Alhamdulillah. Segala puji dan puja buat Allah yang Maha Esa Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Sayyiduna Rasul tercinta.
Selamat hari Khamis. Pasti ramai pembaca yang berpuasa sunat hari ini kan. Alhamdulillah. Lebih manis jika
ditambah dengan membaca Surah Yasin selepas maghrib. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa.
Jutaan terima kasih saya layangkan buat semua pembaca yang budiman. Mudah-mudahan ada manfaat yang dapat diambil.
Jutaan terima kasih saya layangkan buat semua pembaca yang budiman. Mudah-mudahan ada manfaat yang dapat diambil.
Beberapa hari lalu saya menerima email gembira dari pihak Tourism Selangor (TS) yang menyatakan saya telah terpilih untuk menyertai #TSDayOut edisi kali ini. Untuk pengetahuan semua, #TSDayOut ini adalah merupakan acara yang kerap dianjurkan oleh pihak Toursim Selangor bagi mempromosikan tempat-tempat menarik di Negeri Selangor.
Pihak TS membuka peluang kepada penggemar mereka di laman Facebook dan Twitter untuk turut serta, tetapi hanya yang bertuah sahaja akan dipilih. Kenapa saya kata bertuah, acapkali saya mencuba baru kali ini diterima.
Untuk edisi kali ini Skytrex Adventure yang terletak di Taman Botani Negara Shah Alam menjadi lokasi pilihan. Kawasan yang dikelilingi kehijauan hutan di tengah Bandaraya Shah Alam ini menjadi kawasan yang paling strategik untuk menjalankan aktiviti lasak dan acara-acara santai seperti hari keluarga dan sebagainya.
Biasanya pihak TS mengenakan bayaran minima kepada para peserta tetapi untuk acara #TSDayOut kali ini, semua perbelanjaan ditaja sepenuhnya. Wah siapa yang tidak teruja bila mendapat barangan percuma kan. Lebih teruja bila melihat gambar-gambar yang ada di Facebook Skytrex Adventure. Jom kita saksikan.
Pihak TS juga menganjurkan pertadingan foto pada setiap #TSDayOut mereka. Pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 250. Sebanyak 6 pemenang akan dipilih pada setiap #TSDayOut. Yang lebih mengujakan, untuk edisi kali ini tambahan 3 pemenang bagi review terbaik di blog akan dipilih dan membawa pulang hadiah yang sama.
Hati saya melonjak gembira kerana tidak sabar untuk mencuba segala permainan yang ada pada hari Sabtu ini. Jangan lupa teruskan membaca blog ini bagi mendapat gambaran sebenar tentang #TSDayOut dan Skytrex Adventure. Insya-Allah.
kak leli nak baca review muiez nnt..dah lama tak buat aktiviti lasak. kali terakhir masa buat kpli dulu..
ReplyDeletewah bestnyer..
ReplyDeleteTerima kasih ya kerana sudi singgah.
DeleteInsya Allah jumpe esok kat sane,1st time jugak join #TSDayout nie :D
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dapat juga bertemu mata dengan Tuan Sazmi. Tahniah ya.
Delete