Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Thursday, February 21, 2013

10 Makanan Malaysia Yang Menggemukkan

12:07 AM Posted by Lobam , 2 comments
Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Sayyiduna Rasul tercinta.

Alhamdulillah, sebelum tidur sempat saya mencari informasi tentang perihal makanan yang patut dielakkan. Sebenarnya saya mempunyai misi. Misi 100. Misi bagi menurunkan berat badan dari 116 kg kepada 100 kg. Mesti ramai yang terkjut apabila melihat angka yang sudah melebihi  gred A+. Sebenarnya itulah hakikatnya. Saya antara jutaan rakyat Malaysia yang obesiti.

Kata orang kegemukan adalah faktor turun temurun. Jika ibu atau bapa berbadan besar pasti anak-anak mereka juga akan ikut sama. Itulah yang saya percaya selama ini. Tetapi hakikatnya kepercayan itu adalah SALAH. Mungkin 30% adalah faktor keturunan tetapi 70%  lagi adalah dari tabiat pemakanan. Kata orang YOU ARE WHAT YOU EAT. Alhamdulillah semakin hari berat semakin menurun. Dari 116 kg kini berat badan saya mencecah 103 kg. Hanya tinggal 3 kg sahaja lagi untuk mencapai misi. Insya-Allah.

Jadi sebelum kita melelapkan mata, melepaskan lelah selepas seharian penat bekerja, apa kata kita tengok dahulu 10 makanan ruji rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah MENGGEMUKKAN. Fakta ini saya petik dari laman sesawang Kevin Zahri.

1. Roti Canai



Inilah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tidak cukup satu ditambah dua. Tidak cukup kosong ditampal pula. Sekeping roti canai kosong tanpa kuah bersamaan 300kcal. Jika dua keping sudah mencecah 600kcal. Jika ditambah telur, bawang, sardin dan dicicah pula dengan kari, apa yang pasti 2 keping roti canai boleh mencecah seihngga 1200kcal bersamaan dengan hidangan makan tengah hari. Wah...

2. Nasi Lemak



Nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi nilai kalorinya. Ini disebabkan santan yang digunakan mempunyai kandungan lemak yang tingi. Nilai kalori nasi lemak kosong adalah sekitar 350-400kcal. Jika ditambah dengan lauk pauk dan sambal mungkin boleh mencecah sehingga 700kcal sepinggan. Belum dikira jika kita menambah. Wah...

3. Makanan Segera



Makanan segera memang lazat tetapi kurang berkhasiat. Set hidangan besar boleh mencecah hingga 900kcal. Belum lagi ditambah dengan hidangan sampingan seperti aiskrim dan lain-lain.

4. Makanan Malaysia



Makanan bergoreng seperti makanan di kedai Mamak mahupun masakan sendiri mampu mencecah sehingga 500-600kcal sepinggan. Itu belum kira jika kita menambah. Maklumlah masakan Mamak dan Isteri seiring kesedapannya.

5. Donut



Trend menikmati donut sudah semakin sebati kepada rakyat Malaysia. Jika tidak masakan ada kedai yang hanya mengkhususkan donut sebagai signature dish mereka. Sekeping donut biasa mencecah 200kcal. Belum kira promosi beli 5 percuma 1. Wah banyaknya kalori...

6. Pisang Goreng



Menikmati pisang goreng sangat mengujakan. Tambahan pula jika mengikut tradisi Johor, makan pisang goreng bersama sambal kicap. Jika sekeping pisang goreng 90kcal (bergantung kepada saiz) bagaimana pula jika kita beli dengan nilai RM3. Wah...

7. Minuman Bergula



Minuman bergula dan berkarbonat semakin sebati dalam diri rakyat Malaysia. Malah ada yang tidak boleh makan jika menikmati hidangan bertemankan hanya dengan air kosong.1 gram gula bersamaan 4kcal. Jika satu tin air berkarbonat mempunyai 8 sudu teh gula ini bermakna.. Wah...

8. Teh tarik



Ada yang boleh menggeletar seluruh badan jika tidak menikmati teh tarik dalam sehari. Secawan teh tarik membekalkan sekitar 90kcal. Jika kita menikmati 2-3 cawan sehari, bermakna kita telah mengumpul sebanyak 80,000 kalori dalam setahun.

9. Kuih Muih



Kuih tradisional Melayu kaya dengan gula. Kita anggap sahaja sekeping mempunyai 120kcal. Jika kita menikmati 3-4 keping kuih dalam satu masa, ini bermakna... Wah...

10. Nasi



Nasi adalah merupakan sumber tenaga yang baik. Yang menjadi masalahnya ialah kuantiti yang diambil menyebabkan nasi menjadi igauan kepada semua orang. Jumlah yang paling ideal ialah Satu Genggam Sederhana yang membekalkan 150kcal.

Jadi terpulanglah kepada kita. Jaga selerea, jaga makan, jaga kesihatan ( pesanan buat diriku yang selalu lupa )


2 comments:

  1. makann yang sedp tula bnyk kalori..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Yang sedap itu racun. Yang pahit itu ubat.

      Terima kasih kerana sudi singgah ya ^__^

      Delete