Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, February 19, 2013

Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (MONBUKAGAKUSHO:MEXT 2013) Latihan Perguruan

4:08 PM Posted by Lobam , , 1 comment

Assalamualaikum.

Syukur atas kurniaan rezeki serta selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Alhamdulillah secebis berita gembira buat rakan-rakan pendidik di seluruh Malaysia. Kerajaan Jepun menawarkan tajaan biasiswa buat rakan-rakan guru bagi mengikuti latihan perguruan di Jepun selama satu tahun setengah bermula Oktober 2013 sehingga Mac 2015.

Bagi rakan-rakan yang berminat, syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
a)  Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2013; 
b)  Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar; dan
c)  Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun. 
Calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut : 
1)  Berkhidmat secara tetap; 
2)  Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;  
3)  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Gred 41 ke atas) 
4)  Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kursus bermula; 
5)  Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik; 
6)  Permohonan mendapat sokongan dan perakuan Ketua Jabatan; 
7)  Telah membuat perisytiharan harta dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh cuti belajar berkuatkuasa; 
8)  Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2009, 2010 & 2011 atau 2010, 2011 & 2012); 
9)  Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; 
10) Bebas daripada disenaraikan/ tersenarai sebagai peminjam tegar oleh institusi seperti KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kerajaan Asing dan lain-lain penaja; 
11) Telah menyempurnakan ikatan perjanjian berkhidmat dengan KPM selepas menamatkan kursus terdahulu (sekiranya ada); dan 
12) Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
 Rakan-rakan pendidik juga boleh memuat turun maklumat dari laman berikut :

Iklan Tawaran Monbugakusho 2013
Borang Permohonan
Guideline
Health Certificate
Recommendation Form
Application Submission Checklist
Borang JPA 1B/96
Borang KPM (BT) LD 1/2011
Borang KPM (BT) LD 2/2011
Borang KPM (BT) LD 3/2011
Borang KPM (BT) LD 4/2011
Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar

Maklumat lanjut boleh hubungi :


ENCIK ASMADARUS BIN MOHAMED
Tel     : 03 – 8321 7143
Faks  : 03 – 8321 7103
E-mel : asmadarus.mohamed@moe.gov.my

PUAN NORAZLIFAH BINTI MOHD SIRAT 
Tel     : 03 – 8321 7151
Faks  : 03 – 8321 7103
E-mel : azlifah.mohd@moe.gov.my

Semoga berjaya

1 comment: