Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, April 8, 2014

Cara Menguruskan Uri Bayi

11:39 AM Posted by Lobam 12 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta para sahabat dan ahlul bait Baginda.


Dr. Zubaidi di dalam blognya ada menceritakan berkenaan uri. Menurutnya uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibu. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksid dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya.

Oleh itu, uri adalah merupakan salah satu organ dalam pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama dengan bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. 

Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya adalah najis. Ia harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Uri perlu ditanam dan tidak boleh dibakar. Sebagai orang Islam menyempurnakan uri itu dituntut oleh Islam.

Pasti ada antara para pembaca sudah biasa menguruskan uri anak sendiri mahupun anak orang lain. Bagi saya walaupun sudah mempunyai tiga cahaya mata, menguruskan uri ini merupakn satu perkara baru dalam hidup saya. Biasanya uri dua orang anak saya yang lepas diuruskan oleh bapa mertua. Memandangkan beliau sedang berada di tanah suci Mekah ketika ini, tanggungjawab menguruskan uri kini terletak di bahu saya.

Di sini saya kongsikan cara untuk menguruskan uri. Cara-cara ini saya dapat melalui pembacaan tanpa merujuk kitab-kitab muktabar. Biarpun begitu saya kira coretan ini sedikit sebanyak dapat membantu ketua keluarga yang baru pertama kali mahu menguruskan uri.

Uri yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
Uri perlu diuruskan segera. Tetapi jika tidak sempat, uri boleh diletakkan dahulu di bahagian sejuk beku dalam peti ais.

AMARAN : MEMBASUH URI TIDAK SESUAI BAGI MEREKA YANG TAKUTKAN DARAH

Bahan-Bahan Yang Diperlukan


1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

Cara Membasuh


1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bila dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau  dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.

Uri yang sudah siap dicuci
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatangan seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat. 

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

12 comments:

  1. alhamdulillah..dah selesai satu tugas seorang ayah.
    tahniah atas kelahiran putera ke-3.
    moga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata mama & baba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Terima kasih atas doa akak. Saya hargainya. Mudah-mudahan anak-anak kita akan menjadi penyejuk di mata penawar di hati.

      Delete
  2. Tahniah ye..selepas ini sudah tidak risau lagi untuk mengurus uri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ain. Takllah sesusah yang disangka. Hehehe

      Delete
  3. perkongsian yang sangat bermanfaat untuk golongan bapa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Syuhada. Perkongsian pengalaman kali pertama. Hehehe.

      Delete
  4. Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk menjadi bakal ayah. Harap lepas ni saya boleh uruskan uri bayi ni. Kena belajar ni.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik...pernah tolong cuci uri untuk ipar. Walaupun masih bujang Info ini sangat menarik untuk pengalaman akan dtg.. Jemput singgah http://vitaminseribusatukhasiat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kadang2 kita tak tahu. Rupanya mudah sahaja. Terima kasih kerana sudi berziarah

      Delete
  6. Alhamdulillah. dpt info yg sgt berguna. InsyaAllah isteri akan bersalin anak 1st pertengahan Dec ni. Mohon doa dari kalian :)

    ReplyDelete
  7. saya mempunyai rakan yang ayahnya menghanyutkan urinya ke laut.... boleh ke camtu?

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah. Isteri baru selesai melahirkan bayi perempuan. Sekarang tgh nak uruskan berkenaan dgn uri. Dpt info disini. Terima kasih

    ReplyDelete