernah terungkai. Malah kerana unik dan misteri itulah nama Denai Hati sentiasa meniti di bibir penggemar pelayar dalam talian.
Buku yang menceritakan tentang hasil tulisan penerima Best Micro Blog 2014 dalam Malaysia Social Media Week 2014 baru-baru ini, mengumpulkan penulisan terbaik yang diambil dari laman denaihati.com. Buku ini yang dibahagikan kepada beberapa bahagian, menceritakan tentang suka duka saudara Amir selaku Founder Denaihati.com seawal beliau memulakan kariernya sebagai penulis blog. Malah buku ini juga turut berkongsi beberapa tips yang sangat berharga buat blogger baru. Penulis yang terkenal dengan tagline Salam 1 Dunia turut berkongsi kepada semua pembaca tentang pengalaman beliau mengembara ke serata dunia dengan hasil menulis di blog.
Ternyata bakat penulisan yang dikurniakan kepada beliau membuatkan pembaca begitu dekat dengannya. Olahan ayat yang begitu kemas menjadikan entri ini seakan hidup. Malah saudara Ilham turut menyelak sedikit sisi peribadi beliau untuk dikongsikan dengan para pembaca terutamanya di bahagian Kisah Keluarga. Tersentuh hati tatkala membacakan entri yang ditulis pada 13 Ogos 2012 yang bertajuk Teguran Ibu Dijadikan Musuh Hingga Ke Akhir Hayat. Penulis juga turut berkongsi kisah sedih tentang anak yang tidak menjenguk ayahnya selama tiga tahun akibat terasa hati dengan teguran dalam entri yang bertajuk Marah Ayah Dan Ibu Setakat Mana.
Jika anda seorang blogger yang baru ingin menapak di dalam dunia blogging dan bercita-cita untuk menjadi blogger popular seperti Denai Hati, Beautiful Nara, Hasrul Hassan dan Eyriqazz (sekadar menyebut beberapa nama ) buku edisi khas Denai Hati ini adalah merupakan manual yang paling lengkap untuk dijadikan rujukan. Sudah pasti segala tips yang dkongsi adalah merupakan hasil pengalaman saudara Amir sendiri. Sentuhan magis beliau yang dicurahkan di dalam buku ini ditulis secara santai membuatkan setiap bait perkataan terus menusuk ke dalam hati.
Tertarik saya kepada entri yang ditulis pada 24 November 2012 bertajuk Cara Membina Jenama Blog Terkenal. Melalui entri ini saudara Amir menceritakan tentang bagaimana nama Denai Hati dipilih. Sudah pasti entri ini memberi inspirasi dalam saya meneruskan cita-cita untuk membina jenama Lobam agar terus dikenali. Moga ada ganjaran dari-Nya nanti. Insya-Allah.
Alam kehidupan Penganjur Majlis Sepetang Bersama Blogger ini semakin menarik apabila turut mendidik para pembaca untuk Hidupkan Untuk Memberi. Malah dengan semangat untuk memberi itu, Saudara Amir bersama rakan-rakannya telah mewujudkan portal eQurban.com peneraju qurban dan akikah.
Ternyata sikap banyak memberi itu akan membuahkan hasil yang lumayan seperti mana yang telah Allah janjikan.
Konklusinya, cara penyampaian ringkas membuatkan pembaca mudah memahami catatan peribadi yang menarik, sekaligus wajar dibaca oleh pembaca remaja dan dewasa terutama yang baru menapak di dalam dunia blog kerana sarat motivasi serta boleh menaikkan semangat untuk lebih optimis menggapai cita-cita.
as salam bro.
ReplyDeletemoga2 bro juga bakal muncul menjadi yg terbaik nanti...ameen
Waaasalaikumsalam.
DeleteTerima kasih bro. Cuba juga untuk menulis walau dalam keadaan sibuk
Insha Allah lepas ni Lobam bakal lebih popular....
ReplyDeleteTerima kasih Maha Mahu/
DeleteBuku yang sememangnya menarik.. sempoi...
ReplyDeleteYup bro. Memang sangat menarik. Penuh nspirasi.
DeleteDah baca tinggal nak bertindak je ni.
ReplyDeleteIkhlas,
profhariz.com
Bertindak segera. Hehehe. Semoga dapat diambil manfaatnya.
DeleteBuku ada... tapi lom sempat belek...! adui...!
ReplyDeleteYup uncle. Terima kasih kerana sudi ziarah
Delete