Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Tuesday, February 19, 2013

Insentif Perkahwinan Belia Negeri Selangor

10:37 AM Posted by Lobam , , No comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah atas limpahan nikmat kurnia yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan tercinta.

Satu berita baik buat belia di Negeri Selangor. Golongan belia Negeri Selangor yang berkahwin mulai 1 Januari tahun ini boleh menikmati HADIAH PERKAHWINAN RM 200 bagi setiap pasangan.

Pemberian insentif itu dikhaskan kepada pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang merupakan anak Selangor berusia 35 tahun ke bawah.

Selain itu mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.


Mekanisma pembayaran

1. Dalam bentuk simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam.
2. Pemberian dilakukan menerusi Sijil Simpanan Premium (BSN) bagi yang bukan beragama Islam.

Cara Memohon

1. Dapatkan borang di Pusat Khidmat Masyarakat Dun masing-masing.

Jadi kepada belia Negeri Selangor, apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang.

Gambar : Facebook dan Selangorku

0 Komen Sedia Untuk Dibaca:

Post a Comment