Perkongsian Peribadi, Pendidikan dan Kerjaya. Semua Kisah Lobam

Friday, February 15, 2013

Keputusan SMA SAMDORANI 2012

10:47 PM Posted by Lobam 3 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta.

Alhamdulillah, beberapa hari lalu telah diumumkan keputusan SMA 2012 bagi pelajar SAM Sungai Haji Dorani. Biarpun bilangan pelajar Mumtaz menurun tetapi saya kira ia sudah cukup baik bagi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan menggunakan format baru.

Banyak faktor yang menjadikan bilangan pelajar yang mendapat Mumtaz menurun tahun ini. Antaranya ialah :

1. Silibus baru - 
Guru terpaksa bermula dari awal kerana silibus yang digunakan adalah silibus baru.Guru terpaksa membuat nota baru, mencari maklumat baru, ulangkaji baru dan segala-galanya baru.

2. Sukar meramal soalan 'spot' - 
Bila mereka menjadi kelompok pertama, ini bermakna kebarangkalian untuk semua tajuk masuk adalah tinggi.

Walau bagaimanapun SAMDORANI berjaya melahirkan seorang pelajar MUMTAZ dan 10 pelajar mendapat JAYYID JIDDAN, Satu permulaan yang baik.


Mumtaz :  
Nor Haifaa Akila binti Muhammed Tohid

Kata-kata yang dipetik dari laman FB beliau.
Alhamdulillah :) segalanya dengan usaha dan selebihnya dengan tawakkal. saya ingat satu jea ! Janji Allah Itu Pasti ! Insyaallah Mumtaz :) Jazakumullahukhairon kathira kepada ustaz-ustaz dan ustazah yang mengajar kami . kami selalu taknak ade kelas tambahan tapi saya nak ! bukan nak tunjuk pandai , tapi nak berjaya :) ustaz dan ustazah kadang2 bingung nak buat mcam mana sebab kami nakal . risau lah katakn ~ akhirnya bawa kami ke Teluk Senangin , lepaskan stress . Alhamdulillah , dari itu semangat mula muncul mencurah-curah ! kami minta maaf. Puasa isnin khamis tidak lupa ~ restu mak ayah sentiasa seiring ~ Bangun malam tak tinggal ~ krismis jadi santapan harian ~ Ikhtilat dijaga~ Alhamdulillah. Mabruk untuk semua calon SMA 2012 :) Terima seadanya keputusan kita kerana itulah usaha kita . Lets do the best for SPM ! :D
 
Hebat. Senang cerita, pelajar yang berjaya adalah pelajar yang baik. Jarang kita dengar pelajar yang selalu ponteng sekolah, lawan kata guru, tidak menghormati ibu bapa, tidak hormat kepada ilmu yang berjaya. Jadi jika mahu berjaya, jadilah orang baik.

Jayyid Jiddan :

Mohd Firdaus bin Mohd Zain
Shaidatul Shazleen binti Miswandi
Nadia Asikin binti Hasban

Amirah binti Harun
Nur Syamsheila Adira binti Mohamad Haris

Nurazrien binti Basri
Fatinatul Nazihah Ismail
Nurul Farahin binti Abdul Manaf
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya. Secara keseluruhan pelajar SAMDORANI memperolehi

Mumtaz : 1 orang
Jayyid Jiddan : 10 orang
Jayyid : 29 orang
Maqbul : 29 orang
Rasib 13 orang

Jom kita layan beberapa keping gambar lagi.









Tahniah kepada semua. Semoga berjaya dalam SPM pula.

3 comments: